kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Monday, September 12, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me 3.

Khatimah Cinta


"Biarkan aku mati! Biarkan aku mati! Tak guna lagi aku hidup! Aku dah takde apa dah!" jerit Syaza, cuba melepaskan diri dari pegangan tangan kawan baiknya, Ros. Dunianya terasa semakin berat dan hatinya meronta-ronta untuk menghampiri tali yang telah tersedia tergantung di kipas siling biliknya.

*****

"Awak.. Jangan risau.. Saya akan bertanggungjawab. Saya akan kahwin dengan awak. Mari, sayang... Saya sayang awak sorang je," kata Fikril. Tangan Syaza dipegangnya erat. Syaza harus dimilikinya walaupun kedua-dua ibu bapa Syaza menghalang hubungan mereka. 
"Emmm... Saya takut la awak... Macam mana kalau saya mengandung?" Syaza kerisauan.
"Jangan bimbang, sayang.. Saya akan kahwin dengan awak. Kita kahwin lari ye, sayang?" Fikril cuba menenangkan Syaza.
Kedua-dua mereka mula menjejak hotel bajet yang sudah hampir dua jam memerhatikan mereka untuk dikunjungi.
*****

Hampir dua bulan Fikril berada di luar negara, melanjutkan pengajiannya. Janjinya mengahwini Syaza dipegang erat oleh kedua-duanya. Syaza tetap gelisah, kerana walaupun dia tidak akan mengandung akibat kemalangan yang merosakkan rahimnya, dia merasakan dirinya sudah tiada lagi maruah. Dara yang perlu dijaga dengan baik oleh semua wanita telah dia serahkan kepada lelaki yang belum sah untuknya. Setiap hari dia berdoa kepada Tuhan agar bisa dosa lampaunya diampunkan dan Fikril diijabkabulkan dengannya.

"Sayang! Saya akan balik cuti selama 4 bulan nanti ke Malaysia. Saya nak masuk meminang awak, kemudian bulan seterusnya kita kahwin ya! Saya akan face to face dengan ibu bapa awak. Kali ni, mereka harus setuju. Tunggu saya, ya sayang..."
Begitulah emel yang dikirimkan Fikril kepadanya. Syaza merasa sangat gembira. Dia tak sabar menantikan kepulangan kekasih hatinya. Moga penyatuan mereka ini bisa menghapus memori hitam mereka yang dulu. 

Namun...
"Syaza... Aku minta maaf.."kata Ros pada suatu petang.
"Kenapa kau?"
"Fikril... Dia taknak aku beritahu kau sebab katanya surprise. Tapi..."
"Surprise? Tapi apa pulak ni?" Syaza mula bingung dengan reaksi Ros. Nama Fikril yang disebut membuatnya bertambah saspen.
"Fikril... Flight dia.. Terhempas. Tiada siapapun yang selamat. Aku minta maaf Syaza! Tolonglah tabah k!" Ros mula menangis. Fikril, sepupunya, meninggal dunia tanpa sempat bertemu mereka di Malaysia.
"Tidaaak.. Kau bergurau kan? Aku tak percaya lah.. Takkan lah... Tipu.. Kau tipuuu!!!! Aku benci kau! Dan bila Fikril balik, aku nak benci dia jugak! Tidak! Dia tak boleh mati!" Syaza mula meraung, dan berlari keluar dari pintu kolejnya, menuju jalan raya yang sibuk dari tadi. Mujurlah Ros sempat menahan Syaza.
"Syaza! Kau jangan macam ni! Mengucaplah! Ingat Allah..." kata Ros, tercungap-cungap. Nasib baik.
"Fikril janji nak kahwin dengan aku!"
Syaza menangis dalam dakapan Ros.
*****

Ros terbaring di sebelah Syaza, di atas lantai berkarpet merah itu setelah menyelamatkan cubaan bunuh diri Syaza yang kali kedua sejak kejadian di tepi jalan itu. Syaza terusan menangis sambil menekup mukanya. Dia menyesal kerana hilang arah. Dia menyesal kerana lupakan Yang Maha Esa.
"Terima kasih Ros.. Aku.. Aku memang bodoh.. Terima kasih kerana menyelamatkan aku..."
"Kau jangan macam ni lagi.. Tolonglah Syaza..."
"Aku hilang arah.. Fikril janji nak kahwin dengan aku..."
"Tapi dia dah tiada.. Terimalah hakikat ni.."
"Tapi aku dah tak suci lagi..."
"Apa???" Ros terbangun, matanya tepat memandang Syaza. "Sebab tu je sampai kau nak bunuh diri? Kau dah buat dosa, kau nak tambah dosa lagi? Ingat Tuhan, Syazaa..." 
"Maafkan aku... Maafkan aku.."

*****

"Hai.. Boleh tunjukkan mana bangunan pentadbiran?" sapa seorang lelaki, kelihatan seperti pelajar baru Ijazah. Syaza, sebagai senior, walaupun masih diploma, menunjukkan arah.
"Sana. Jalan terus, belok ke kanan sampai simpang tiga. Ambil kanan lagi, ia di sebelah Pusat Kesihatan."
"Owhh.. Terima kasih ya! Nama awak apa? Saya tak tahu nak kontek siapa-siapa di sini. Boleh saya kontek awak?" tanya lelaki itu panjang lebar lagi.
"Err, saya Syaza. Emm..."
"Alaa, boleh lah. Saya desperate sangat perlukan guide."
"Awak boleh dapat semua bantuan yang awak perlukan di Pusat Pelajar. Di situ ada jabatan yang bertanggungjawab menjaga student baru. Saya minta diri dulu. Good luck mencari ye!" jawab Syaza, terus berlalu sambil sempat tersenyum.
"Awak! Nama saya Fakhrul ya! Jumpa lagi!" jerit lelaki tadi sebelum meneruskan pencariannya. Syaza berpaling dan tersenyum lagi setelah Fakhrul melambai tangannya.
"Macam-macam..."

Mereka kerap bertembung di kafe dan perpustakaan. Syaza merasa segan setiap kali Fakhrul menangkap Syaza memandang ke arahnya. Namun begitu, Fakhrul hanya tersenyum. Kedua-dua mereka tidak pernah bertegur sapa setelah kejadian tempoh hari. 

"Hoi! Kau usha siapa tu? Tak nak ajak aku join ke? Hehe!" tegur Ros, mengejutkan Syaza yang sedang asyik memerhatikan Fakhrul di kafe.
"Ish, kau ni! Mana ada lah!"
"Aku nak pergi kubur Fikril. kau nak ikut?"
"Jum.."

Syaza tak pernah lupa menjenguk pusara Fikril setiap hujung minggu. Cintanya masih kuat terhadap Fikril. Lelaki itulah cinta pertamanya.
"Awak.. Hari ni Fakhrul tu nampak saya pandang dia lagi.. Malulah. Padahal saya pandang dia sebab dia hensem macam awak sikit. Dia hensem sikit je la. Awak hensem banyak! Huuu.. Saya rindukan awak, sayang.. Moga aman di sana ya.." bisik Syaza setelah Ros meninggalkannya di pusara buat seketika. Seperti biasa. Di situlah Syaza sering bercerita apa saja.
*****

"Saya suka awak. Boleh tak saya nak masuk meminang awak hujung minggu ni?"
"Tapi saya tak kenal awak!"
"Saya kenal awak. Cukup kenal. Mungkin awak tak tahu..."
Kata-kata Fakhrul mengejutkan Syaza. Hatinya sekali lagi terasa seperti dipanah petir. Kali pertama adalah bila mendengar khabar kematian Fikril. Dan perasaan tu muncul lagi. Hakikat yang dia harus mengaku dia tidak suci lagi sebelum Fakhrul mengahwininya.
"Saya tak boleh."
"Tapi kenapa?"
"Ada wanita lain yang lebih baik dari saya. Awak layak untuk itu. Bukan saya."
"Tapi saya sayang awak."
"Cukup!" Syaza mula berpaling. Air matanya mula bergenang.
"Adakah kerana awak tak suci lagi? Tu ke?"
"Macamana awa....."
"Ros... Dan saya tak kisah. Saya cintakan awak kerana Allah. Kerana akidah awak." Tegas Fakhrul.
"Akidah...?"
"Ye. Pegangan awak. Awak gantungkan hati padaNya, walaupun awak dah tak punya apa yang wanita lain ada. Awak tabah. Awak kuat. Awak berani. Berani mencintai. Saya inginkan keberanian awak mencintai saya, sebagaimana awak berani mencintai dia."
"Tapi saya tak boleh bagi awak zuriat nanti."
"Saya tahu. Saya tak kisah. Kita boleh adopt any orphan. Please.. Terimalah saya!"
"Dia cinta terakhir saya.."
"Tapi itu bukan khatimah cinta bagi awak. Mungkin saya boleh bersama awak dalam khatimah cerita cinta awak.."
"Khatimah?"
"Kesudahan.. Kesudahan.." Fakhrul tenang mengungkap cintanya. Entah kenapa, Syaza merasa dirinya tiada lagi beban yang pernah dipikulnya dulu. Beban rasa bersalah. 

