kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Monday, February 7, 2011

Melayu

siapa Melayu? apa makna Melayu?

aku Melayu. kau Melayu. sekeliling kita Melayu.

Melayu atas apa? I.C kau? Keturunan kau? atau, Semangat Bangsa kau?

aku Melayu. atas apa? I.C aku tertulis aku Melayu. Keturunanku semua Melayu, mungkin.

mungkin aku jua mencari semangat bangsaku. bukan bangsa Malaysia. tapi bangsa Melayu. Melayukah aku?


apa kau tahu mengenai Melayu? seperti yang tercoret dalam puisi Dr. M kah?

atau kau mencari seperti aku? banggakah kau menjadi Melayu?


sepencarianku, aku bangga aku Melayu. aku bangga ada darah Melayu mengalir dalam uratku.

aku bersyukur aku Melayu.

bersyukurkah kau? kalau ya, apakah kau menjaga pemberianNya? berusahakah kau? adakah kau juga memiliki semangat bangsa?

tidak. aku bukan bicara soal perkauman. aku bukan menyoal mengenai kaum. aku sebut bangsa.

kau tahu apakah itu? kau tahukah ada bezanya?


sedar, Melayu yang kau nampak kini adalah keturunan Melayu yang dijajah 500 tahun dahulu?

aku mencari bukan Melayu yang itu. aku mencari Melayu asalnya dari dulu.

Melayu berdarah Panglima. Melayu yang bersatu. Melayu yang punya jati diri.

sebenar-benar Melayu, yang yakin pada 6 rukun iman. Melayu sejati.

mampukah aku? aku juga tertanya-tanya.

***

aku masih dalam usahaku. adakah kau juga begitu? atau, kau malu pada status Melayumu?

No comments: