kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Thursday, September 8, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me.

Kisah Hati

“Awak.. Janji ya, nanti bila kita dah habis ijazah ni, awak akan masuk meminang saya. Awak pun kata lagi 3 tahun, awak akan ikat saya. Saya akan tunggu awak tau.”
“Saya janji. Saya sayang awak, sayang.”
*****
“Setiap kali kita kena macam ni ke? Hal kecil pun awak nak marah saya? Saya cakap sikit, awak melenting. Saya bukan nak mengajar awak. Jelas awak ketua saya, pemimpin keluarga ni tapi tak semestinya saya tak boleh kata apa-apa!”
“Awak diam. Jangan menjawab, boleh tak? Kerja ni penting untuk kita. Awak apa tahu? Saya nak keluar. Ada hal nak diselesaikan. Dan jangan cakap pasal ni lagi sebab awak takkan faham selagi bukan awak yang menanggung keluarga ni.”
“Saya lupa… Saya lupa saya dah tinggalkan kerja kerana awak. Takpe, awak pergilah.”
Dan Aryan keluar dari rumah itu, meninggalkan Marina, seperti biasa setiap kali mereka bergaduh. Setiap kali mereka tidak pernah ingin bertengkar tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, Marina begitu cepat emosi dan Aryan tidak ingin kalah dengan emosi Marina.
*****
Aryan, seorang yang mementingkan kesempurnaan, menghairankan kawan-kawannya apabila dia mengatakan cintanya terhadap Marina. Marina yang pernah membuat dia marah kerana tidak banyak membantu memudahkan perjalanan aktiviti yang persatuan mereka anjurkan. Beza Aryan dan Marina ibarat aiskrim dan teh ‘o’. Marina terlalu cool walau dalam situasi yang serius, manakala Aryan tidak pernah berkira untuk rileks dalam apa jua kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kerana itulah Aryan menjadi ketua dalam pentadbiran persatuan.

Mengenali Marina dengan lebih rapat selama dua minggu menjadi fasilitator untuk pelajar baru, Aryan mula lembut hati dan semakin ceria. Baginya, Marina pandai membuat dia tersenyum. Ternyata Marina bukan seperti yang disangka. Marina punya cara tersendiri, dan Aryan sedikit sebanyak kagum akan gadis itu. Gadis itu sarat dengan idea dan pantas bertindak. Marinalah pelengkap Aryan.  Yang memahaminya. Menyayanginya, seadanya Aryan.

*****
Aryan pulang, melihat Marina sudah terlena di sofa, ternyata menunggu kepulangan suami yang dicintainya. Aryan menyesal memarahi Marina siang tadi dan mula memikirkan cara untuk berbaik semula, seperti selalunya. Marina, yang tak pernah mengalah untuk menyayangi Aryan walau berapa banyak dugaan yang pernah mereka lalui sebelum menjejak ke jinjang pelamin bersama. Gadis itu yang kini isterinya, dikucup Aryan dengan penuh kasih sayang, tersedar dari tidur. Aryan tersenyum.

“Sayang… Saya minta maaf,” kata Aryan, masih tersenyum melihat Marina. Selalunya Marina akan terus memeluk Aryan dan menyatakan betapa rindunya dia kepada suaminya tapi kali ini, Marina terus bangun, termenung seketika dan terus berjalan meninggalkan Aryan, seperti tidak mempedulikan Aryan di depannya.
“Sayaaang,….” Namun Marina langsung menutup pintu bilik tidur. Merajuk lagikah Marina dengannya? Aryan semakin menyesal. Tak pernah Marina begitu. Dan dia mula rindukan Marina. Tidur di sofalah jawabnya malam itu.