Lama-kelamaan, bayang Fikril mulai pudar. Hatinya kini merindukan Fakhrul, bakal suaminya esok hari. Moga masih ada sinar dalam hidupnya. Moga akidahnya tetap teguh. 

Saturday, September 10, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me 2.

Biarkan Saja Hati Berbicara


"Saya sayang awak! Yeayyy!" kata Nuzhat sebelum menamatkan perbualan telefon dengan lelaki kesayangannya, Fazril.
Nuzhat, periang seperti namanya, seorang gadis yang senang didampingi sesiapapun. Walaupun namanya agak jarang didengar, dia bangga. Sebab maksud itu sememangnya menggambarkan dia yang sebenar. Dia bukan cantik sangat, biasa-biasa sahaja. Tapi keyakinan diri yang buat orang lain tertarik padanya. She is so contagious. Sesiapa saja yang berada di sekelilingnya seakan dijangkiti senyuman dan gelak tawanya. Dan kerana itulah Fazril merasakan Nuzhat seorang gadis yang istimewa.
****

Masih ingat lagi Fazril pada pertemuan kali pertama mereka. Fazril tidak suka mendekati perempuan walaupun hanya sebagai kawan biasa. Dia seorang yang hanya bercakap bila perlu. Kawan baiknya, Hasyriq, ketika itu baik dengan Nuzhat. Mengenali Fazril membuatkan Hasyriq mengatur langkah memperkenalkan kedua-dua kawannya. Fazril harus mengenali Nuzhat, fikir Hasyriq.

"Hai Hasy, siapa pulak lelaki hensem yang kau bawak ni? Patut la kau taknak layan aku ye. Aku faham.." tegur Nuzhat sebaik saja sampai di meja mereka di kafe kolej.
"Siot lah kau Nuzhat... Kau jangan nak fikir aku gay lak ye. Ni roomate aku lah. Best friend aku, Fazril."
"Oooo.. Hai, Fazril!" dan tika itulah buat kali pertamanya Fazril merasakan senyuman adalah suatu anugerah Tuhan yang paling indah. Dan senyuman itu milik Nuzhat, gadis yang baru dikenalinya.
"Err.. Hai.." balas Fazril.
"Awak tahu, Fazril, awak mengingatkan saya kepada pelangi. Ala, bukan sebab awak hensem la. Tapi sebab pelangi tu cantik, cuma orang bertuah je dapat tengok. Saya rasa saya bertuah hari ni sebab awak balas teguran saya. Hasy cakap, awak tak banyak bersuara, ye ke? Tak boleh la macam tu. Suara tu kan kurnia Allah. Kita kena guna, berbaik dengan semua orang. Betul tak?" kata Nuzhat, panjang lebar dan dalam masa yang sama, tak putus dengan senyuman.
"Emm... Saya cuma tak tahu nak cakap apa je. Terima kasih, Nuzhat.. Awaklah orang paling jujur setakat ni.." Mata mereka bertentangan. Hati Fazril terasa suatu perasaan, dan jantungnya seakan terhenti satu denyutan.
"Ehem ehem.. Jom order minum!" celah Hasyriq, memecah keheningan yang seketika.

