kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Friday, December 9, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me 4

Hai Awak!



Aku dah lama mendiamkan diri. Mungkin dah tiba masa untuk aku meluahkan segala perasaan aku pada dia. Ya, aku harus! Sebab aku tak mampu nak menanggungnya lagi. Aku dah tak punya ketabahan seperti dulu. Seperti ada kehilangan yang menjejaskan aku.

Kita sememangnya berjauhan kini. Tapi itu tak bermakna kau boleh mengabaikan aku sesuka hati kau. Mungkin bagi kau hidup ni masih jauh perjalanannya, tapi tidak bagi aku. Aku tak punya masa. Sakit ini kadang-kadangnya tak tertahan olehku.
*****

"Hai awak!" tegurnya di telefon. Aku senyap. Aku tak tahu nak membalas bagaimana. Seakan lidah aku kelu.
"Awak... Helo?" dia menegur lagi.
"Hai.." aku balas pendek. Perit untuk aku cuba menahan daripada meluahkan kepadanya. Aku...benci dia.
"Haaa... ade rupenye. Tengah buat apa?"
"Saya nak break."
Sepi. Dia terdiam.
"Ken..kenapa awak? Kenapa ni?" dia menyoal.
"Saya dah penat. Awak tak pernah peduli pasal saya pun sebenarnya kan? Awak kat sana, sibuk, dikelilingi lelaki lelaki lain. Awak lebih peduli pasal mereka berbanding saya. So, saya rasa awak tak kesah kalau kita break. Kan?" Aku menghambur segala yang aku pendam. Puas. Dia senyap. Aku puas.
"Baiklah, kalau itu yang awak nak. Saya tak boleh paksa..."
Damn! Dia sanggup?? How could she... Aku benci dia!
"Okey, fine. Jangan cari saya lagi. Bai!" Aku off call. Rasekan!

Setiap kali aku sakit, dan kau tak pernah sekalipun peduli. Kau dengan alasan kau, hidup kau di sana, jauh. Kau nak sangat kehidupan kau. Ambiklah! Aku lepaskan kau, pergilah. Aku sedar aku ni bukan macam kawan-kawan kau yang hensem dan berada. Aku sedar aku ni, kereta pun takde. Kalau kau datang tempat aku, aku tak boleh nak bawak kau kemana-mana. Aku sedar. Aku semakin sedar bila kau dengan senangnya melepaskan aku. Tak pernah sekalipun kau mempertahankan hubungan ni.

Aku ingat lagi ayat kau bila aku katakan aku tak boleh hidup gembira bila kau jauh dari aku.

"Awak.. Go on la dengan life awak sekarang. Kite tetap jauh, kan? Alang-alang, baik awak cari kawan, enjoy dengan dorang. Ade mase kite ketemu nanti, tapi sekarang awak dengan life awak dan saya ade life saya kat sini. Boleh? Jangan lah fikir sangat. Kite kan nanti nak kahwin jugak. Saya sayang awak la."

Senang je kan bagi kau. Memang la. Sebab kau dah seronok kat sana, buat ape peduli aku ade ke tak. Kau lupe dulu kite dah terbiasa bersama, spending time with each other every seconds we had. Sampai hati kau kan? Fine. Anggap je lah aku takde. Tak pernah ade pun dalam hidup kau. Aku tahu kau tak kesah pun.

*****
"Hai awak!"
Berani dia telefon aku lagi.
"Hurmm..." aku menggumam tanda protes.
"Saya nak mintak maaf kalau saya ada salah dengan awak. Saya sayang awak tau."
Eyh, die nih. Aku dah mintak break kottt..
"Dah habis? Oke bai!" aku off kan talian.
Tak semena-mena hati aku sayu. Aku rindu sangat-sangat pada die. Aku sedih, kenapa aku sanggup lukakan hati die. Tidak! Die yang lukakan hati aku. Dia tak pernah peduli pasal aku. 

Kepala aku, sakitnya sangat tak tertahan. Migrain ni memang menyusahkan aku la. Dulu bila aku sakit, dia ade untuk jaga aku. Tapi bila dah jauh, dia seakan lupa aku ni sakit. Dia tak peduli langsung. Aku harap sangat ni barah otak. Biar aku mati je terus. Biar padan muka dia, menyesal taknak peduli pasal aku.

*****
"Im! Kau kat mana?"
Kawan aku, Najib, tibatiba kol aku.
"Segamat ni la. Awatnya? Hang macam kalut ja?"
"Icha Im! Icha eksiden! Darah banyak hilang. Sekarang dalam emergency room Hospital Segamat. Dia drive sorang nak pi jumpa hang tadi! Aku pun baru tau nih. Skarang da nak sampai hospital. Hang mai lah!"
"Apa????"
Telefon aku terlepas dari genggaman tanganku. Lutut aku tiba-tiba longlai. Namum aku gagahkan juga supaya aku boleh kata pada housemate aku' "Tolong hantar aku pi Hospital Segamat bro!"

Aku tak nampak jalan pun sepanjang kawan aku drive ke hospital. Yang au nampak hanyalah segala memori aku dan dia tertayang di depan aku seakan tayangan video yang dia buat special untuk aku sempena hari jadinya. Dia memang pelik. Pelik yang aku sayang. Ya, aku sayang sangat-sangat padanya. 

*****
"Im.. Aku mintak maaf. Hang dah terlambat. Icha dah takdak. Dia da pi tinggalkan kita suma dah. Aku mintak maaf ya Im.." terketar-ketar Najib mengucapkan katanya.
"Tak! Tak mungkin.... Tak mungkin Jib.. Takkk!" Aku berlari kearah pintu wad. Terlihat tubuh kaku diselubungi selimut putih. Aku masuk. Terasa hangat, seolah-olah mengalu-alukan kedatangan aku.
"Ichaa... Saya datang ni. Awak..." aku masih ingat pipi aku basah dengan air mata yang mengalir tiada hentinya. 
Pucat..namun seolah-olah tersenyum.
Hati aku belum bersedia melepaskan dia pergi. Selimut putih itu aku selak. Icha... Pucat namun seolah-olah tersenyum. Tiada luka apapun bak kata doktor. Cuma kepalanya cedera parah.


"Mesti sakit kan, awak, kepala ni? Kalau la saya boleh, saya nak sakit tu transfer kat saya. Tanak awak sakit! Saya takpe sebab saya tough! Hehe!" teringat kata-kata Icha bila dia menjaga aku yang migrain dulu.





"Ichaa..." air mata aku bergenang lagi. Terasa semakin bengkak. Ahh, sakitnya kepala ni sebab terpaksa mengeluarkan air mata yang banyak. Namun aku tahankan jugak, sebab aku tahu Icha mesti lagi sakit.

"Icha... Aman lah awak di sana. Maafkan saya..."


*****
"Hai awak! Saya on the way nak pergi kat awak ni! Saya rindu nak jumpa awak! Tunggu saya ye!"
Icha menghantar SMS kepadaku. Kenapa pulak dia nak datang Segamat ni? Serabut betul. Aku abaikan SMS tu. Lantak kau lah. Baru sekarang nak cari aku. Huh!

Wednesday, October 26, 2011

How Couples Are Made For Each Other.

Couples are made for each other when they complete each other. Kerana korang akan faham apa itu sayang tanpa korang sedar dan merasakan sayang itu tanpa korang mengertinya.



Sebab bila kita sayang seseorang itu, kita terima dia bukan kerana kebaikannya saja tapi jugak kerana kelemahannya. You don't know love until you have finally feel it.

Mungkin. Ni cume pendapat aku je. Apa yang aku faham dan alami dan perhati :



1. Kalau kau jenis yang kurang sabar, pasangan kau mesti seorang yang sangat memahami tapi dalam masa yang sama boleh buat kau jadi penyabar secara tiba-tiba.

2. Kalau kau ni seorang yang peramah dan periang, pasangan kau musti biase-biase je, tak banyak cakap sangat. Tapi dalam masa yang sama, dia akan belajar untuk ramah dengan orang.

3. Kau seorang yang manja dan cengeng akan dapat pasangan yang agak hati kering sebab dengan dia, kau akan belajar jadi tabah dan cekal.

4. Jika kau seorang yang keras kepala dan degil, hati kau mungkin akan terikat dengan seseorang yang kuat kesabarannya dan tenang pemikirannya sebab dengan dia, kau akan mula buka hati, buka minda dan belajar menerima orang lain.

5. Kalau kau ni seorang yang kuat semangat dan berani, kau mungkin akan dipertemukan dengan pasangan yang akan sering menduga hati kau sebab dengan dia, baru kau sedar diri ini tak sepanjang masa kuat.



6. Kau seorang yang dingin dan bersendirian, akan seringkali menemui pasangan yang ada ramai kawan dan senang didampingi sebab kau akhirnya akan menyedari bahawa kita ni bukan nak hidup sorang-sorang.

7. Kalau kau seorang yang sukakan kecantikan dan harta, mungkin nanti tiba masanya dijodohkan dengan orang yang low-profile dan tegas, sebab dengan dia kau akan belajar menghargai diri dan menerima yang lain seadanya.

8. Bila kau jenis yang cerewet dan suka mengarah, kau akan dapat pasangan yang bijak sebab dia akan mengajar kau untuk berfikir panjang sebelum membuat apa-apa keputusan dan menjadi lebih consider tentang perasaan orang lain.

9. Andai kau memang seorang yang emosional dan sensitif, maka pasangan buat kau adalah si dia yang tak romantik sebab dengan dia kau akan belajar menjadi seorang yang mudah bertenang dan cekal hatinya kerana si dia takkan ikut apa yang kau nak.

10. Kalau kau seorang yang ego, kau akan belajar merendahkan ego kau bila hati kau mula menyayangi seseorang yang penyabar dan dalam masa yang sama, tegas pendiriannya.

Mungkin. Mana satukah kau dan dia?

Ingat. Menerima kelemahan orang lain adalah kasih sayang paling suci sebab kau jujur pada diri kau sendiri untuk menyayanginya. Kau sayang dia bukan kerana kebaikannya yang akan memberi kau kesenangan.



Sebab bila kau terima kelemahan dia, kau dah bersedia untuk melalui waktu susah dan pahit dengannya tanpa kau sedar. Itulah epik cinta sebenar. Tak perlu jadi seperti Romeo&Juliet, Seth Tan&Nora Elena, atau kisah cinta drama Korea untuk merasa bahagianya hubungan cinta.

Terima seadenye dan koranglah Couple That Is Made for Each Other :)

Monday, October 24, 2011

Memang Pahit, Sile Telan Kalau Berani.

Aku dah bosan dengan hakikat lelaki sekarang makin ramai yang mainkan hati perempuan.
The most epic quote I have ever heard is 
“Boys often make their girl jealous of other women but gentlemen make other women jealous of their girl.”

True indeed. Bagi aku, itulah satu hentaman paling best diberikan kepada semua lelaki di luar sana. 
Because if you treat your girl like a Princess, it shows that you are raised by a Queen. 
Hargai wanita yang sayang kau. Kau ingat senang-senang ke wanita nak taat setia kat kau, cintakan kau sorang? Padahal ramai lagi lelaki lain yang nak usya dia. Tolong la weyh. Tak payah nak bajet kau tu hot sangat, semua perempuan nakkan kau sampai kau tak nampak perempuan yang selalu di samping kau, sapot kau tak kire susah senangnye kau.

Kebanyakan lelaki jenis cakap tapi sebenarnya lupa dia tu dah bersedia belum dengan ape yang die cakap. Tyme kapel, kau cakap nak kawen lah, nak sehidup sematilah, nak jaga sepanjang masa lah. Tapi lama-kelamaan, bila dah jauh, dah bosan, kau tarik balik kata-kata semudah kau cakap kan. Kau inga perempuan ni mudah lupe macam kau ke bile berkaitan soal masa depan? Hati sekali dah terukir nama kau, takboleh senang-senang nak hilangkan, melainkan ada asid untuk dicurah. Kau sanggup ke?

Kau lupa awek yang dah lalu macam-macam dengan kau. Tiba masa, kau suka-suka tinggalkan dia terkontang-kanting. Kau ingat tu anak kucing? Dah ambil, bela, bagi makan, manjakan ape semua, tiba masa kau nak pindah, tiba masa dia sakit, tiba masa dia dah tua, kau buang dia merata.

Bukan susah pun nak layan perempuan yang kau konon sayang ni. Perempuan, dah cukup da kalau kau caring, manjakan, layan dia dengan baik. Dan kalaupun kau sibuk sangat dengan life kau, cukuplah dengan tanda kau ingat kat dia. Tu je! Perempuan ni senang je permintaan diorang, lelaki yang buat hal ni jadi susah. Dah la tak faham hati perempuan, pastu nak buat andaian sendiri. Silap besar weyh, silap besar. Kalau mengenai apa yang ada dalam hati perempuan, never assume, just directly ask. Sure kau dan dia akan puas hati. Ni tak, dibiarkan je perempuan pendam sorang-sorang. Pastu kalau kami buat perangai, tuduh kami emosional la ape la.

Lelaki ape tau. Kau yang salah method. Ke kapel/kawen nih nak kena ikut prosedur eksperimen sains? Mula-mula intro pasal kapel/kawen, then objektif kenapa kapel/kawen, kenapa pilih dia, pastu cara-cara untuk kapel/kawen, ade result dan discussion, dapatkan conclusion, baru boleh jawab persoalan-persoalan yang wujud sebelum kapel/kawen berlaku. Macam tu ke?

Jangan lah asyik menjadi orang yang menerima. Kau tak reti segan ke? Jadilah orang yang pandai membalas jasa. Yes, perempuan yang mengaku sayang kau tu sebenarnya dah berjasa dengan menjadi orang yang sanggup menerima kau seadanya. Layan je la dengan baik. Apa masalah kau sebenarnya? Banyak alasan, cakap je la kau ada perempuan lain. Habis cerita. Bagi kau lah. Tapi untuk perempuan tu, cerita takkan habis kat situ. Terpulang pada kau, kalau kau manusia, kau harus ada rasa bersalah sebab kau dah buat hidup dia berubah, kau dah lukakan hati dia, kau dah calarkan sedikit sebanyak harga diri dia. Yes, harga diri. Sebab makin ramai orang tahu hubungan korang, makin malu dia nak berdepan ngan orang. Dan kau terus selamba berfoya-foya sebab kau tak rasa kau salah.

Jangan lupa, what goes around will always comes around. Dunia ni bulat. Walau kemana kau pergi kau akan balik semula ke asal. Sekarang kau buat dia terluka, satu hari nanti kau akan rasa apa yang dia rasa. Kau akan bayar balik setiap titis air mata yang dia leraikan. Dan kau takkan tahan sebab lelaki mana kuat macam perempuan. Lelaki mana boleh tahan kekecewaan yang teramat sebagaimana perempuan boleh tahan. Sebab lelaki terlampau ego. Akhirnya kau akan end up hidup sorang-sorang sebab tak dapat jumpa perempuan lain yang boleh gantikan tempat perempuan yang cintakan kau. Pernah cintakan kau. Sorry to say, most people don’t see this because not many of them have the guts to tell their experience. Melainkan kau kenal orang yang macam ni. Dan aku kenal. Ramai.

So, masih berani lagi nak sakitkan hati wanita yang kau sayang? Masih sampai hati nak buat dia jeles dan buat dia rasa tak dihargai. Think of future, I bet you will treat your woman nicer.

Kenapa Orang Shah Alam Pilih Lepak kat Restoran Mamak?

Yes! Aku dah jadi orang Shah Alam skarang. Segala urusan surat menyurat pun dituju ke alamat rumah sewa aku. Chewaaa... Da besar da skarang, duk rumah sewa sendiri. Anyway, bukan itu yang aku nak announce dalam entri terbaru aku yang dah lama tak update nih.

Aku perasan, ramai student suke lepak kat kedai mamak. Ada je kedai Melayu. Kalau aku, memang nak pilih lepak kedai Melayu. At least, boleh la tolong sesama Melayu. Bukan racist ye. Da darah aku mengalir darah Melayu.

You see, yang aku duk perhati, kedai mamak ni ;
1. Masakan panas bukan sedap pun. Lauk kurang. Kalau mintak nasi goreng, kena mintak telur mata sebab at least ade la lauk.
2. Makanan mahal. Ayam kalau boleh seketul RM4. Kebanyakan kedai la..

Tu je. Yang baiknye kedai mamak ni ;
1. Servis cepat. Dorang jage kesabaran customer. Customer masuk, dorang sambut. Customer duduk je, terus order.
2. Musti ade hiburan macam TV. Sebab tu ade match bola je, kedai penuh.
3. 24 jam. Kalau jenis lepak tak ingat nak balik rumah, memang la boleh duduk lame tanpa rase bersalah.
4. Roti canai, everyone's feveret.

Dah. Puji lebih-lebih kang ingat aku kene guna-guna plak.

Kita tengok ape yang tak kene dengan kedai Melayu kat Shah Alam ni, well of course mostly ;
1. Servis lambat. Oder air teh'o' pun stengah jam baru dapat, apetah lagi nasi goreng.
2. Tak reti nak bagi first impression yang baik. Customer masuk, 15 minit baru datang mintak oder. Dah la tak reti nak senyum. Memang kau sorang je yang penat keje. (Weyh, ni bukan cerita pasal cashier kat Giant la, Nik Amila!)
3. Suram. Musti nak gune lampu ala-ala suasana romantik. Makan dalam weyh bagi aku yang baru lepas putus cinta nih.

Makanya, sel-sel otak aku mula berhubung dan menerbitkan beberapa formula macamana kau, orang-orang Melayu sekalian boleh maju jika nak bukak restoran kat Shah Alam ni.

teringin nak masuk restoran macam ni.


1. Servis. Ingat, customer always first! Jangan la buat sistem giliran macam kaunter kat bank tuh. Semua pelanggan haruslah dilayan secepat mungkin sebaik saje dorang duduk di meja. Kalau dapat pelanggan yang datang bulan, buatnye dia ilang sabar, mau tergolek meja dilambungnya. Aku penah nak buat macam tu tapi dalam khayalan semata-mata.

2. TV! Wajib ade skarang. Tak kire la pelanggan nak tengok ke tak. Pastikan didatangi bersama Astro. Kalau nak buat kelainan, kau pasang movie. Buat la late night show ke, every Wednesday is Movie Day ke. Apape je lah. Terubat kempunan orang yang takde TV kat rumah.

3. Signature dish! Tapi jangan mahal sangat. Yes, buat la masakan yang jadi trademark kat kedai anda. Make sure sedap la dan kalau pelanggan mintak, ia boleh dihidang dengan cepat. Dengan ni, boleh bezakan kedai anda dengan kedai orang lain.

4. Strategik. Jangan bukak tepi jalan raye yang bz. Susah orang nak brenti parking apa semua. Betul, tak tipu. Macamana nak singgah kalau parking pun susah.

5. Menarik. Yes, interior design kena menarik. Bermain dengan warna yang ceria dan boleh menaikkan mood setiap orang yang melihat ke dalam kedai anda supaya dorang tertarik untuk masuk.

6. Sentiasa tayang tanda harga makanan dan minuman. Jangan buat pelanggan rasa tertipu. Kalau nak letak harga mahal pun, biarlah kena dengan presentation nya. Ni tak, cincai je dalam pinggan.

7. Sentiasa bersyukur. Maknenye ucap terima kasih dengan senyuman sesudah pelanggan membayar makanan. Last impression.

*****
Yang aku perasan la, maybe kedai Melayu yang betul servis baek punye mungkin dah tutup sebab kene sihir. Ada je orang tak senang dengan kejayaan orang lain. Ni sifat orang Melayu yang sampai sekarang aku tak faham. Patutnye gembire sesama Melayu boleh naik. Haish, bertaubat lah ye.


P/S: Aku bukan student Bisnes, aku cume pelanggan yang mengidamkan restoran yang baek .

Monday, October 17, 2011

Kebenaran yang Pahit tapi Kene Telan Jugak

I've been dealing with every bitter truth my whole life.

Situasi 1.


Aku tahu memang ramai yang mati sebab mende ni. Tapi aku tetap suke melakukannye. Bagi aku, ia suatu kepuasan. Lebih-lebih lagi bile aku rase sedih, takpun marah.

Rempit. Yes, aku suke sangat bawak motor laju-laju. Haritu, aku nak potong bas sebab wat semak je tengah jalan. Nasib baik aku laju, sipi je lagi nak langgar Ford Ranger yang datang dari arah bertentangan.

Setiap kali pun begitu. Aku cepat geram kalau kerete depan aku lembab dan menyusahkan semua orang. Pastu mulalah aku mencarut sorang-sorang. Bukan tak pernah aku jatuh motor sebab bawak laju sangat. Tapi aku tak serik.

Pernah gak terfikir kalau suatu masa aku hilang pertimbangan dan mati katak macam tu je, apa perasaan mama abah. Semalam dalam perjalanan balik dari Jengka, aku dan kawan-kawan dalam kereta, terserempak dengan geng rempit. Laju weyh. Rupenye kat depan ade polis buat rondaan. Setengah jam lepas tu, kami diberitahu ade mat rempit dua orang mati kat Jengka tu.

Aku ni bukan la mat rempit. Cuma aku suka bawak motor laju-laju. Sebab tu je yang aku tahu bawak. Kereta aku memang failed lagi la. Tak terasa nak bawak, walopun penting untuk aku pelajari. Takkan abah sakit nanti, aku nak bonceng beliau macam cerita 3 Idiots tuh. Huuuuu.. Aku pon jeles gak kalau jalan jauh, orang lain yang bawak kerete pakwe aku bile die penat.

Situasi 2:


Cita-cita aku nak jadi pegawai forensik. Yes, sangat memerlukan aku menjadi rajin. Masalahnye, dalam kelas aku selalu akan tido, membuatkan aku terlepas apa yang lecturer bebelkan. Kalau nasib baik, aku akan faham bile aku revise, tapi kalau yang tak sempat tu? Huuuu.. Selalu akan jadi mengantuk, walhal aku dah kurangkan pengambilan ubat hampir 2 tahun. Dulu aku penelan painkiller tegar. Macam la aku tak biase tak cukup tidur malam.

Kawan aku kate, kalau kite tak dapat tidur, tu sebab otak kite sedang berfikir. Aku macam tu la, asal nak tido je, aku akan mengelamun, fikir macam-macam. Mungkin juge. Tapi masa lecturer mengajar, aku rase aku dah gune otak aku untuk berfikir, tetap juga aku akan end up ketiduran.
Tensen..

Situasi 3:


Orang lain kalau kapel, sangat la sweet nye. Musti dapat layanan yang baik dan dimanjekan. Kenapa aku tak dapat yang macam tu? Jeles oke!!!!!
Ade sesape yag sudi manjekan aku tak? :p

Saturday, October 1, 2011

Tips Survive Sebagai Student di Shah Alam.

Lama betul aku mendiamkan diri. Maklumlah, dah masuk minggu ketiga sebagai pelajar degree di UiTM Shah Alam ni, makin padat masa aku. Nak tidur pun, kena curi lima, enam minit mase kelas.

Yes! Shah Alam. Mula-mula datang nak mendaftar, aku sangat sorang-sorang. Sebab aku duduk menyewa di luar dengan kawan-kawan yang lain fakulti. Ada je member sama-sama diploma dulu tapi aku tak join dorang sebab, satu, tak jumpe. Dua, dah jumpe tapi aku jenis tak suke menunggu orang. Tiga, aku dah standby senior untuk tolong aku. Jumpe Ketua Program sendiri, urus pendaftaran sendiri dengan berjumpa Penasihat Akademik.


Anyway, overall, life di sini tak sama seperti di UiTM lain. Sebab, Shah Alam weyh. Induk. Besar sangat tempatnye. Aku boleh sesat dalam fakulti sendiri kalau takde senior yang guide.

So, macamana nak survive?

1. Ade Motor, dan Anda Adelah Survivor.

Yes, i mean it. Kat sini, kalau kau nak duduk menyewa di luar, ade motor, senang hidup. Bukan tak de transport, cuma dalam kampus yang besar amat itu, nak ke mana-mana adelah senang. Lagi-lagi kau jenis kurang sabar macam aku. Memang tak la nak tunggu bas, berhimpit-himpit. Dah turun, kena jalan jauh lagi sebab bas tak lalu tempat tu. Maka, silelah buat lesen cepat-cepat sebelum datang belajar di sini. Tapi! Kena bijak dan berhemah. Sebab di sini, jalan nya macam la celaka. Bangunan tinggi-tinggi, besar-besar, tapi jalan raya macam siot je. Berlubang lah, berbonggol la, licin la. Bahaya. 
Lagi satu, kalau nak beli motor, pastikan standby kunci yang rantai panjang sebab sini, motor memang barang panas la. Terutama cap Yamaha nih. Agak sedih la aku tak dapat merase nak guna 135LC sebab abah risau kene cilok. Maka, redha dengan skuter pinjam pak sdare punye.
2. Kenal Senior Sama Course, dan Anda Tidak Perlu Risau.

Ni bukan pasal tak sedar diri, baru masuk dah pandai nak lepak ngan senior. Ni adalah mengenai masa susah, at least ade orang boleh tolong. Maka, jangan la sombong sangat ye. Fungsi senior ni adalah untuk jadi GPS andai kau tak jumpa bilik kuliah, jadi tutor kalau dah bengong sangat nak faham ape lecturer membebel dalam kelas, sumber buku-buku dan nota, dan macam-macam lagi la. Macamana nak kenal senior? Silekan bergaul sejak anda dari diploma lagi. Jangan nak berlagak lone ranger sangat. Kita bukan boleh hidup sorang-sorang. 

3. Mempunyai Ketabahan dan Kecekalan Yang Teguh.

Haha! Ini serius. Di sini, kau harus tabah. Tak boleh nak manja-manja. Kalau tak, konfem kau takleh survive. Bila nak guna kualiti ni? Tunggu time kau kene kelas ganti malam, nak gi kelas tapi hujan lebat, duit takde nak beli makanan.

4. Melakukan Kerja Part Time adelah Pencapaian Ke Arah Hidup Berdikari.

Ye. Sini kos hidup naik la berbanding kampus lain. Hello, Shah Alam.. Ape yang tak mahal? Kalau kau takde PTPTN atau biasiswa, botaklah kepala ayah kau nak bagi duit tiap minggu. Selain pandai berjimat, kau boleh berusaha untuk kerja part time Sabtu Ahad. Ada. Macam aku, aku ikut senior-senior kerja catering. Masyuk. Boleh la support makan seminggu. 
5. Social Life. Persatuan.

Kat sini, memang niat nak belajar dan dapat anugerah dekan ape sume. Sape taknak, kan? Tapi, aku galakkan masuklah persatuan jugak. Sebab seriusly, korang perlukan aktiviti lain selain study. Persatuan-persatuan ni pun ade faedah. Kalu takde, takkan la UiTM benarkan dorang wujud, ye tak? Sebab kat sini, akan ada rekod Kemahiran Insaniah. 
Kalau korang join persatuan, aktiviti korang akan direkod. Nanti dah grad, senang nak cari kerja. Bos-bos besar memang suka kalau graduan ada kemahiran insaniah. Ye la, nanti kau dah kerja, kau akan jumpa masalah yang takde dalam buku. Kemahiran insaniah tu la yang akan bantu kau. Maka, join lah persatuan. Lagi best, kalau persatuan tu aktif. Kawan-kawan pun ramai. Dan persatuan ni, boleh kenal budak-budak fakulti laen. Biar besar circle of friends tu.
6. Elak Culture Shock.
Haaa... Yang ni penting. Bukan apa, risau kau dah biasa duk kampung, masuk bandar kau jadi kekok. Pastu ikut pulak member kepala ntah apape, kau jadi rosak nanti. Cuba adapt slow-slow. Fikir baik buruk apa yang kau buat. Ai, dah sampai masuk universiti, tak reti jaga diri lagi ke? Fokus. Pilih kelompok yang membawa kebaikan. Jangan orang merokok, kau nak merokok jugak. Jangan orang clubbing, kau nak clubbing gak. Tak payah la susah-susah risau digelar tak sporting ke, kolot ke. Kau tahu diri kau, itu dah cukup. Berkawan tak salah, tapi kena bijak jaga diri. 

Oke. Sampai sini dulu. Ada tambahan nanti aku sambung ye. Gudluck belajar walau di mana anda berada.
 

Monday, September 12, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me 3.

Khatimah Cinta


"Biarkan aku mati! Biarkan aku mati! Tak guna lagi aku hidup! Aku dah takde apa dah!" jerit Syaza, cuba melepaskan diri dari pegangan tangan kawan baiknya, Ros. Dunianya terasa semakin berat dan hatinya meronta-ronta untuk menghampiri tali yang telah tersedia tergantung di kipas siling biliknya.

*****

"Awak.. Jangan risau.. Saya akan bertanggungjawab. Saya akan kahwin dengan awak. Mari, sayang... Saya sayang awak sorang je," kata Fikril. Tangan Syaza dipegangnya erat. Syaza harus dimilikinya walaupun kedua-dua ibu bapa Syaza menghalang hubungan mereka. 
"Emmm... Saya takut la awak... Macam mana kalau saya mengandung?" Syaza kerisauan.
"Jangan bimbang, sayang.. Saya akan kahwin dengan awak. Kita kahwin lari ye, sayang?" Fikril cuba menenangkan Syaza.
Kedua-dua mereka mula menjejak hotel bajet yang sudah hampir dua jam memerhatikan mereka untuk dikunjungi.
*****

Hampir dua bulan Fikril berada di luar negara, melanjutkan pengajiannya. Janjinya mengahwini Syaza dipegang erat oleh kedua-duanya. Syaza tetap gelisah, kerana walaupun dia tidak akan mengandung akibat kemalangan yang merosakkan rahimnya, dia merasakan dirinya sudah tiada lagi maruah. Dara yang perlu dijaga dengan baik oleh semua wanita telah dia serahkan kepada lelaki yang belum sah untuknya. Setiap hari dia berdoa kepada Tuhan agar bisa dosa lampaunya diampunkan dan Fikril diijabkabulkan dengannya.

"Sayang! Saya akan balik cuti selama 4 bulan nanti ke Malaysia. Saya nak masuk meminang awak, kemudian bulan seterusnya kita kahwin ya! Saya akan face to face dengan ibu bapa awak. Kali ni, mereka harus setuju. Tunggu saya, ya sayang..."
Begitulah emel yang dikirimkan Fikril kepadanya. Syaza merasa sangat gembira. Dia tak sabar menantikan kepulangan kekasih hatinya. Moga penyatuan mereka ini bisa menghapus memori hitam mereka yang dulu. 

Namun...
"Syaza... Aku minta maaf.."kata Ros pada suatu petang.
"Kenapa kau?"
"Fikril... Dia taknak aku beritahu kau sebab katanya surprise. Tapi..."
"Surprise? Tapi apa pulak ni?" Syaza mula bingung dengan reaksi Ros. Nama Fikril yang disebut membuatnya bertambah saspen.
"Fikril... Flight dia.. Terhempas. Tiada siapapun yang selamat. Aku minta maaf Syaza! Tolonglah tabah k!" Ros mula menangis. Fikril, sepupunya, meninggal dunia tanpa sempat bertemu mereka di Malaysia.
"Tidaaak.. Kau bergurau kan? Aku tak percaya lah.. Takkan lah... Tipu.. Kau tipuuu!!!! Aku benci kau! Dan bila Fikril balik, aku nak benci dia jugak! Tidak! Dia tak boleh mati!" Syaza mula meraung, dan berlari keluar dari pintu kolejnya, menuju jalan raya yang sibuk dari tadi. Mujurlah Ros sempat menahan Syaza.
"Syaza! Kau jangan macam ni! Mengucaplah! Ingat Allah..." kata Ros, tercungap-cungap. Nasib baik.
"Fikril janji nak kahwin dengan aku!"
Syaza menangis dalam dakapan Ros.
*****

Ros terbaring di sebelah Syaza, di atas lantai berkarpet merah itu setelah menyelamatkan cubaan bunuh diri Syaza yang kali kedua sejak kejadian di tepi jalan itu. Syaza terusan menangis sambil menekup mukanya. Dia menyesal kerana hilang arah. Dia menyesal kerana lupakan Yang Maha Esa.
"Terima kasih Ros.. Aku.. Aku memang bodoh.. Terima kasih kerana menyelamatkan aku..."
"Kau jangan macam ni lagi.. Tolonglah Syaza..."
"Aku hilang arah.. Fikril janji nak kahwin dengan aku..."
"Tapi dia dah tiada.. Terimalah hakikat ni.."
"Tapi aku dah tak suci lagi..."
"Apa???" Ros terbangun, matanya tepat memandang Syaza. "Sebab tu je sampai kau nak bunuh diri? Kau dah buat dosa, kau nak tambah dosa lagi? Ingat Tuhan, Syazaa..." 
"Maafkan aku... Maafkan aku.."

*****

"Hai.. Boleh tunjukkan mana bangunan pentadbiran?" sapa seorang lelaki, kelihatan seperti pelajar baru Ijazah. Syaza, sebagai senior, walaupun masih diploma, menunjukkan arah.
"Sana. Jalan terus, belok ke kanan sampai simpang tiga. Ambil kanan lagi, ia di sebelah Pusat Kesihatan."
"Owhh.. Terima kasih ya! Nama awak apa? Saya tak tahu nak kontek siapa-siapa di sini. Boleh saya kontek awak?" tanya lelaki itu panjang lebar lagi.
"Err, saya Syaza. Emm..."
"Alaa, boleh lah. Saya desperate sangat perlukan guide."
"Awak boleh dapat semua bantuan yang awak perlukan di Pusat Pelajar. Di situ ada jabatan yang bertanggungjawab menjaga student baru. Saya minta diri dulu. Good luck mencari ye!" jawab Syaza, terus berlalu sambil sempat tersenyum.
"Awak! Nama saya Fakhrul ya! Jumpa lagi!" jerit lelaki tadi sebelum meneruskan pencariannya. Syaza berpaling dan tersenyum lagi setelah Fakhrul melambai tangannya.
"Macam-macam..."

Mereka kerap bertembung di kafe dan perpustakaan. Syaza merasa segan setiap kali Fakhrul menangkap Syaza memandang ke arahnya. Namun begitu, Fakhrul hanya tersenyum. Kedua-dua mereka tidak pernah bertegur sapa setelah kejadian tempoh hari. 