Pagi itu, Aryan tidak diendahkan Marina. Pakaian Aryan untuk pergi bekerja juga tidak disiapkan Marina. Semuanya Aryan lakukan sendiri. Marina tidak pernah ingin melihat Aryan pun. Marina tidak menyahut panggilan Aryan. Seketika kemudian, telefon Marina berdering.
“Assalamualaikum. Ye mak… Ye.. Marina pun tak tahu. Aryan tak pulang dari semalam. Tak. Kami baik-baik saja. Katanya ada kerja penting. Nanti Marina beritahu mak bila Aryan dah balik ya. Baik mak. Assalamualaikum..”
Kenapa Marina menipu ibunya sebegitu? Kalau ya pun masih merajuk, takkan la sampai dengan mak pun Marina nak menipu? Aryan mula bingung. Marina seorang isteri yang taat, dan Aryan sangat bangga dengan hal itu. Tetapi tidak kali ni.

“Kenapa awak kata saya tak balik dari semalam? Kenapa awak tipu mak?” soal Aryan, namun Marina membisu saja. Marina tidak mempedulikan pertanyaan Aryan, terus bersiap untuk keluar. Aryan membatalkan niatnya untuk ke tempat kerja dan terus mengikut Marina masuk ke kereta. Masih juga Marina tidak mempedulikannya.
“Awak ni kenapa? Marah sangat ke dengan saya? Saya minta maaf la. Sayang!” Aryan mulakan perbualan, namun Marina masih berdiam. Mata Marina mula berair. Seketika kemudian, mereka berhenti di sebuah tempat. Dulunya tempat itulah mereka sentiasa luangkan masa bersama. Taman tasik yang menjadi saksi Aryan melamar Marina 3 tahun dahulu.

“Kenapa awak datang sini?” Tanya Aryan. Mereka masih di dalam kereta. Marina kemudiannya mula menangis.

“Sayang… Saya minta maaf. Saya rindukan awak. Saya menyesal bergaduh dengan awak semalam. Rupanya awak betul-betul lupa ulangtahun perkenalan kita yang ke-8. Dan awak bangkitkan soal saya tak bekerja. Awak lupa awak yang suruh saya berhenti sebab awak nak saya ada di rumah menyambut awak pulang kerja. Saya tak ambil hati pun, awak.. Saya tahu awak tengah serabut. Saya yang salah sebab jangkakan awak akan ingat tarikh istimewa kita tu. Saya lupa awak banyak tanggungjawab lain selain saya. Saya memang isteri yang jahat kan, awak? Saya minta maaf. Saya sebenarnya sangat rindukan awak.”

“Sayang,… Jangan cakap macam tu. Saya sayang awak. Awak isteri saya yang terbaik! Saya yang jahat sebab biarkan awak selama ni,” Aryan mula menenangkan Marina yang meluahkan rasa hati itu.

“Sayang…  Mana awak? Kenapa awak diamkan diri? Saya minta maaf. Baliklah rumah… Saya nak sangat beritahu awak yang kita akan ada cahaya mata. Kejutan saya untuk awak…” Marina menangis lagi.

Aryan bingung tapi dalam masa yang sama sangat gembira tak terkata. Dia akan menjadi seorang abah. “Saya di sini, sayang…” tapi Marina tidak menoleh pun kearahnya. Telefon Marina berdering.
“Ya.. Saya isterinya. Apa?!! Saya datang sekarang! Baik, baik! Terima kasih. “
Kereta itu dipandu meninggalkan taman tasik itu dan menuju laju ke suatu tempat. Marina kelihatan resah.
“Kenapa, sayang?” Tanya Aryan.
“Sayang… bertahan. Tunggu saya, sayang! Saya datang ni… Ya Allah..”  Air mata Marina deras mengalir  tetapi Aryan mula naik radang.
“Sayang mana pula awak nak jumpa ni? Awak dengar tak saya tanya ni? Marina!”

