kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Sunday, May 8, 2011

Mulianya seorang Ibu.

Betapa mulianya seorang ibu itu sehingga Tuhan letakkan taraf syurga di bawah telapak kaki ibu je.

Betapa mulianya seorang ibu itu sehingga Tuhan mencelakakan sesiapa yang buat celaka kat ibunya.

Betapa mulianya seorang ibu itu sehingga Tuhan memakbulkan apa sahaja doa ibu terhadap anaknya.

Betapa mulianya seorang ibu itu sehingga kejayaan dunia akhirat seorang anak terletak di tangannya.

Yang aku faham. Itulah karamah. Kemuliaan yang Tuhan berikan kepada seorang ibu. Walau sapepun ibu kau. Walau hinanya dia di mata masyarakat, dia tetap Tuhan kurniakan karamah. 


Siapa kau nak mensyurga-nerakakan, mendosa-pahalakan IBU kau sekalipun Ibu ada melakukan kesilapan? Kau yang celaka, kau yang hina, sebab kau menghakimi ibu kau. Kau bukan Tuhan.


Maka, hormatilah Ibu, sayangilah Ibu, doakanlah untuk Ibu.


Kau nak kunci kepada kekayaan dan kejayaan? Mulakan mencari dengan melayan Ibu seperti raja, menjauhi menyakitkan hati Ibu, membuat Ibu gembira setiap masa. Dan jauhi air mata Ibu tumpah kerana kecewa akan perbuatan kau.


Ingat, celakalah kau dunia akhirat andai sekali salah kau pada Ibu, tidak kau pinta keampunannya.


Setiap Hari adalah Hari Merajakan Ibu. :)

Saturday, May 7, 2011

Cara Romantik Bila Dating.

Setiap kali dating, mesti pergi tengok wayang, makan Mekdi, jalanjalan satu bangunan shopping mall, jalanjalan pusing bandar lagi, barulah pulang. Kalau ada masa lebih sedikit, pergi uptown tengok barangbarang murah.
Tipikalnya.. Ye la, terima kasih la sudi ajak dating. Tapi aku yakin kami, wanita seluruh dunia ni, nak la juga kelainan masa keluar dating.

Bagi aku, tak payah keluar duit banyak pun untuk jadi romantik. Yang penting idea. Musti kena bernas dan "alalala sweetnya awaaakk...". Haa, macam tu sekali reaksi awek anda kalau boleh.
Lepas ni, mesti tak bosan dah kalau ajak dating.
( Ini lagi best diaplikasikan bagi yang sudah berkahwin. )

Dating Romantik cara aku :
1. Bagi lelaki yang pandai main instrumen (gitar, keyboard, dram, dll), sesekali ajaklah cinta hati anda bergurindam jiwa di taman sambil anda mengajarkannya cara memainkan instrumen. Seronok kan dapat berkongsi apa yang anda tahu. 
Bolehlah nanti gubah lagu bersama.

2. Bila mengajak si dia keluar, anda siapkan awal-awal bakul piknik dan bawanya ke pantai atau taman. Bentangkan bekalan yang anda bawa sebagai serprais. 
Lagi best, masa itulah anda gunakan untuk merakam kenangan bersama (bergambar, bervideo whatever hell agilah yang korang nak buat. Tapi jangan macammacam haa. Aku tak ajar)

3. Ajar sidia memandu kereta. (Kalu sidia tak pandai lah.) Bawa sidia ke tanah lapang, then tukar tempat duduk. ajar sidia memandu supaya lepas ni, kalau jadi apape pada anda, sidia boleh tolong dengan mudah. Tak perlu nak harapkan orang lain da nak drive kereta anda tu.

4. Paling best kalau keluar masa hujan lebat, anda hentikan kereta. tarik sidia keluar dan bermain dengan hujan. Sesekali menjadi keanak-anakan semula adalah manis juga.

5. Ini agak keluar modal sedikit. Belikan sidia sejambak bunga ros, dalam 8 kuntum. Salah satunya adalah plastik. Berikan padanya saat keluar dating, selitkan kad bertulis " Aku sayang kamu sehingga kuntum yang terakhir layu." Hihihi. 

6. Untuk wanita, kalau sidia suka mendengar lagu, korang boleh hadiahkan CD lagu yang anda susun sendiri. Bagi aku, anda pilih satu tempoh masa yang boleh menginspirasikan sebuah lagu sebagai tanda memperingati harihari tersebut.
Pada tajuk lagu tu ditaip tarikh. Cthnya 12012010. Dan buat playlist. Coverkan CD dengan mencatat tajuktajuk lagu yang anda telah edit.
12012010 tarikh aku kapel, maka lagu yang sesuai mungkin Tercipta Untukku -Ungu.
heeee..

