Yes! Shah Alam. Mula-mula datang nak mendaftar, aku sangat sorang-sorang. Sebab aku duduk menyewa di luar dengan kawan-kawan yang lain fakulti. Ada je member sama-sama diploma dulu tapi aku tak join dorang sebab, satu, tak jumpe. Dua, dah jumpe tapi aku jenis tak suke menunggu orang. Tiga, aku dah standby senior untuk tolong aku. Jumpe Ketua Program sendiri, urus pendaftaran sendiri dengan berjumpa Penasihat Akademik.
Anyway, overall, life di sini tak sama seperti di UiTM lain. Sebab, Shah Alam weyh. Induk. Besar sangat tempatnye. Aku boleh sesat dalam fakulti sendiri kalau takde senior yang guide.
So, macamana nak survive?
1. Ade Motor, dan Anda Adelah Survivor.
Yes, i mean it. Kat sini, kalau kau nak duduk menyewa di luar, ade motor, senang hidup. Bukan tak de transport, cuma dalam kampus yang besar amat itu, nak ke mana-mana adelah senang. Lagi-lagi kau jenis kurang sabar macam aku. Memang tak la nak tunggu bas, berhimpit-himpit. Dah turun, kena jalan jauh lagi sebab bas tak lalu tempat tu. Maka, silelah buat lesen cepat-cepat sebelum datang belajar di sini. Tapi! Kena bijak dan berhemah. Sebab di sini, jalan nya macam la celaka. Bangunan tinggi-tinggi, besar-besar, tapi jalan raya macam siot je. Berlubang lah, berbonggol la, licin la. Bahaya.
Lagi satu, kalau nak beli motor, pastikan standby kunci yang rantai panjang sebab sini, motor memang barang panas la. Terutama cap Yamaha nih. Agak sedih la aku tak dapat merase nak guna 135LC sebab abah risau kene cilok. Maka, redha dengan skuter pinjam pak sdare punye.2. Kenal Senior Sama Course, dan Anda Tidak Perlu Risau.
Ni bukan pasal tak sedar diri, baru masuk dah pandai nak lepak ngan senior. Ni adalah mengenai masa susah, at least ade orang boleh tolong. Maka, jangan la sombong sangat ye. Fungsi senior ni adalah untuk jadi GPS andai kau tak jumpa bilik kuliah, jadi tutor kalau dah bengong sangat nak faham ape lecturer membebel dalam kelas, sumber buku-buku dan nota, dan macam-macam lagi la. Macamana nak kenal senior? Silekan bergaul sejak anda dari diploma lagi. Jangan nak berlagak lone ranger sangat. Kita bukan boleh hidup sorang-sorang.
3. Mempunyai Ketabahan dan Kecekalan Yang Teguh.
Haha! Ini serius. Di sini, kau harus tabah. Tak boleh nak manja-manja. Kalau tak, konfem kau takleh survive. Bila nak guna kualiti ni? Tunggu time kau kene kelas ganti malam, nak gi kelas tapi hujan lebat, duit takde nak beli makanan.
4. Melakukan Kerja Part Time adelah Pencapaian Ke Arah Hidup Berdikari.
Ye. Sini kos hidup naik la berbanding kampus lain. Hello, Shah Alam.. Ape yang tak mahal? Kalau kau takde PTPTN atau biasiswa, botaklah kepala ayah kau nak bagi duit tiap minggu. Selain pandai berjimat, kau boleh berusaha untuk kerja part time Sabtu Ahad. Ada. Macam aku, aku ikut senior-senior kerja catering. Masyuk. Boleh la support makan seminggu.5. Social Life. Persatuan.
Kat sini, memang niat nak belajar dan dapat anugerah dekan ape sume. Sape taknak, kan? Tapi, aku galakkan masuklah persatuan jugak. Sebab seriusly, korang perlukan aktiviti lain selain study. Persatuan-persatuan ni pun ade faedah. Kalu takde, takkan la UiTM benarkan dorang wujud, ye tak? Sebab kat sini, akan ada rekod Kemahiran Insaniah.
Kalau korang join persatuan, aktiviti korang akan direkod. Nanti dah grad, senang nak cari kerja. Bos-bos besar memang suka kalau graduan ada kemahiran insaniah. Ye la, nanti kau dah kerja, kau akan jumpa masalah yang takde dalam buku. Kemahiran insaniah tu la yang akan bantu kau. Maka, join lah persatuan. Lagi best, kalau persatuan tu aktif. Kawan-kawan pun ramai. Dan persatuan ni, boleh kenal budak-budak fakulti laen. Biar besar circle of friends tu.6. Elak Culture Shock.
Haaa... Yang ni penting. Bukan apa, risau kau dah biasa duk kampung, masuk bandar kau jadi kekok. Pastu ikut pulak member kepala ntah apape, kau jadi rosak nanti. Cuba adapt slow-slow. Fikir baik buruk apa yang kau buat. Ai, dah sampai masuk universiti, tak reti jaga diri lagi ke? Fokus. Pilih kelompok yang membawa kebaikan. Jangan orang merokok, kau nak merokok jugak. Jangan orang clubbing, kau nak clubbing gak. Tak payah la susah-susah risau digelar tak sporting ke, kolot ke. Kau tahu diri kau, itu dah cukup. Berkawan tak salah, tapi kena bijak jaga diri.
Oke. Sampai sini dulu. Ada tambahan nanti aku sambung ye. Gudluck belajar walau di mana anda berada.
No comments:
Post a Comment