Dan ketika itulah Fazril mula punyai satu semangat baru. Nuzhat...
****

"Awak... Saya kena pindah rumah. Nanti kita dah kena berjauhan. Awak akan rindu saya tak?" kata Nuzhat pada hari terakhir mereka bergelar student.
Tiada lagi pergi kolej sama-sama, pulang ke rumah sama-sama, memandangkan rumah mereka dalam bandar X, kerana Nuzhat terpaksa mengikut familynya berpindah ke negeri lain.
Lepas ni, mereka tidak dapat lagi bertemu. Walaupun mereka sudah mengikat janji untuk saling mencintai, terasa juga suatu kehilangan di hati mereka.
Lama Fazril diam, Nuzhat bertanya lagi.
"Awak.. Kenapa awak senyap je?"
"Saya akan rindu awak, sayang. Rindu sangat-sangat. Awak tinggallah di sini. Saya akan jaga awak." jawab Fazril. Hatinya mula sebak. Ish, tak macho dah la macam nih.
"Awak ni.. Sweetnya nak jaga saya. Kahwin je la macam ni. Hehe. Nanti kita keep in touch ya. Awak tu, jangan nak mengada-ngada usha pompuan lain. Saya dapat tau, siap la awak!"
"Saya akan tunggu awak. Saya janji, sayang."
"Saya sayang awak!!! Yeayyyy!!!"
****

Sudah hampir 2 bulan, Nuzhat mendiamkan diri. Fazril mula merasa goyah dan tak tentu arah. Dia amat rindukan suara Nuzhat yang sentiasa riang berkata "Saya sayang awaaaak! Yeayyy!" setiap kali mereka berbual di telefon.
Tak pernah sekalipun Nuzhat lupa mengucap kata-kata itu. 
Setiap kali selepas itu, mereka hanya berhubung melalui Facebook chat. Tak pernah Nuzhat benarkan Fazril menelefonnya. Katanya, chat sudah cukup. Alasan taknak menyusahkan Fazril untuk topap setiap kali. Fazril tak keruan, namun dia terpaksa akur dengan permintaan Nuzhat.
Pernah sekali Fazril cuba telefon tetapi adik Nuzhat yang menjawabnya. Mereka sering berhubung, tetapi tetap terasa jauh.
****

"Awak... Cakaplah awak sayang saya..." kata Nuzhat pada suatu malam.
"Kenapa? Sebok je. Lalalalala..."
"Huuu.. Ye laaa. Mentang-mentang saya dah duduk jauh. Dah ade orang lain la tu.."
"Saya kan hensem. Ramai peminat.."
"Awaaakkk! Taknak kawan!"
"Nanti dah kawen, hari-hari saya cakap ye."
"Kenapa bukan sekarang?"
"Sekarang, saya bagi awak peluang cakap sayang kat mak abah awak dulu puas-puas. Bagus tak saya?" terang Fazril.
"Ye laaa..." dan  begitulah setiap kali perbualan mereka setiap kali.
Namun Nuzhat tetap berdegil dan "Saya sayang awakkk! Yeayyy!!!"
Fazril hanya senyum, dalam hati dia menjawab, "Saya sayang awak juga, sayang."
****

"Assalamualaikum.. Nuzhat ada tak, makcik?" terus Fazril menyalam tangan ibu Nuzhat.
"Eyh, Fazril. Masuklah. Nuzhat ada. Tunggu ya, makcik panggilkan dia."