"Hoi! Kau usha siapa tu? Tak nak ajak aku join ke? Hehe!" tegur Ros, mengejutkan Syaza yang sedang asyik memerhatikan Fakhrul di kafe.
"Ish, kau ni! Mana ada lah!"
"Aku nak pergi kubur Fikril. kau nak ikut?"
"Jum.."

Syaza tak pernah lupa menjenguk pusara Fikril setiap hujung minggu. Cintanya masih kuat terhadap Fikril. Lelaki itulah cinta pertamanya.
"Awak.. Hari ni Fakhrul tu nampak saya pandang dia lagi.. Malulah. Padahal saya pandang dia sebab dia hensem macam awak sikit. Dia hensem sikit je la. Awak hensem banyak! Huuu.. Saya rindukan awak, sayang.. Moga aman di sana ya.." bisik Syaza setelah Ros meninggalkannya di pusara buat seketika. Seperti biasa. Di situlah Syaza sering bercerita apa saja.
*****

"Saya suka awak. Boleh tak saya nak masuk meminang awak hujung minggu ni?"
"Tapi saya tak kenal awak!"
"Saya kenal awak. Cukup kenal. Mungkin awak tak tahu..."
Kata-kata Fakhrul mengejutkan Syaza. Hatinya sekali lagi terasa seperti dipanah petir. Kali pertama adalah bila mendengar khabar kematian Fikril. Dan perasaan tu muncul lagi. Hakikat yang dia harus mengaku dia tidak suci lagi sebelum Fakhrul mengahwininya.
"Saya tak boleh."
"Tapi kenapa?"
"Ada wanita lain yang lebih baik dari saya. Awak layak untuk itu. Bukan saya."
"Tapi saya sayang awak."
"Cukup!" Syaza mula berpaling. Air matanya mula bergenang.
"Adakah kerana awak tak suci lagi? Tu ke?"
"Macamana awa....."
"Ros... Dan saya tak kisah. Saya cintakan awak kerana Allah. Kerana akidah awak." Tegas Fakhrul.
"Akidah...?"
"Ye. Pegangan awak. Awak gantungkan hati padaNya, walaupun awak dah tak punya apa yang wanita lain ada. Awak tabah. Awak kuat. Awak berani. Berani mencintai. Saya inginkan keberanian awak mencintai saya, sebagaimana awak berani mencintai dia."
"Tapi saya tak boleh bagi awak zuriat nanti."
"Saya tahu. Saya tak kisah. Kita boleh adopt any orphan. Please.. Terimalah saya!"
"Dia cinta terakhir saya.."
"Tapi itu bukan khatimah cinta bagi awak. Mungkin saya boleh bersama awak dalam khatimah cerita cinta awak.."
"Khatimah?"
"Kesudahan.. Kesudahan.." Fakhrul tenang mengungkap cintanya. Entah kenapa, Syaza merasa dirinya tiada lagi beban yang pernah dipikulnya dulu. Beban rasa bersalah. 

Lama-kelamaan, bayang Fikril mulai pudar. Hatinya kini merindukan Fakhrul, bakal suaminya esok hari. Moga masih ada sinar dalam hidupnya. Moga akidahnya tetap teguh. 

Saturday, September 10, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me 2.

Biarkan Saja Hati Berbicara


"Saya sayang awak! Yeayyy!" kata Nuzhat sebelum menamatkan perbualan telefon dengan lelaki kesayangannya, Fazril.
Nuzhat, periang seperti namanya, seorang gadis yang senang didampingi sesiapapun. Walaupun namanya agak jarang didengar, dia bangga. Sebab maksud itu sememangnya menggambarkan dia yang sebenar. Dia bukan cantik sangat, biasa-biasa sahaja. Tapi keyakinan diri yang buat orang lain tertarik padanya. She is so contagious. Sesiapa saja yang berada di sekelilingnya seakan dijangkiti senyuman dan gelak tawanya. Dan kerana itulah Fazril merasakan Nuzhat seorang gadis yang istimewa.
****

Masih ingat lagi Fazril pada pertemuan kali pertama mereka. Fazril tidak suka mendekati perempuan walaupun hanya sebagai kawan biasa. Dia seorang yang hanya bercakap bila perlu. Kawan baiknya, Hasyriq, ketika itu baik dengan Nuzhat. Mengenali Fazril membuatkan Hasyriq mengatur langkah memperkenalkan kedua-dua kawannya. Fazril harus mengenali Nuzhat, fikir Hasyriq.

"Hai Hasy, siapa pulak lelaki hensem yang kau bawak ni? Patut la kau taknak layan aku ye. Aku faham.." tegur Nuzhat sebaik saja sampai di meja mereka di kafe kolej.
"Siot lah kau Nuzhat... Kau jangan nak fikir aku gay lak ye. Ni roomate aku lah. Best friend aku, Fazril."
"Oooo.. Hai, Fazril!" dan tika itulah buat kali pertamanya Fazril merasakan senyuman adalah suatu anugerah Tuhan yang paling indah. Dan senyuman itu milik Nuzhat, gadis yang baru dikenalinya.
"Err.. Hai.." balas Fazril.
"Awak tahu, Fazril, awak mengingatkan saya kepada pelangi. Ala, bukan sebab awak hensem la. Tapi sebab pelangi tu cantik, cuma orang bertuah je dapat tengok. Saya rasa saya bertuah hari ni sebab awak balas teguran saya. Hasy cakap, awak tak banyak bersuara, ye ke? Tak boleh la macam tu. Suara tu kan kurnia Allah. Kita kena guna, berbaik dengan semua orang. Betul tak?" kata Nuzhat, panjang lebar dan dalam masa yang sama, tak putus dengan senyuman.
"Emm... Saya cuma tak tahu nak cakap apa je. Terima kasih, Nuzhat.. Awaklah orang paling jujur setakat ni.." Mata mereka bertentangan. Hati Fazril terasa suatu perasaan, dan jantungnya seakan terhenti satu denyutan.
"Ehem ehem.. Jom order minum!" celah Hasyriq, memecah keheningan yang seketika.

Dan ketika itulah Fazril mula punyai satu semangat baru. Nuzhat...
****

"Awak... Saya kena pindah rumah. Nanti kita dah kena berjauhan. Awak akan rindu saya tak?" kata Nuzhat pada hari terakhir mereka bergelar student.
Tiada lagi pergi kolej sama-sama, pulang ke rumah sama-sama, memandangkan rumah mereka dalam bandar X, kerana Nuzhat terpaksa mengikut familynya berpindah ke negeri lain.
Lepas ni, mereka tidak dapat lagi bertemu. Walaupun mereka sudah mengikat janji untuk saling mencintai, terasa juga suatu kehilangan di hati mereka.
Lama Fazril diam, Nuzhat bertanya lagi.
"Awak.. Kenapa awak senyap je?"
"Saya akan rindu awak, sayang. Rindu sangat-sangat. Awak tinggallah di sini. Saya akan jaga awak." jawab Fazril. Hatinya mula sebak. Ish, tak macho dah la macam nih.
"Awak ni.. Sweetnya nak jaga saya. Kahwin je la macam ni. Hehe. Nanti kita keep in touch ya. Awak tu, jangan nak mengada-ngada usha pompuan lain. Saya dapat tau, siap la awak!"
"Saya akan tunggu awak. Saya janji, sayang."
"Saya sayang awak!!! Yeayyyy!!!"
****

Sudah hampir 2 bulan, Nuzhat mendiamkan diri. Fazril mula merasa goyah dan tak tentu arah. Dia amat rindukan suara Nuzhat yang sentiasa riang berkata "Saya sayang awaaaak! Yeayyy!" setiap kali mereka berbual di telefon.
Tak pernah sekalipun Nuzhat lupa mengucap kata-kata itu. 
Setiap kali selepas itu, mereka hanya berhubung melalui Facebook chat. Tak pernah Nuzhat benarkan Fazril menelefonnya. Katanya, chat sudah cukup. Alasan taknak menyusahkan Fazril untuk topap setiap kali. Fazril tak keruan, namun dia terpaksa akur dengan permintaan Nuzhat.
Pernah sekali Fazril cuba telefon tetapi adik Nuzhat yang menjawabnya. Mereka sering berhubung, tetapi tetap terasa jauh.
****

"Awak... Cakaplah awak sayang saya..." kata Nuzhat pada suatu malam.
"Kenapa? Sebok je. Lalalalala..."
"Huuu.. Ye laaa. Mentang-mentang saya dah duduk jauh. Dah ade orang lain la tu.."
"Saya kan hensem. Ramai peminat.."
"Awaaakkk! Taknak kawan!"
"Nanti dah kawen, hari-hari saya cakap ye."
"Kenapa bukan sekarang?"
"Sekarang, saya bagi awak peluang cakap sayang kat mak abah awak dulu puas-puas. Bagus tak saya?" terang Fazril.
"Ye laaa..." dan  begitulah setiap kali perbualan mereka setiap kali.
Namun Nuzhat tetap berdegil dan "Saya sayang awakkk! Yeayyy!!!"
Fazril hanya senyum, dalam hati dia menjawab, "Saya sayang awak juga, sayang."
****

"Assalamualaikum.. Nuzhat ada tak, makcik?" terus Fazril menyalam tangan ibu Nuzhat.
"Eyh, Fazril. Masuklah. Nuzhat ada. Tunggu ya, makcik panggilkan dia."

"Hai, awak.. Sepraisss! Hehe. Suka tak saya datang?" kata Fazril sebaik saja terlihat Nuzhat. Nuzhat hanya tersenyum dan terus menghampiri Fazril. Gembiranya tak terkata.
"Saya rindukan awak, sayang. Awak tak bagi saya kol, saya datang terus rumah awak. Padan muke!" sambung Fazril lagi, menatap wajah dan senyuman yang dirinduinya. Senyuman Nuzhat mula pudar. Dia masih lagi diam, dan mula tunduk memandang lantai. Fazril hairan dengan perlakuan Nuzhat. Gadis itu bukan seperti dulu. Seakan berubah.
"Awak.. Kenapa diam? Marah ke saya datang rumah?" tanya Fazril, kebingungan.
"Fazril, nah air ni makcik buatkan. Ni kek, Nuzhat buat pagi tadi. Rasalah. Rehat dulu ya. Dari jauh Fazril datang ni." kata Puan Ara yang mucul dari dapur. 
"Terima kasih, makcik."
Seketika Puan Ara memandang anaknya, tersenyum hambar dan berlalu ke dapur semula. Nuzhat menghidangkan kek dan minuman kepada Fazril apabila Fazril mula memandangnya semula.
"Sayang..."
Mata Nuzhat mula berair. Pantas sungguh air matanya mengalir tanpa disangka.
"Sayang, kenapa ni? Cakaplah... Jangan menangis. Saya minta maaf kalau saya buat awak marah. Cakaplah sayang..."
"Aku dah tak tahan la semua nih! Biar saya beritahu dia la, kak!" tiba-tiba Zul, adik Nuzhat, muncul. Fazril semakin kaget. Nuzhat pula terus berdiri, cuba menghalang Zul. Zul seakan faham, dan terus berlari naik ke bilik.
"Awak.. Apa maksud Zul tadi tu? Beritahu saya apa?" tanya Fazril, dengan nada yang semakin hilang sabar.
Nuzhat terus mencapai handphone, seperti tidak menghiraukan Fazril, menaip sesuatu. 
"Fine. Saya pergi." kata Fazril, tidak dapat menerima ketidakpedulian Nuzhat.
Ting ting ting...
Satu mesej masuk di handphone Fazril.
Maafkan saya, sayang... Saya gembira sangat awak datang ke sini untuk jumpa saya. Kalau boleh saya nak jerit biar satu rumah ni tau awak datang. Untuk saya, awak bersusah payah dari jauh drive. Tapi saya sedih... Saya dah menyusahkan awak. 
Saya tahu awak rindukan saya, dan saya sangat rindukan awak, sayang. Saya nak jerit dan katakan saya rindu awak. Saya nak jerit cakap saya sayang awak. Saya tau, awak pun nak dengar tu kan? 
Walopun awak konon tak bagi saya cakap tu selalu. Saya menyesal dengar kata awak. Sebab saya dah tak mampu dah untuk tu semua. Kalaulah saya tahu saya akan kehilangan suara, saya nak beritahu awak saya sayangkan awak setiap saat yang saya ada. 
Sekarang, dan juga untuk lepas ni, saya dah tak mampu nak cakap saya sayang awak dah. Maafkan saya, sayang. Saya terima apa saja keputusan awak. 
Fazril berpaling, memandang wajah Nuzhat yang basah dengan air mata. Dia tak mengerti. Apakah maksud semua ni?


****

"Sebenarnya Fazril, Nuzhat telah kehilangan suaranya akibat jangkitan kuman pada peti suaranya. Setelah berpindah ke sini hampir sebulan, tiba-tiba Nuzhat batuk tak henti-henti. Lepas muntah darah, baru kami sedar yang Nuzhat bukan batuk biasa. She's almost got cancer. She lose her voice. Dia taknak beritahu kau sebab dia takut hilang kau. Takut kau tak sayang dia dah..." terang Zul kepada Fazril yang kini terduduk, seakan lututnya telah longgar secara tiba-tiba.
Nuzhat hanya tunduk, masih lagi dibasahi air mata tetapi kelihatan tenang. Seolah-olah bersedia dengan apa jua keputusan Fazril.
"Nuzhat... Sayang.. Saya mungkin akan kehilangan panggilan sayang dari awak.. Tapi tu semua dah tak penting bagi saya. Yang saya ingin hanyalah kasih sayang awak. Cinta awak.. Kali ni, biarkan saja hati kita yang berbicara ya. Suara hati awak yang saya rindukan. Sudikah awak menjadi suri hidup saya?"

Dan hati takkan pernah hilang suaranya. 

Thursday, September 8, 2011

Mereka Ini Penjenayah Jalan Raya Di Mata Aku.

Yes. Di mata aku, mereka ini boleh buat aku keluar kereta dan membangkitkan semangat juang aku untuk membelasah. Bikin panas weyh! Lebih-lebih lagi bila aku dalam kereta yang air-condnya rosak, matahari tegak atas kepala dan traffic light merata je even di jalan yang lurus.


1. Drive slow nak mati padahal di lorong kanan.
Memang mendorong aku nak hon kuat-kuat la kan, apatah lagi mencarut tak tentu pasal. Sakit hati siot. Tiba masa kalau aku terlanggar bontot kereta orang jenis ni, memang aku yang pergi belasah dia. Peduli hape aku. Penjenayah paling menyusahkan orang.

2. Dah nak masuk lorong, baru nak bagi signal padahal orang belakang turut sama laju. Dah tu, tak pasal-pasal terlanggar belakang kereta kau kan?

3. Motor, sukehati melintas depan kereta yang tengah syok layan 120km/j.
Ni la si celaka paling bangang sebab tak sayang nyawa. Kalau orang sempat brek takpe. Ni tak pasal-pasal nak kena fikir macamana nak buang badi langgar kau sampai jadi arwah.

4. Tak reti nak speed bila traffic light dah hijau.
Memang lah kau sorang je kan yang tunggu lampu tukar jadi hijau. Pastu drive macam kau seorang je ada awek kat sebelah, lembik! Tak fikir kereta yang berderet kat belakang kau nak cepat sebab ada hal penting.

5. Sebok nak join tengok eksiden kat line sebelah padahal kau bukan nak tolong apape pun.
Yes! Sakit hati. Spesies penjenayah sebegini la menyusahkan orang sebab tak pasal-pasal jalan jadi jem sepanjang 2km. Kalau ya sangat nak tengok eksiden, tak payah la sampai nak berhenti kat tengah-tengah jalan.

*****

Ye, mereka ni layak aku cop sebagai penjenayah sebab menyusahkan orang. Sebab tu aku serabut kalau polis buat roadblock semata-mata nak check orang ada lesen ke tak. Ada lesen ke tak, sama je kalau si driver bawak kereta macam celaka. Aku tak paham sistem lesen nih. Eksiden tetap jugak berlaku. Driver macam celaka tetap juga wujud. Aku yang takde lesen dulu pun reti nak guna jalan macamana. Ni tak, yang naek motor, bawak macam nyawa tu dia boleh beli kat Tesco bila-bila dia nak.

Fine la, eksiden, mana kita boleh jangka. Dah takdir nak eksiden. Dah tu, kalau kita potong ayam, biar je nak potong macamana. Kalau jari terhiris, kan dah takdir, nak buat macamana. Macam tu ke? Bengong.

Kalau kau fikir pasal orang lain jugak, takdenya kau jadi pencelaka jalan raya. Tak pasal-pasal libatkan kereta orang lain celaka sekali dengan kau.

Dah, adios~

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me.

Kisah Hati

“Awak.. Janji ya, nanti bila kita dah habis ijazah ni, awak akan masuk meminang saya. Awak pun kata lagi 3 tahun, awak akan ikat saya. Saya akan tunggu awak tau.”
“Saya janji. Saya sayang awak, sayang.”
*****
“Setiap kali kita kena macam ni ke? Hal kecil pun awak nak marah saya? Saya cakap sikit, awak melenting. Saya bukan nak mengajar awak. Jelas awak ketua saya, pemimpin keluarga ni tapi tak semestinya saya tak boleh kata apa-apa!”
“Awak diam. Jangan menjawab, boleh tak? Kerja ni penting untuk kita. Awak apa tahu? Saya nak keluar. Ada hal nak diselesaikan. Dan jangan cakap pasal ni lagi sebab awak takkan faham selagi bukan awak yang menanggung keluarga ni.”
“Saya lupa… Saya lupa saya dah tinggalkan kerja kerana awak. Takpe, awak pergilah.”
Dan Aryan keluar dari rumah itu, meninggalkan Marina, seperti biasa setiap kali mereka bergaduh. Setiap kali mereka tidak pernah ingin bertengkar tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, Marina begitu cepat emosi dan Aryan tidak ingin kalah dengan emosi Marina.
*****
Aryan, seorang yang mementingkan kesempurnaan, menghairankan kawan-kawannya apabila dia mengatakan cintanya terhadap Marina. Marina yang pernah membuat dia marah kerana tidak banyak membantu memudahkan perjalanan aktiviti yang persatuan mereka anjurkan. Beza Aryan dan Marina ibarat aiskrim dan teh ‘o’. Marina terlalu cool walau dalam situasi yang serius, manakala Aryan tidak pernah berkira untuk rileks dalam apa jua kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kerana itulah Aryan menjadi ketua dalam pentadbiran persatuan.

Mengenali Marina dengan lebih rapat selama dua minggu menjadi fasilitator untuk pelajar baru, Aryan mula lembut hati dan semakin ceria. Baginya, Marina pandai membuat dia tersenyum. Ternyata Marina bukan seperti yang disangka. Marina punya cara tersendiri, dan Aryan sedikit sebanyak kagum akan gadis itu. Gadis itu sarat dengan idea dan pantas bertindak. Marinalah pelengkap Aryan.  Yang memahaminya. Menyayanginya, seadanya Aryan.

*****
Aryan pulang, melihat Marina sudah terlena di sofa, ternyata menunggu kepulangan suami yang dicintainya. Aryan menyesal memarahi Marina siang tadi dan mula memikirkan cara untuk berbaik semula, seperti selalunya. Marina, yang tak pernah mengalah untuk menyayangi Aryan walau berapa banyak dugaan yang pernah mereka lalui sebelum menjejak ke jinjang pelamin bersama. Gadis itu yang kini isterinya, dikucup Aryan dengan penuh kasih sayang, tersedar dari tidur. Aryan tersenyum.

“Sayang… Saya minta maaf,” kata Aryan, masih tersenyum melihat Marina. Selalunya Marina akan terus memeluk Aryan dan menyatakan betapa rindunya dia kepada suaminya tapi kali ini, Marina terus bangun, termenung seketika dan terus berjalan meninggalkan Aryan, seperti tidak mempedulikan Aryan di depannya.
“Sayaaang,….” Namun Marina langsung menutup pintu bilik tidur. Merajuk lagikah Marina dengannya? Aryan semakin menyesal. Tak pernah Marina begitu. Dan dia mula rindukan Marina. Tidur di sofalah jawabnya malam itu.

Pagi itu, Aryan tidak diendahkan Marina. Pakaian Aryan untuk pergi bekerja juga tidak disiapkan Marina. Semuanya Aryan lakukan sendiri. Marina tidak pernah ingin melihat Aryan pun. Marina tidak menyahut panggilan Aryan. Seketika kemudian, telefon Marina berdering.
“Assalamualaikum. Ye mak… Ye.. Marina pun tak tahu. Aryan tak pulang dari semalam. Tak. Kami baik-baik saja. Katanya ada kerja penting. Nanti Marina beritahu mak bila Aryan dah balik ya. Baik mak. Assalamualaikum..”
Kenapa Marina menipu ibunya sebegitu? Kalau ya pun masih merajuk, takkan la sampai dengan mak pun Marina nak menipu? Aryan mula bingung. Marina seorang isteri yang taat, dan Aryan sangat bangga dengan hal itu. Tetapi tidak kali ni.

“Kenapa awak kata saya tak balik dari semalam? Kenapa awak tipu mak?” soal Aryan, namun Marina membisu saja. Marina tidak mempedulikan pertanyaan Aryan, terus bersiap untuk keluar. Aryan membatalkan niatnya untuk ke tempat kerja dan terus mengikut Marina masuk ke kereta. Masih juga Marina tidak mempedulikannya.
“Awak ni kenapa? Marah sangat ke dengan saya? Saya minta maaf la. Sayang!” Aryan mulakan perbualan, namun Marina masih berdiam. Mata Marina mula berair. Seketika kemudian, mereka berhenti di sebuah tempat. Dulunya tempat itulah mereka sentiasa luangkan masa bersama. Taman tasik yang menjadi saksi Aryan melamar Marina 3 tahun dahulu.

“Kenapa awak datang sini?” Tanya Aryan. Mereka masih di dalam kereta. Marina kemudiannya mula menangis.

“Sayang… Saya minta maaf. Saya rindukan awak. Saya menyesal bergaduh dengan awak semalam. Rupanya awak betul-betul lupa ulangtahun perkenalan kita yang ke-8. Dan awak bangkitkan soal saya tak bekerja. Awak lupa awak yang suruh saya berhenti sebab awak nak saya ada di rumah menyambut awak pulang kerja. Saya tak ambil hati pun, awak.. Saya tahu awak tengah serabut. Saya yang salah sebab jangkakan awak akan ingat tarikh istimewa kita tu. Saya lupa awak banyak tanggungjawab lain selain saya. Saya memang isteri yang jahat kan, awak? Saya minta maaf. Saya sebenarnya sangat rindukan awak.”

“Sayang,… Jangan cakap macam tu. Saya sayang awak. Awak isteri saya yang terbaik! Saya yang jahat sebab biarkan awak selama ni,” Aryan mula menenangkan Marina yang meluahkan rasa hati itu.