Kereta itu berhenti di depan hospital. Aryan buntu, melihat Marina berlari seperti dikejar hantu. Laju dan tidak mempedulikan orang sekeliling.
ICU. Terlihat sekujur tubuh yang kelihatan tidak sedarkan diri.
“Maafkan kami, Puan Marina. Buat masa ni, pesakit masih koma.”
“Baik, terima kasih ye doktor. Bagi saya melihatnya sekejap,” kata Marina. Aryan bingung. Siapakah lelaki itu. Lama diperhatikannya, Marina bersuara.

“Aryan sayang… Saya minta maaf. Bangunlah, sayang… Awak kata awak tak boleh tengok saya menangis. Awak mesti sibuk je nak lap air mata saya. Awak kata air mata saya air mata bidadari, mahal, kalau jual dalam botol nanti awak boleh kaya. Bangunlah sayang… Tengok ni saya nangis banyak-banyak untuk awak. Sayang…”
Aryan kaku. Tubuh di depannya itu ialah dia. Dia mula faham. Patutlah Marina tak nampak atau dengar. Aryan rebah, melutut di tepi Marina.
“Awak tahu tak, sayang? Semalam saya dapat rasakan awak ada dengan saya. Saya tunggu awak balik, sampailah saya tersedar. Tapi awak masih tak balik lagi. Awak tahu, saya ingat awak cium saya. Tapi tu cuma perasaan saya. Awak tak balik. Marah sangat ye awak dengan saya. Sayang, bangunlah. Nanti saya tak tegur dah awak pergi kerja. Suka hati awak ya nak bekerja pukul berapa pun. Bangunlah, sayang…”

*****
Dan Aryan keluar dari rumah itu, meninggalkan Marina, seperti biasa setiap kali mereka bergaduh. Setiap kali mereka tidak pernah ingin bertengkar tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, Marina begitu cepat emosi dan Aryan tidak ingin kalah dengan emosi Marina.
Aryan bermain dengan perasaan. Hatinya mula tidak senang. Ketika dia cuba memasuki simpang ke kanan, tiba-tiba lori tidak semena-mena datang dari kiri dan merempuh kereta Aryan. Orang ramai mula berkerumun dan memanggil ambulans.

*****
Aryan semakin lemah. Marina yang dicintainya, sangat ingin dipeluknya erat-erat dan mengatakan betapa dia sayangkan isterinya yang setia itu. Ternyata dia tak dapat menyentuh Marina. Tiba-tiba mesin ECG berbunyi panjang. Doktor pantas menghampiri katil Aryan.
“Ada apa doktor? Kenapa dengan suami saya ni?” Doktor memeriksa nadi kemudian meletak semula tangan Aryan dan melihat bacaan mesin itu.
“Maafkan kami, Puan Marina. Kita telah kehilangannya. Tuhan lebih sayangkan arwah. Banyakkan bersabar. Takziah.” Dan doktor itu berlalu pergi.

“Tidaaak… Awak dah janji akan jaga saya, sayang… Kenapa? Kenapa? Kenapa awak tinggalkan saya? Ya Allah… Tabahkanlah hati aku menerima semua ni…” Marina rebah di sisi katil. Aryan tidak percaya apa yang dilihatnya. Di mana dia sebenarnya ni? Dia sudah meninggal? Marina dihampirinya. Aryan cuba mengusap Marina tetapi jururawat telah datang mengangkat Marina dan membawanya ke katil kosong. Aryan sayu. Isteri yang dicintainya akan ditunggunya di sana.

*****
Cinta kau dan aku…
Takkan mungkin bersatu…
Untuk saat ini, di dunia ini..
Marina berlalu meninggalkan pusara Aryan, berjanji menjaga cinta mereka. Mungkin, mereka akan bersama nanti di sana. Itu doa dan harapannya. Aryan, satu-satunya lelaki yang dicintai. Dan kandungannya itu akan dijaga dengan baik. Tanda cinta terakhir Aryan untuknya. 

2 comments:

rahilla mohari said...

bodo. sedih ahh. benci kau !

Alter Ego said...

hahaha! ori dari aku.