"Hai, awak.. Sepraisss! Hehe. Suka tak saya datang?" kata Fazril sebaik saja terlihat Nuzhat. Nuzhat hanya tersenyum dan terus menghampiri Fazril. Gembiranya tak terkata.
"Saya rindukan awak, sayang. Awak tak bagi saya kol, saya datang terus rumah awak. Padan muke!" sambung Fazril lagi, menatap wajah dan senyuman yang dirinduinya. Senyuman Nuzhat mula pudar. Dia masih lagi diam, dan mula tunduk memandang lantai. Fazril hairan dengan perlakuan Nuzhat. Gadis itu bukan seperti dulu. Seakan berubah.
"Awak.. Kenapa diam? Marah ke saya datang rumah?" tanya Fazril, kebingungan.
"Fazril, nah air ni makcik buatkan. Ni kek, Nuzhat buat pagi tadi. Rasalah. Rehat dulu ya. Dari jauh Fazril datang ni." kata Puan Ara yang mucul dari dapur. 
"Terima kasih, makcik."
Seketika Puan Ara memandang anaknya, tersenyum hambar dan berlalu ke dapur semula. Nuzhat menghidangkan kek dan minuman kepada Fazril apabila Fazril mula memandangnya semula.
"Sayang..."
Mata Nuzhat mula berair. Pantas sungguh air matanya mengalir tanpa disangka.
"Sayang, kenapa ni? Cakaplah... Jangan menangis. Saya minta maaf kalau saya buat awak marah. Cakaplah sayang..."
"Aku dah tak tahan la semua nih! Biar saya beritahu dia la, kak!" tiba-tiba Zul, adik Nuzhat, muncul. Fazril semakin kaget. Nuzhat pula terus berdiri, cuba menghalang Zul. Zul seakan faham, dan terus berlari naik ke bilik.
"Awak.. Apa maksud Zul tadi tu? Beritahu saya apa?" tanya Fazril, dengan nada yang semakin hilang sabar.
Nuzhat terus mencapai handphone, seperti tidak menghiraukan Fazril, menaip sesuatu. 
"Fine. Saya pergi." kata Fazril, tidak dapat menerima ketidakpedulian Nuzhat.
Ting ting ting...
Satu mesej masuk di handphone Fazril.
Maafkan saya, sayang... Saya gembira sangat awak datang ke sini untuk jumpa saya. Kalau boleh saya nak jerit biar satu rumah ni tau awak datang. Untuk saya, awak bersusah payah dari jauh drive. Tapi saya sedih... Saya dah menyusahkan awak. 
Saya tahu awak rindukan saya, dan saya sangat rindukan awak, sayang. Saya nak jerit dan katakan saya rindu awak. Saya nak jerit cakap saya sayang awak. Saya tau, awak pun nak dengar tu kan? 
Walopun awak konon tak bagi saya cakap tu selalu. Saya menyesal dengar kata awak. Sebab saya dah tak mampu dah untuk tu semua. Kalaulah saya tahu saya akan kehilangan suara, saya nak beritahu awak saya sayangkan awak setiap saat yang saya ada. 
Sekarang, dan juga untuk lepas ni, saya dah tak mampu nak cakap saya sayang awak dah. Maafkan saya, sayang. Saya terima apa saja keputusan awak. 
Fazril berpaling, memandang wajah Nuzhat yang basah dengan air mata. Dia tak mengerti. Apakah maksud semua ni?


****

"Sebenarnya Fazril, Nuzhat telah kehilangan suaranya akibat jangkitan kuman pada peti suaranya. Setelah berpindah ke sini hampir sebulan, tiba-tiba Nuzhat batuk tak henti-henti. Lepas muntah darah, baru kami sedar yang Nuzhat bukan batuk biasa. She's almost got cancer. She lose her voice. Dia taknak beritahu kau sebab dia takut hilang kau. Takut kau tak sayang dia dah..." terang Zul kepada Fazril yang kini terduduk, seakan lututnya telah longgar secara tiba-tiba.
Nuzhat hanya tunduk, masih lagi dibasahi air mata tetapi kelihatan tenang. Seolah-olah bersedia dengan apa jua keputusan Fazril.
"Nuzhat... Sayang.. Saya mungkin akan kehilangan panggilan sayang dari awak.. Tapi tu semua dah tak penting bagi saya. Yang saya ingin hanyalah kasih sayang awak. Cinta awak.. Kali ni, biarkan saja hati kita yang berbicara ya. Suara hati awak yang saya rindukan. Sudikah awak menjadi suri hidup saya?"

Dan hati takkan pernah hilang suaranya. 

Thursday, September 8, 2011

Mereka Ini Penjenayah Jalan Raya Di Mata Aku.

Yes. Di mata aku, mereka ini boleh buat aku keluar kereta dan membangkitkan semangat juang aku untuk membelasah. Bikin panas weyh! Lebih-lebih lagi bila aku dalam kereta yang air-condnya rosak, matahari tegak atas kepala dan traffic light merata je even di jalan yang lurus.


1. Drive slow nak mati padahal di lorong kanan.
Memang mendorong aku nak hon kuat-kuat la kan, apatah lagi mencarut tak tentu pasal. Sakit hati siot. Tiba masa kalau aku terlanggar bontot kereta orang jenis ni, memang aku yang pergi belasah dia. Peduli hape aku. Penjenayah paling menyusahkan orang.

2. Dah nak masuk lorong, baru nak bagi signal padahal orang belakang turut sama laju. Dah tu, tak pasal-pasal terlanggar belakang kereta kau kan?

3. Motor, sukehati melintas depan kereta yang tengah syok layan 120km/j.
Ni la si celaka paling bangang sebab tak sayang nyawa. Kalau orang sempat brek takpe. Ni tak pasal-pasal nak kena fikir macamana nak buang badi langgar kau sampai jadi arwah.