“Sayang…  Mana awak? Kenapa awak diamkan diri? Saya minta maaf. Baliklah rumah… Saya nak sangat beritahu awak yang kita akan ada cahaya mata. Kejutan saya untuk awak…” Marina menangis lagi.

Aryan bingung tapi dalam masa yang sama sangat gembira tak terkata. Dia akan menjadi seorang abah. “Saya di sini, sayang…” tapi Marina tidak menoleh pun kearahnya. Telefon Marina berdering.
“Ya.. Saya isterinya. Apa?!! Saya datang sekarang! Baik, baik! Terima kasih. “
Kereta itu dipandu meninggalkan taman tasik itu dan menuju laju ke suatu tempat. Marina kelihatan resah.
“Kenapa, sayang?” Tanya Aryan.
“Sayang… bertahan. Tunggu saya, sayang! Saya datang ni… Ya Allah..”  Air mata Marina deras mengalir  tetapi Aryan mula naik radang.
“Sayang mana pula awak nak jumpa ni? Awak dengar tak saya tanya ni? Marina!”

Kereta itu berhenti di depan hospital. Aryan buntu, melihat Marina berlari seperti dikejar hantu. Laju dan tidak mempedulikan orang sekeliling.
ICU. Terlihat sekujur tubuh yang kelihatan tidak sedarkan diri.
“Maafkan kami, Puan Marina. Buat masa ni, pesakit masih koma.”
“Baik, terima kasih ye doktor. Bagi saya melihatnya sekejap,” kata Marina. Aryan bingung. Siapakah lelaki itu. Lama diperhatikannya, Marina bersuara.

“Aryan sayang… Saya minta maaf. Bangunlah, sayang… Awak kata awak tak boleh tengok saya menangis. Awak mesti sibuk je nak lap air mata saya. Awak kata air mata saya air mata bidadari, mahal, kalau jual dalam botol nanti awak boleh kaya. Bangunlah sayang… Tengok ni saya nangis banyak-banyak untuk awak. Sayang…”
Aryan kaku. Tubuh di depannya itu ialah dia. Dia mula faham. Patutlah Marina tak nampak atau dengar. Aryan rebah, melutut di tepi Marina.
“Awak tahu tak, sayang? Semalam saya dapat rasakan awak ada dengan saya. Saya tunggu awak balik, sampailah saya tersedar. Tapi awak masih tak balik lagi. Awak tahu, saya ingat awak cium saya. Tapi tu cuma perasaan saya. Awak tak balik. Marah sangat ye awak dengan saya. Sayang, bangunlah. Nanti saya tak tegur dah awak pergi kerja. Suka hati awak ya nak bekerja pukul berapa pun. Bangunlah, sayang…”

*****
Dan Aryan keluar dari rumah itu, meninggalkan Marina, seperti biasa setiap kali mereka bergaduh. Setiap kali mereka tidak pernah ingin bertengkar tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, Marina begitu cepat emosi dan Aryan tidak ingin kalah dengan emosi Marina.
Aryan bermain dengan perasaan. Hatinya mula tidak senang. Ketika dia cuba memasuki simpang ke kanan, tiba-tiba lori tidak semena-mena datang dari kiri dan merempuh kereta Aryan. Orang ramai mula berkerumun dan memanggil ambulans.

*****
Aryan semakin lemah. Marina yang dicintainya, sangat ingin dipeluknya erat-erat dan mengatakan betapa dia sayangkan isterinya yang setia itu. Ternyata dia tak dapat menyentuh Marina. Tiba-tiba mesin ECG berbunyi panjang. Doktor pantas menghampiri katil Aryan.
“Ada apa doktor? Kenapa dengan suami saya ni?” Doktor memeriksa nadi kemudian meletak semula tangan Aryan dan melihat bacaan mesin itu.
“Maafkan kami, Puan Marina. Kita telah kehilangannya. Tuhan lebih sayangkan arwah. Banyakkan bersabar. Takziah.” Dan doktor itu berlalu pergi.

“Tidaaak… Awak dah janji akan jaga saya, sayang… Kenapa? Kenapa? Kenapa awak tinggalkan saya? Ya Allah… Tabahkanlah hati aku menerima semua ni…” Marina rebah di sisi katil. Aryan tidak percaya apa yang dilihatnya. Di mana dia sebenarnya ni? Dia sudah meninggal? Marina dihampirinya. Aryan cuba mengusap Marina tetapi jururawat telah datang mengangkat Marina dan membawanya ke katil kosong. Aryan sayu. Isteri yang dicintainya akan ditunggunya di sana.

*****
Cinta kau dan aku…
Takkan mungkin bersatu…
Untuk saat ini, di dunia ini..
Marina berlalu meninggalkan pusara Aryan, berjanji menjaga cinta mereka. Mungkin, mereka akan bersama nanti di sana. Itu doa dan harapannya. Aryan, satu-satunya lelaki yang dicintai. Dan kandungannya itu akan dijaga dengan baik. Tanda cinta terakhir Aryan untuknya. 

Friday, August 26, 2011

Raya : Dulu dan Sekarang.

Yes. Raye. Korang ingat lagi tak zaman kite kecik-kecik dulu? Seronok kan? Asal raye je kite bahagia. Asal raye je kite kaye. Asal raye je kite ceria. Maklumlah, kecik lagi, semua orang sayang. Paling penting sekali, disayangi sedara mara. Yelah, kalau rapat, boleh dapat duit raye lebih. Ye dak??

Dulu, kalau zaman umur belum belasan, suci je aku terbayangkan lima perkara wajib ade. Yup, dulu.....

1. Baju Baru lip lap lip lap..

Yes! Mesti kene cantek supaye boleh tayang kat sepupu aku. Asal balik kampung malam raye tu, musti masuk bilik lepak dengan dia, buka beg tayang baju dan kasut baru. Pastu banding harga, yang mana aku nih jenis tak kesah mahal ke murah. Sejak kecik lagi abah aku pon jenis ikot je aku nak pakai baju macamane. Dan sejak kecik jugak la aku mesti paling lambat jumpa baju yang aku berkenan. Aku sangat mementingkan stail ye. Aku tak suke sama macam orang laen, tak best. :p
2. Amalan bermaaf-maafan.
Sebaik sahaja balik dari sembahyang raya, akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan semua yang ade depan mate. Mule-mule wajib salam mama abah. Yes! Pastu musti gelak-gelak sambil mintak maaf sebab rase macam berlakon pulak. Aku ni jarang sangat nak feeling ikot timing. Kena spontan. Dahlah pastu sambung jadi nakal dan degil, so macam pelik je nak mintak maaf tu. Lagi best kalau raya, musti member-member akan hantar kad raya maaf zahir batin. Aku pernah sekali 20 keping kad aku pos ke kawan-kawan. Memang rajin la zaman dulu-dulu.
3. Duit raya!!!!

Yaaaa, itu dia! Yang paling ditunggu-tunggu. Masa ni lah rasa nak baik dengan semua orang. Masa ni lah jadi rajin nak mengikut abah pergi berjalan ke rumah sedare mare yang aku pon kurang kenal. Musti kene nenek yang introduce aku kat mereka sbab aku memang sumpah tak kenal mereka. Huhu. Siapa yang bagi duit raya lebih dari RM1 akan melekat dalam ingatan aku. Lepas tu, banding dengan adik-adik, siapa dapat duit raya paling banyak. Lepas tu bagi mama untuk masuk bank. Buat belanja beli barang sekolah nanti sebab masa tu abah aku kurang kaye berbanding sekarang. (Kaye di sini bermaksud berduit la juge)
4. Lemang, ketupat, biskut raya Riang Ria Raya.
Ye, makanan. Asal raya je aku bayang makanan yang banyak atas meja. Mama mest masak special. Balik kampung, ade acara bakar lemang petang sebelum raya, malamnya pula bakar sate. Sebelum tu pula tolong nenek buat ketupat pulut dan nasi impit. Kuah kacang lah paling best dimakan dengan nasi impit tu. Dari kecik aku dah diajar bela arang, buat bara. Hehehe. Seronok. Aku dulu gemok dan pendek. Dah la gemok, makan banyak. Suke lah hati aku bila dapat tengok makanan banyak-banyak. Huuuu... Sekarang je selera makin kurang, cepat kenyang sampai sedara tegur aku slim. Oke melencong pula.
Last but not least,...
5. Mercun dan bunga api...

Memang. Kene ade ada dalam tentatif, aktiviti lepas bebuke malam last puase. Lepas je pasang pelita sekeliling rumah atuk, aku dan sepupu-sepupu serta kawan-kawan sekampung akan mulekan operasi pertandingan mercun siapa bunyi paling kuat dengan jiran-jiran dalam kampung kami. Yup. Mase tu, pak sedara aku umur remaja lagi, dialah ketua. Setakat ni, takde lagi dalam sejarah di kampung kami yang putus jari akibat mercun, maka agak menjadi tradisi dah walopun bukan ade hadiah pun untuk pemenang. Budak-budak yang lagi kecik pulak kami bagi maen bunga api jauh-jauh. Terlalu ganas pula bagi mereka untuk diajar main mercun ni. Paling best kalau ade mercun botol tapi cukuplah setakat mercun bola dan mercun telur. Aku pula berani cucuh mercun naga je, takpun mercun mancis.
******
Tapi, tu dulu la.. Zaman kanak-kanak kite.. Kalau sekarang, yang aku agak, raya di mata mereka ialah...

1. Duduk rumah, tengok ape Astro sediakan.
Tengok la raye nanti, musti ade punye.
Ye.... Tv... Tak nyanyi-nyanyi, ade drama raya. Takpun citer hantu. Macam-macam hantu keluar. Mentang-mentanglah setan semua dah merdeka. Sampai sekarang aku tak faham apa kaitan hantu dengan raya. Nyanyi tu boleh tahan la sebab pasal lagu raya. Drama tipikal anak tak balik kampung beraya bertahun-tahun pun selalu jugak. Takpun watak utama mati di pagi Syawal. Adoi. Bagi la drama hepi skit. Dah kata raya, orang nak bergumbire la..
2. Duit raya RM1 adelah kurang dipandang.
Aku nak tuduh budak-budak sekarang makin materialistik la, boleh tak? Sebab tu mereka jarang ikut pergi berjalan ke rumah sedare yang konfem bagi duit raye RM1 je. Ish ish ish.. Laen la macam aku. Aku malas sebab saket perut, kesan makan banyak lepas balik sembahyang raya. Oke bukan aku yang sembahyang sebab tiap kali raya pun aku akan "cuti" ye. Nasib nasib.. Oke aku takde la malas pun, ade la jugak aku pergi. Hehe. Anak dara la katekan, dah biase duk rumah diam-diam.
3. Baju mengalahkan kakak-kakak, abang-abang..
Ye.Tu je aku nak cakap. Baju mereka gila ranggi. Lagi ranggi dari aku. Aku biasa je pakai baju plain, kain kotak. Yang adik-adik zaman sekarang ni, kena ade manik-manik. Labuci nak lagi hebat. Hui... Saba je lah. Kadang-kadang aku kesian la, bukan saje-saje je nak kutuk. Sebab mereka kelihatan lebih tua dari umur. Ye la. Baru 14, dah pakai macam umur 21 tahun. Ikot awak la ye adek-adek sume.
4. Kad raya? Ape tu?
Facebook, Twitter ade. Apedehal la nak kad raya?? Kenapa nak belanja lebih, sedangkan anda boleh dapat free? Tepuk dada, tanye hati ye. Aku pon tak amalkan da kad raya skarang. nak wish orang pun aku rase malas da. Kalau dulu, ade la jugak mesej forward ape semua. Sekarang, malas. Hahaha! Ye aku teruk. Okebai.
5. Mercun.
Yang ni, aku dah bertaubat. Tapi tak tahu la budak-budak sekarang maseh amalkan ke tak. Korang?
*****
Maka begitulah. Perspektif raya, dulu dan sekarang di mata aku sebagai kanak-kanak. Aku sangat hargai zaman kanak-kanak aku. Lebih berharga berbanding kalau aku jadi kanak-kanak sekarang. Sekarang kurang terasa la kehangatannya. Ke aku je yang rasa begitu? Entah. Masa berubah dan manusia berubah berdasrkan masa. Siapa tahu, zaman kegemilangan dulu akan kembali terasa. Semua tu terpulang kepada individu. Kalau aku rasa nak macam dulu, aku buat la raya macam aku dulu-dulu. 

