dengar dengan telinga, jangan percaya.
lihat dengan mata, jangan percaya.
ada akal, fikirlah sebaik-baiknya dalam membuat keputusan.yup! aku setuju.
orang sekarang, cepat melatah bila dengar suatu perkhabaran atau melihat sesuatu yang tidak terjangkau oleh mentaliti tipikalnya.
terasa? owhh, aku tak berniat mengata di sini.
kebenaran itu memang pahit.kau ada akal, bukan? tapi mengapa perlu tiap kali ada berlakunya fitnah dan khianat hanya kerana apa yang kau dengar atau kau lihat adalah sesuatu yang kau tak tahu hujung pangkalnya?
kau lihat kapal terbang di langit biru, kecil kan? tapi pengetahuan yang ada dalam akalmu tahu kapal terbang itu sebenarnya besar. naahh. dengan itu, kau tidak menjatuhkan hukum kapal terbang itu kecil dengan hanya pandangan matamu sahaja. kau menggunakan akal kau menentukan kapal terbang itu sebenarnya besar.apa yang ingin kusampaikan di sini? aku membicarakan soal pentingnya pengetahuan dalam akalmu untuk menentukan benarnya sesuatu.
dengar dengan telinga sahaja, terus membuat penilaian. seolah-olah tiada pendirian. apa beza kau dengan lalang jika begitu?
sekali lagi, akal ada. Al-Khaliq telah mengurniakan akal buat manusia. kau manusia, kan? maka berpendirianlah seperti manusia. manusia sejati adalah yang menghargai nikmat dari Tuhannya.
susahkah?
carilah ilmu yang mendidik kemanusiaanmu jika begitu.
celiklah hati. ilmu itu ada.
aku hairan dengan manusia yang ego untuk menelan pahitnya kebenaran. Bodoh Sombong.
dah lah bodoh, tak tahu apa-apa, sombong pula, tidak mahu bertanya.sudahnya, menentukan sendiri baik buruk sesuatu perkara.
sampai bila mahu begitu? kau bukan hidup sendiri, kau ada orang di sekeliling.
belajarlah dari orang, tak rugi pun. kau ada akal kan? kalau salah, janganlah terima. tapi apa salahnya jika berfikiran positif?
kita bukan hidup untuk hari ini sahaja. sampai bila hendak berada di takuk persepsi lama?
kerana, kau benar benar pastikah yang kau tahu segalanya? sudah sudahlah menipu diri sendiri.
No comments:
Post a Comment