4. Tak reti nak speed bila traffic light dah hijau.
Memang lah kau sorang je kan yang tunggu lampu tukar jadi hijau. Pastu drive macam kau seorang je ada awek kat sebelah, lembik! Tak fikir kereta yang berderet kat belakang kau nak cepat sebab ada hal penting.

5. Sebok nak join tengok eksiden kat line sebelah padahal kau bukan nak tolong apape pun.
Yes! Sakit hati. Spesies penjenayah sebegini la menyusahkan orang sebab tak pasal-pasal jalan jadi jem sepanjang 2km. Kalau ya sangat nak tengok eksiden, tak payah la sampai nak berhenti kat tengah-tengah jalan.

*****

Ye, mereka ni layak aku cop sebagai penjenayah sebab menyusahkan orang. Sebab tu aku serabut kalau polis buat roadblock semata-mata nak check orang ada lesen ke tak. Ada lesen ke tak, sama je kalau si driver bawak kereta macam celaka. Aku tak paham sistem lesen nih. Eksiden tetap jugak berlaku. Driver macam celaka tetap juga wujud. Aku yang takde lesen dulu pun reti nak guna jalan macamana. Ni tak, yang naek motor, bawak macam nyawa tu dia boleh beli kat Tesco bila-bila dia nak.

Fine la, eksiden, mana kita boleh jangka. Dah takdir nak eksiden. Dah tu, kalau kita potong ayam, biar je nak potong macamana. Kalau jari terhiris, kan dah takdir, nak buat macamana. Macam tu ke? Bengong.

Kalau kau fikir pasal orang lain jugak, takdenya kau jadi pencelaka jalan raya. Tak pasal-pasal libatkan kereta orang lain celaka sekali dengan kau.

Dah, adios~

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me.

Kisah Hati

“Awak.. Janji ya, nanti bila kita dah habis ijazah ni, awak akan masuk meminang saya. Awak pun kata lagi 3 tahun, awak akan ikat saya. Saya akan tunggu awak tau.”
“Saya janji. Saya sayang awak, sayang.”
*****
“Setiap kali kita kena macam ni ke? Hal kecil pun awak nak marah saya? Saya cakap sikit, awak melenting. Saya bukan nak mengajar awak. Jelas awak ketua saya, pemimpin keluarga ni tapi tak semestinya saya tak boleh kata apa-apa!”
“Awak diam. Jangan menjawab, boleh tak? Kerja ni penting untuk kita. Awak apa tahu? Saya nak keluar. Ada hal nak diselesaikan. Dan jangan cakap pasal ni lagi sebab awak takkan faham selagi bukan awak yang menanggung keluarga ni.”
“Saya lupa… Saya lupa saya dah tinggalkan kerja kerana awak. Takpe, awak pergilah.”
Dan Aryan keluar dari rumah itu, meninggalkan Marina, seperti biasa setiap kali mereka bergaduh. Setiap kali mereka tidak pernah ingin bertengkar tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, Marina begitu cepat emosi dan Aryan tidak ingin kalah dengan emosi Marina.
*****
Aryan, seorang yang mementingkan kesempurnaan, menghairankan kawan-kawannya apabila dia mengatakan cintanya terhadap Marina. Marina yang pernah membuat dia marah kerana tidak banyak membantu memudahkan perjalanan aktiviti yang persatuan mereka anjurkan. Beza Aryan dan Marina ibarat aiskrim dan teh ‘o’. Marina terlalu cool walau dalam situasi yang serius, manakala Aryan tidak pernah berkira untuk rileks dalam apa jua kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kerana itulah Aryan menjadi ketua dalam pentadbiran persatuan.

Mengenali Marina dengan lebih rapat selama dua minggu menjadi fasilitator untuk pelajar baru, Aryan mula lembut hati dan semakin ceria. Baginya, Marina pandai membuat dia tersenyum. Ternyata Marina bukan seperti yang disangka. Marina punya cara tersendiri, dan Aryan sedikit sebanyak kagum akan gadis itu. Gadis itu sarat dengan idea dan pantas bertindak. Marinalah pelengkap Aryan.  Yang memahaminya. Menyayanginya, seadanya Aryan.

*****
Aryan pulang, melihat Marina sudah terlena di sofa, ternyata menunggu kepulangan suami yang dicintainya. Aryan menyesal memarahi Marina siang tadi dan mula memikirkan cara untuk berbaik semula, seperti selalunya. Marina, yang tak pernah mengalah untuk menyayangi Aryan walau berapa banyak dugaan yang pernah mereka lalui sebelum menjejak ke jinjang pelamin bersama. Gadis itu yang kini isterinya, dikucup Aryan dengan penuh kasih sayang, tersedar dari tidur. Aryan tersenyum.