Dan yang penting, jangan pernah lupa kepada mereka yang susah. Sentiasa bersyukur la dengan apa yang kite ade.
Peace~ Salam Aidilfitri dari aku sekeluarga.

p/s: Nak elak tengok cerita hantu raya nanti sebab aku taknak beraya dengan terbayang hantu bila pergi toilet malam-malam.

Saturday, August 20, 2011

Perempuan Saiko Menghantui Hidup Anda? Jangan Risau.

Bertemu kembali setelah lama aku tak update. Ni pun nasib baek ade bahan dari BFF aku yang punyai masalah ""peminat"" yang sangat fanatik.
Apakah???
Pernahkah korang dihantui gangguan yang tidak diundang? Bukan hantu la tapinya. Seorang gelpren kawan kau yang jeles.
kalau ni awek aku, konpem aku mintak clash awal-awal.

Ye lah, kau kawan je kut tapi gelpren si dia pulak terlebih emo pastu jadi saikotik. Sicko, weirdo semua lah yang sewaktu dengannya.
Pernah????

Sebelum itu,....
Kite tengok dulu ea gelpren ade banyak jenis.

1. Cemburu tapi open-minded dan memahami boypren nye perlukan kawan laen selaen dia. Makanya, dia cemburu bersebab je la. Kurang saiko dan emo nye.
2. Kuat cemburu gila babi terlebih sampai boypren nye nak berkawan pun kena rujuk die. Dah lah tu segala jenis password akaun boypren pun die ade, pastu suke-suki je reply mesej kat inbox boypren. Sangat saiko dan emo.
3. Hati kering, tak reti nak cemburu langsung. Emo apetah lagi. Sampai boypren pulak yang jadi emo dan kuat cemburu.
4. Macam aku. Kadang-kadang usya laki ensem tapi tetap setia sebab dah memang hobi dah mengusha tu. Oke, saje je nyelit dalam list.

Yang aku maksudkan kat sini adalah gelpren seperti nombor 2 tu la.


Iklan jap!
Kalau ade yang nak kapel dengan jenis yang ini, anda haruslah bercirikan :

1. Tidak hensem sangat, sebab nanti takde lah spesies macam aku muncul untuk saje-saje menge-like kau serta mengusha kau.
2. Tidak suke berkawan dengan perempuan malah tidak mengenali langsung mana-mana perempuan yang dalam kategori comel, macam aku jugak.
3. FB atau Twitter kau memang semata-mata untuk maen game Angry Bird atau Farmville je.
4. Keje kau tiap-tiap hari melayan gelpren kau supaya dia tak emo dan saiko.
5. Lagi sekali, kau mestilah tidak hensem, tidak kelakar, kurang tinggi, kurang kaye, supaya perempuan laen tidak mengeji gelpren kau kerana berlaku saiko.

Sambung cerita...
Gangguan macamane kah ini sebenarnya???

1. Si gelpren ngugut nak bunuh diri jika lelaki tu chat lagi dengan kau kat FB atau tweet kau dengan berdiri di tengah highway. Tengah je la. Nak duk tengah jalan tak berapa berani lagi. Ye la, kalau dia mati, terlepas la nak kawen dengan boypren nye tu.
2. Menge-add semua kawan-kawan sekampung kau semata-mata untuk tanya ape jenis perempuan kah kau. Lagi comel la kut dari dia, sebab tu dia ugut nak bunuh diri pastu nye...
3. Menge-post status yang sangat saiko dan menghantui inbox kau dengan kata-kata kesat ajak gaduh yang comel.
4. Meng-spam wall kau dengan gambar die beromen berdating dengan si lelaki yang menjadi rebutan itu untuk buat kau tahu yang si lelaki itu ialah boypren nye. No entry oke....
5. Menjadi sangat ketagih dengan wall kau sebab nak tahu perkembangan kau dan hari-hari mesej warning. Dia juge akan kol kau setiap kali dia topap hanya untuk merayu kau jangan kawan lagi daaaa dengan boypren nye yang bajet hot sangat ingat orang kemaruk nak kawan.

i got my eyes on you... dun disturb-disturb my boypren oke!

Maka, apakah yang perlu dilakukan bila kau, seorang perempuan, yang memang comel dan suke berkawan dengan lelaki kerana kawan itu tidak mengenal jantina bagi kau, lebih-lebih lagi sebab lelaki itu best di mate kau, DIGANGGU oleh gelpren nye yang bercirikan nombor 2 di atas?

1. Ko pun ugut nak berdiri tengah highway jugak stiap kali dia saiko kau.

2. Kau pun add semua kawan-kawan dia dan tunjukkan kau memang comel!

3. Ko pun post jugak status bajet saiko dan emo supaya dia takut sebab kau lagi saiko.

4. Kau post semua gambar kau berdua bertiga dengan kawan-kawan lelaki kau dengan tagline nya " Aku memang perempuan bajet comel yang ramai jantan suke kawan dengan aku sebab aku memang comel" dan gambar berdua dengan kawan-kawan perempuan kau dengan tagline "Aku terlampau comel sampai ramai juge perempuan kawan dengan aku bukan takat lelaki je"

5. Tiap kali dia kol, kau ignore. Tiap kali dia mesej, kau delete terus tanpa perlu baca, kau report je dia kat Mark Zuckerberg terus. Kalau dia maseh ajak gaduh, kau ajak aku jumpe dia, meh aku belasah sampai otak dia kembali berfungsi semule.

dan, yang paling best...
Jangan peduli langsung pasal kewujudan dia. Apedehal nak mengusutkan kepalaotak kau yang best dengan masalah yang tak best seperti ni.

Bak kata mama aku, layan orang bodoh, kite pun same bodoh. Layan orang gile, kite pun same gile.
Have a nice day~

Monday, August 15, 2011

Pentingkah Menjadi Cinta Pertama?

Ade orang pernah kata,
‎Perempuan beruntung kalau dapat cinta pertama lelaki,dan lelaki pulak beruntung dapat cinta terakhir perempuan...
Ye ke?
Apehal plak???
Adekah sebab lelaki ni payah nak jatuh cinta, then bile dia ade orang yang wat dia jatuh cinta, wanita itu dikonsiderkan sebagai hebat dan jadi beruntung?
 Dan..
Adekah sebab wanita ni hatinya lembut, mudah sangat jatuh cinta sampai siapa yang terakhir dicintai wanita ni dikonsiderkan sebagai paling hensem dan beruntung?

Bila aku baca balik ayat-ayat aku ni, macam masuk akal la pulak.
Ish..

Bukan apa. Terasa lah bila ayat begini mungkin disetujui ramai.
Sebab.

1. Aku mewakili kaum wanita yang bukan cinta pertama lelaki merasa tak best sebab curiga pada boifren/suami kami samada mereka masih ingatkan cinta pertama mereka atau tak.

2. Aku mewakili kaum wanita terpaksa mengaku yang cinta terakhir wanita paling beruntung sebab kami, memang sedikit mudah tergugat dengan kehadiran lelaki hensem dan membuatkan kami mudah suka sesiapa saja yang hensem ni. Beruntung laaaa lelaki terakhir yang mendapat cinta kami sebab nanti kami dah takkan pandang lelaki hensem lain dan jatuh cinta sewenang-wenangnya da. Oke, kami tu sebenarnya lebih merujuk kepada aku.

3. Aku kena mengaku nampak sangat la wanita ni mudah jatuh cinta. Bukan apa, siapa yang caring lebih, dialah yang menang. Best man win. Ke gane? Bukan kahwin lagi, kan? Oke, fine, statement konon playgirl. Abaikan yang ni.

4. Dah nak buat macam mana. Kadang-kadang banyak pula lelaki yang menepati citarasa dalam satu masa. Cis, lagi satu statement bajet hot stuff. Maafkan aku.

5. Oke, serius. Aku mewakili kaum wanita merasa tercabar sebab kalau kami bukan cinta pertama, kami kena berusaha lebih la plak nak buat hubungan kami lebih manis dan bermakna. Kena usaha lebih supaya tak buat boifren/suami kami tak ingat da kat cinta pertama dia.
Mana boleh macam tu! Kami ni insan yang lemah dan manja dan cepat goyah, patutnya dia la yang usaha lebih supaya kami tak cari orang lain macam apa yang cinta pertama dia buat. Haaaaaaaaa.... Jeng jeng jeng...

Maka, kembali kepada kata-kata di atas,
Sesiapa yang terfikir nak berkata begitu, lupakan je lah. Tak baik tau kata macam tu. Wanita ni sensitif. Lelaki takpe, hati kering.
Bayangkan korang tengah dating, tetiba terpacul (amboi perkataan) ayat ni, tak pasal-pasal si gurl jadi emo. Sebab dia akan rasa dia tak cukup best untuk si boy nye. Yang boy plak, mana lah layan sangat drama taching ala-ala Korea ni, malas layan si gurl punya emosi. Kan dah jadi gaduh.
Pastu mule lah, "Saya tau saya ni tak best macam ex awak yang first tu! Wuuuuu....", "Awak pergi laaa kat cinta pertama awak tu!" dan sebagainya.
ish ish ish...
Jangan sampai begitu ya.

Bukan apa, motif aku komplen hal ni sebab,
Tak kira lah kau cinta pertama ke, keempat ke, kelapan ke, cubalah jadikan hubungan korang perkara paling bermakna dalam hidup masing-masing. Beruntung apenye??!! Ingat nih bisnes ke ade untung rugi plak.. Aku tampo sekor-sekor kang. Berani kau memperkotak-katikkan kapel korang macam tu sampai label lak untung ke rugi apa semua.
Mongarut eh sumo tu~

amboi amboi amboi..


Kepada rakan-rakan yang bukan cinta pertama boifren anda, jangan sedih-sedih, taching-taching ye. Ni hanya kata-kata mereka yang baru nak mula kenal cinta je. Tak macam kita yang dah banyak kali kapel.
Haha! Oke, gurau..

Setiap orang adalah istimewa cintanya, tak kira dia cinta yang keberapa. Mungkin Tuhan hadirkan seseorang istimewa itu lewat untuk kamu sebab Tuhan nak kau belajar menghargai cinta melalui pengalaman terdahulu.
Sebab cinta adalah perkara paling rumit untuk dihargai. Dan cara menghargainya terletak pada setiap individu. Berlainan dan istimewa.

Anyway bagi aku, aku rela jadi cinta terakhir si dia. Huhu.
haa. dah cakap da...


P/s: Aku ke yang tulis semua ni?

Sunday, August 14, 2011

Kalau Rasa Nak Mengata Orang.

Kite slalu rase kite best. Kite je la paling best, sebab tu kita mengata orang, kan?
Ke gane?
Kalau tak, takde nye la muncul perkataan mengumpat, mengutuk, mencaci ape semua.
Kamon la, jangan nak menipu.
Aku tak suke care ke hidup orang, so bia lantak la dia nak buat apapepun. Asalkan tak nyusahkan hidup aku.
Sebab, setiap kali aku teringat kata-kata ni.