“Sayang… Saya minta maaf,” kata Aryan, masih tersenyum melihat Marina. Selalunya Marina akan terus memeluk Aryan dan menyatakan betapa rindunya dia kepada suaminya tapi kali ini, Marina terus bangun, termenung seketika dan terus berjalan meninggalkan Aryan, seperti tidak mempedulikan Aryan di depannya.
“Sayaaang,….” Namun Marina langsung menutup pintu bilik tidur. Merajuk lagikah Marina dengannya? Aryan semakin menyesal. Tak pernah Marina begitu. Dan dia mula rindukan Marina. Tidur di sofalah jawabnya malam itu.

Pagi itu, Aryan tidak diendahkan Marina. Pakaian Aryan untuk pergi bekerja juga tidak disiapkan Marina. Semuanya Aryan lakukan sendiri. Marina tidak pernah ingin melihat Aryan pun. Marina tidak menyahut panggilan Aryan. Seketika kemudian, telefon Marina berdering.
“Assalamualaikum. Ye mak… Ye.. Marina pun tak tahu. Aryan tak pulang dari semalam. Tak. Kami baik-baik saja. Katanya ada kerja penting. Nanti Marina beritahu mak bila Aryan dah balik ya. Baik mak. Assalamualaikum..”
Kenapa Marina menipu ibunya sebegitu? Kalau ya pun masih merajuk, takkan la sampai dengan mak pun Marina nak menipu? Aryan mula bingung. Marina seorang isteri yang taat, dan Aryan sangat bangga dengan hal itu. Tetapi tidak kali ni.

“Kenapa awak kata saya tak balik dari semalam? Kenapa awak tipu mak?” soal Aryan, namun Marina membisu saja. Marina tidak mempedulikan pertanyaan Aryan, terus bersiap untuk keluar. Aryan membatalkan niatnya untuk ke tempat kerja dan terus mengikut Marina masuk ke kereta. Masih juga Marina tidak mempedulikannya.
“Awak ni kenapa? Marah sangat ke dengan saya? Saya minta maaf la. Sayang!” Aryan mulakan perbualan, namun Marina masih berdiam. Mata Marina mula berair. Seketika kemudian, mereka berhenti di sebuah tempat. Dulunya tempat itulah mereka sentiasa luangkan masa bersama. Taman tasik yang menjadi saksi Aryan melamar Marina 3 tahun dahulu.

“Kenapa awak datang sini?” Tanya Aryan. Mereka masih di dalam kereta. Marina kemudiannya mula menangis.

“Sayang… Saya minta maaf. Saya rindukan awak. Saya menyesal bergaduh dengan awak semalam. Rupanya awak betul-betul lupa ulangtahun perkenalan kita yang ke-8. Dan awak bangkitkan soal saya tak bekerja. Awak lupa awak yang suruh saya berhenti sebab awak nak saya ada di rumah menyambut awak pulang kerja. Saya tak ambil hati pun, awak.. Saya tahu awak tengah serabut. Saya yang salah sebab jangkakan awak akan ingat tarikh istimewa kita tu. Saya lupa awak banyak tanggungjawab lain selain saya. Saya memang isteri yang jahat kan, awak? Saya minta maaf. Saya sebenarnya sangat rindukan awak.”

“Sayang,… Jangan cakap macam tu. Saya sayang awak. Awak isteri saya yang terbaik! Saya yang jahat sebab biarkan awak selama ni,” Aryan mula menenangkan Marina yang meluahkan rasa hati itu.

“Sayang…  Mana awak? Kenapa awak diamkan diri? Saya minta maaf. Baliklah rumah… Saya nak sangat beritahu awak yang kita akan ada cahaya mata. Kejutan saya untuk awak…” Marina menangis lagi.

Aryan bingung tapi dalam masa yang sama sangat gembira tak terkata. Dia akan menjadi seorang abah. “Saya di sini, sayang…” tapi Marina tidak menoleh pun kearahnya. Telefon Marina berdering.
“Ya.. Saya isterinya. Apa?!! Saya datang sekarang! Baik, baik! Terima kasih. “
Kereta itu dipandu meninggalkan taman tasik itu dan menuju laju ke suatu tempat. Marina kelihatan resah.
“Kenapa, sayang?” Tanya Aryan.
“Sayang… bertahan. Tunggu saya, sayang! Saya datang ni… Ya Allah..”  Air mata Marina deras mengalir  tetapi Aryan mula naik radang.
“Sayang mana pula awak nak jumpa ni? Awak dengar tak saya tanya ni? Marina!”

Kereta itu berhenti di depan hospital. Aryan buntu, melihat Marina berlari seperti dikejar hantu. Laju dan tidak mempedulikan orang sekeliling.
ICU. Terlihat sekujur tubuh yang kelihatan tidak sedarkan diri.
“Maafkan kami, Puan Marina. Buat masa ni, pesakit masih koma.”
“Baik, terima kasih ye doktor. Bagi saya melihatnya sekejap,” kata Marina. Aryan bingung. Siapakah lelaki itu. Lama diperhatikannya, Marina bersuara.

“Aryan sayang… Saya minta maaf. Bangunlah, sayang… Awak kata awak tak boleh tengok saya menangis. Awak mesti sibuk je nak lap air mata saya. Awak kata air mata saya air mata bidadari, mahal, kalau jual dalam botol nanti awak boleh kaya. Bangunlah sayang… Tengok ni saya nangis banyak-banyak untuk awak. Sayang…”
Aryan kaku. Tubuh di depannya itu ialah dia. Dia mula faham. Patutlah Marina tak nampak atau dengar. Aryan rebah, melutut di tepi Marina.
“Awak tahu tak, sayang? Semalam saya dapat rasakan awak ada dengan saya. Saya tunggu awak balik, sampailah saya tersedar. Tapi awak masih tak balik lagi. Awak tahu, saya ingat awak cium saya. Tapi tu cuma perasaan saya. Awak tak balik. Marah sangat ye awak dengan saya. Sayang, bangunlah. Nanti saya tak tegur dah awak pergi kerja. Suka hati awak ya nak bekerja pukul berapa pun. Bangunlah, sayang…”

*****
Dan Aryan keluar dari rumah itu, meninggalkan Marina, seperti biasa setiap kali mereka bergaduh. Setiap kali mereka tidak pernah ingin bertengkar tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, Marina begitu cepat emosi dan Aryan tidak ingin kalah dengan emosi Marina.
Aryan bermain dengan perasaan. Hatinya mula tidak senang. Ketika dia cuba memasuki simpang ke kanan, tiba-tiba lori tidak semena-mena datang dari kiri dan merempuh kereta Aryan. Orang ramai mula berkerumun dan memanggil ambulans.

*****
Aryan semakin lemah. Marina yang dicintainya, sangat ingin dipeluknya erat-erat dan mengatakan betapa dia sayangkan isterinya yang setia itu. Ternyata dia tak dapat menyentuh Marina. Tiba-tiba mesin ECG berbunyi panjang. Doktor pantas menghampiri katil Aryan.
“Ada apa doktor? Kenapa dengan suami saya ni?” Doktor memeriksa nadi kemudian meletak semula tangan Aryan dan melihat bacaan mesin itu.
“Maafkan kami, Puan Marina. Kita telah kehilangannya. Tuhan lebih sayangkan arwah. Banyakkan bersabar. Takziah.” Dan doktor itu berlalu pergi.

“Tidaaak… Awak dah janji akan jaga saya, sayang… Kenapa? Kenapa? Kenapa awak tinggalkan saya? Ya Allah… Tabahkanlah hati aku menerima semua ni…” Marina rebah di sisi katil. Aryan tidak percaya apa yang dilihatnya. Di mana dia sebenarnya ni? Dia sudah meninggal? Marina dihampirinya. Aryan cuba mengusap Marina tetapi jururawat telah datang mengangkat Marina dan membawanya ke katil kosong. Aryan sayu. Isteri yang dicintainya akan ditunggunya di sana.

*****
Cinta kau dan aku…
Takkan mungkin bersatu…
Untuk saat ini, di dunia ini..
Marina berlalu meninggalkan pusara Aryan, berjanji menjaga cinta mereka. Mungkin, mereka akan bersama nanti di sana. Itu doa dan harapannya. Aryan, satu-satunya lelaki yang dicintai. Dan kandungannya itu akan dijaga dengan baik. Tanda cinta terakhir Aryan untuknya.