Mengata orang lain hodoh, tak membuatkan kau lebih cantik.
Mengata orang lain bodoh, tak membuatkan kau lebih cerdik.
Mengata orang lain jahat, tak membuatkan kau lebih baik. 
Mengata orang lain hina, tak membuatkan kau lebih mulia.
Mengata orang lain jahil, tak membuatkan kau lebih alim.

Tu je la. Ingat yang tu. Kau nak tegur orang boleh. Tapi kalau dorang tak terima teguran kau, biarkan je lah. Bukan kuasa kau untuk dorang berubah ape semua.  Tak payah lah nak aibkan dia pulak. Sebab akan tiba masanya kau yang akan nampak salah depan mata dorang dan dorang plak yang akan tegur kau. Masa tu lah baru kau tahu yang kau tak selalunya betul.

Ciao~




P/S : entri paling pendek. huiyo!
 

Saturday, August 13, 2011

Abah Kite Best Sangat...

Teringat zaman aku tadika tahun 90-an dulu.

Kalau abah kite belikan apape....
 X : Abah kite kan smalam belikan mainan Power Rangers. Harga dia 50 ringgit.. Mahal tau.. Memang best ar maen sambil tengok citer Power Rangers.
 Y : Abah kite LAGI best dari abah awak! Abah kite belikan patung mainan Son Goku dengan Bezita. LAGI mahal! 120ringgit. Haaaa...
 X : Waaa.... Best la abah awak...
Kalau abah kite bawa kita pergi jalan-jalan....
W : Tadi abah kite best.. Bawak kite pergi funfair.. Kite main semua yang ada kat situ. Kite masuk rumah hantu... Takutt, tapi best!
V : Abah kite LAGI best dari abah awak! Abah kite bawak kite pergi mandi kat pantai, pastu kat pantai tu kaaan ada taman. Taman tu best, siap ada zoo kecik lagi. Boleh tengok burung banyak-banyak, beruang, rusa,....
W : Waaaa... Best la abah awak... 
Kalau abah kite bawa kite pergi makan kat luar...
S : Abah kite best sangat! Tadi kite makan kat KFC. Sedap gile ayam kentaki! Yum yum yum..
T : Abah kite LAAAAAGI best! Tadi kite makan kat A&W, siap jumpe dengan patung bear pakai baju oren yang boleh gerak tu. Pastu kite salam siap amek gambar lagi. Besttt... 
 S : Waaaa... Best la abah awak...

Baik ngaku cepat! Korang musti ade camtu jugak kan? Sampai je kat tadika, terus bukak cerita kat member-member.

Tu dulu punye story.. Kalau sekarang aku seorang kanak-kanak, aku bet jadi macam nih. Ye la, dunia kang makin materialistik.

Kalau abah kita belikan apape...

Status X : Abah aku best dowh! Tadi dia belikan aku henfon baru, boleh 3G la pasni.
Y : Eleh, abah aku lagi best tak kecoh pon. Dia belikan aku laptop smalam. 500Gb, DDR3 punye RAM.. Memeyy best lah maen DOTA nanti.. 
X : Serram nih.. Best nye abah kau...
Kalau abah kita bawa kite pergi jalan-jalan pulak..

Status W : Best gile abah aku bawak pergi Times Square tadi! Memang tak ingat dunia la aku main. Sronok gile!
 V : Hak alaaa, abah aku lagi best kuuuttt... Smalam kami pergi Genting Highlands Theme Park~  Memeyy taknak balik aaa aku rase. 
 W : Huiyooo... Nak suruh abah aku bawak gi Genting jugak lah camni.
dan macam tu lah... Abah kau je la yang best, kan? Abah aku lagiii best..
Noted, yang zaman sekarang ni, setiap ayat pertama dalam perbualan di atas merupakan status dalam FB, yang seterusnya ialah komen si kawan. Takde dah nak tunggu jumpa smule kat sekolah. Update terus kat fesbuk.

Anyhow, bagus sebenarnya perangai macam ni. Bangga dengan bapa sendiri. Ye lah, sejak kecil aku selalu rasa abah aku paling best. Tak kesah lah walaupun kami bukan kaya macam jiran sebelah ke, takde rumah sendiri macam kawan-kawan sekelas aku ke sebab setiap kali aku pindah sekolah tak macam orang lain. Aku tak kesah. Asalkan aku ada abah.

Abah... Insan yang selalu melayan kerenah kita..
Kemahuan kita selalu diturutinya..
Walaupun beliau tak tunaikan serta-merta..
Akan tetap dipenuhi pada suatu masa..
Yang tak pernah penat membanting tulang..
Memberi kesenangan..
Kekuatan yang Allah kurniakan sebagai hikmah..
Untuk menjaga anak-anaknya tanpa lelah..

Setiap kali nak raya je aku syahdu. Setiap kali bukak sem baru pun macam tu. Setiap kali aku mula rasa penat dengan hidup, aku akan ingat semangat abah. Setiap kali aku mula putus asa, aku akan kenang pengorbanan abah.

Saya sayang abah saya. Anda?
 

Thursday, August 11, 2011

Perspektif Aku Menodai Cintamu Yang Setia Itu.

Haaaa... Amek kau.. Penuh emosi ayat gitu. Tak boleh bayang lelaki cakap gitu bila kantoi men-curang-i cinta suci lagi murni kekasihnya yang comel lagi setia.
Why why why?
Kenapa mudah sangat nak pergi berfoya-foya dengan perepmuan lain sedangkan ada awek dah depan mata? Setiap kali aku tengok apape drama ke, filem ke, bila ada watak si lelaki yang main kayu tiga, otometik mulut aku terpacul ayat "Sangat babi sial celaka la lelaki nih." Apa kau ingat kau hensem sangat ke nak main-mainkan hati perempuan yang baek lagi lemah lembut serta inesen? *Kena hensem ke? Kalau kaya ye jugak.

Anyway, aku bukan nak menilai sesiapa di sini. Aku cube nak berada di tempat lelaki dan huraikan kenapa perlu dinodai cinta setia si kekasih.
Aku taknak cakap da kenapa tak kata perempuan curang pon tak boleh sebab aku dah bebel dah kat sini.

*Kalau akulah lelaki yang curang itu, aku curang mungkin sebab :

1. Em.. em... Aku muda lagi kot. Rugi lah merasa geli-geli dengan sorang je perempuan sedangkan kat bumi Malaysia nih banyak kottt jenis perempuan yang ada. Pilih je. Dah la awek aku takleh jadi semua jenis tu, so aku cube lah kenal-kenal. Kot ade yang serasi ke, boleh masuk dalam tiga tempat kosong. Lelaki kan boleh kawen empat. Ce bayang, nombor 1 leh masak, nombor 2 leh jahitkan baju raya, nombor 3 leh ajak jamming, nombor 4 leh baiki TV rosak takpun paip tersumbat. Haaa... Pakej tu. Kan ke senang hidup aku nanti? Aku kan kaya, duit makan sampai tujuh keturunan pun tak habes. Daripada aku enjoy, baek bagi makan ke bini-bini aku. Kereta dah dua tiga buah, rumah banglo dah bertingkat-tingkat siap dengan swimming pool, apedehal la sangat nak pasang empat kan?
2. Aku nih lelaki. Biasa lah kadang-kadang terasa gak bernafsu. Takat tengok porn je mana boleh tahan. Ariel Peterporn boleh, takkan aku tak boleh. Lagipun sekarang banyak je perempuan stok One Night Stand. Apedehal... Nak buat dengan awek, aku nak tunggu kahwin nanti baru spesel skit. Awek aku orang baik-baik, bakal isteri aku. Rugi lah rosakkan dia. Baik aku rosakkan bakal bini orang lain. *Oke dah, bulan puase ni weyhh. Sumpah fikiran aku suci mase taip ni. Jangan nak tuduh bukan-bukan ye.
Amboi amboi amboi....

3. Aku nak enjoy lahhh! Mude remaja lagi ni. Awek aku pun jauh, jarang jumpa. Takkan tiap kali aku rindu, nak kena merentas satu Semenanjung ni kot. Kopak lah aku. Maka, baik enjoy dengan yang dekat-dekat. Alaaa, setakat stok bawa keluar jalan-jalan shopping complex, makan-makan KFC je, apedehal sangat. Cuci mata sekali-sekala. Ye dakk? Nak juga merasa berjalan dengan perempuan lain kadang-kadang tu. Selagi belum kawen la katakan.
4. Aku ni alang-alang boleh tolong tengok perempuan mana yang boleh aku kenenkan dengan member-member aku. Suci apa niat gitu. Sebab tu aku kena kenal dulu dengan perempuan-perempuan ni. Haaa... Sambil menyelam minum air la katakan. Apa yang tak bolehnya. Member-member aku pun ramai lagi yang single-mingle. Baik kan niat aku ni keluar dengan perempuan-perempuan lain? Aku tak beritahu awek aku kang nanti dia salah faham pulak.
5. Aku sebenarnya tak boleh la dengan seorang je perempuan sebab aku hensem sangat. Kena test market, kut-kut ada yang lebih cun berkenan dengan aku ke, kan? Cuba kalau aku pilih sorang ni, tibe-tibe esoknya aku jatuh cinta pandang pertama dengan sorang lagi yang lebih cun, tak ke rugi aku di situ? Aku sebagai lelaki kena pandai memilih. 

Okey, fine, geli la pulak. Tapi tu la. Mungkin itu yang mereka rasa, sebab tu mereka curang dengan kau ye wahai gadis-gadis yang inesen lagi comel dan hati suci. Jangan salahkan mereka. Nak buat camane. Mereka tak boleh lawan nafsu. *Terasa ke?

Tapi jangan pandang semua lelaki macam tu. Ada je yang baek lagi hensem hatinya. Kita sebagai perempuan kena tahu menghargai dulu, jangan asyik nak menilai lelaki dan menduga mereka. Bukan apa, kadang-kadang curiga terlampau ni sangatlah tidak menyihatkan hati dan fikiran kita.

So, macam mana nak menghargai lelaki? Entahlah. Aku bukan pakar sangat. Aku pun tak tahu adakah si dia rasa aku hargai dia ke tak. Aku ni romantik dah sebenarnya. Haha!

Tapi mungkin kau boleh mulakan dengan:
- Menjaga hati dan perasaan si dia. Kut nye ye lah kau suka lelaki hensem macam Liam Hemsworth ke, hotstaf macam Taylor Lautner ke, takpun cool macam Edward Cullen ke, janganlah sampai membanding-bandingkan dengan si dia. Si dia pun nak juga dipuji hensem sekali-sekala. Kang dia ingat kau ni lebih nampak lelaki lain berbanding dia.
- Menerima dia seadanya. Haaa.. Yang ni penting. Kau kena terima si dia tak seperti jejaka-jejaka-ciptaan-Tuhan-yang-kacak-seperti-contoh-di-atas. Kau kena terima si dia ni suka main DOTA sampai tak ingat dunia. kau kena terima si dia tak romantik macam hero Bollywood. Terima je k!
- Jangan asyik nak berkepit, SMS, telefon, geli-geli-dalam-FB setiap masa. Ce bagi dia ruang dan masa untuk dia merindui kau. Haaa... Baru lah ada warna dalam hubungan korang. Warna apa, korang decide lah. Jangan nak tanya aku.

Dan jadi kreatif! Banyak cara yang kau boleh guna untuk memeriahkan lagi hubungan korang. Ce Google. Jangan guna tenet semata-mata untuk FB je.

Oke lah, babai. Hepy loving ye!