7. Bawa sidia keluar dan ajak bermain sukan kegemaran anda. Kalau aku, sesekali seret dia bermain bola keranjang, best juga. Sukan feveret aku la katakan. 

8. Untuk lelaki, Sesekali datang ke rumahnya dan minta dia ajarkan kamu memasak untuk ibu bapanya pun menyeronokkan juga. Biarkan ibu sidia berehat dari kerja-kerja dapur. Bila lagi ingin melihat dan memasak untuk bakal mentua. Hehe.


9. Bila keluar dating, tiba di suatu tempat, korang berpisah dan masingmasing sedia dengan kamera. Dalam masa yang ditetapkan, setiap anda snap gambar yang mengingatkan anda kepada pasangan anda. Jumpa semula selepas waktu yang ditetapkan dan bercerita mengenai gambar yang diambil. Pasti seronok!


10. Luangkan satu hari, ciptakan satu folio kisah korang dari awal perkenalan sehingga jatuh cinta dan harapan korang pada hari itu. Boleh selitkan gambar, tiket wayang, resit beli Mekdi ke, cthnya. Simpan dalam sebuah peti dan bacanya setiap kali kamu berjauhan dan kerinduan, ataupun setiap kali bergaduh. Huuu..

Tu je la setakat ini dalam kepala aku. Nak bawa keluar banyak-banyak karang, sama pula cara kita berdating. Takboleh takboleh! Heee.
Anyway, siapa yang mulakan dulu adalah tidak menjadi hal. Yang penting gembira meluangkan masa bersama.
Takde lah jemu, sampai tak tahu nak buat apa, kan? Aku pun tak suka hal yang tipikal. Maka, dating kenalah berbeza. :)

Sistem Edukesyennn Skulah Rendah. Kut.

Pada suatu petang yang hening, aku sedang memerhatikan adik aku yang berumur 9 tahun membuat kerja sekolah Matematiknya. Oooh, tajuk Bahagi.
Aku perhatikan, dia akan tengok jadual sifir, alaaa yang kat belakang buku latihan kaler koko yang kecil tuh, sambil menjawab soalan.
Lama-lama aku test dia.
Aku : faham ke bahagi tu macamane sbenarnya?
Adik : Emm... takk..
Aku : Cuba bawa keluar sifir dulu.
* Adik aku melihat semula belakang buku tadi tapi aku tarik.
Aku : Buat sendiri.
* Adik aku terpinga-pinga.
Aku : Meh akak ajar sifir 9, cara mudah, guna jari je.

*Then aku ajarlah dia. Lama aku terang dan tunjuk macamana, dia tak faham rupanya. Bila aku tanya sebelah kanan ada berapa, dia berat mulut nak jawab. Rupanya dia tak kenal kanan dan kiri yang mana.
Aku mengeluh dengan rasa tak percaya. Berapa lama aku abaikan dia sebab sejak dia kecil, aku tak sempat nak bermain dengan dia. Aku duduk asrama, then masuk UiTM pula kemudiannya. Dia pula tinggal dengan ibu saudara aku. Jarang sekali jumpanya.

Aku : Cikgu ajar darab kat skolah, boleh buat tak?
Adik : Boleh.
Aku : Faham ke tak?
Adik : Faham.
Aku : Ye ke?
Adik : Emm.. emm..
Aku : kalau faham, mesti boleh jawab apa akak tanya. Knape macam tak yaken?
Takpe lah. Meh sini akak terang kenapa adanya sistem darab.

Aku kaitkan dengan analogi yang mudah untuk bagi dia faham apa itu darab. Agak payah untuk dia faham. aku tunjuk satu-satu kenapa, apa, bagaimana,... Huu.. Adik, adik..
Barulah dia faham apa itu darab.

Tu mukadimah. Yang aku nak cerita, apa sistem cikgu guna untuk buat pelajar faham agaknya?

Kalaulah aku mengajar, aku harap orang faham apa yang aku faham. Sampai bagi analogi untuk jadikan contoh. Darab, bahagi, tambah,... Matematik, asas juga dalam ilmu. Tapi kalau dari kecil, tak faham, main buat je asalkan dapat jawapan, habislah pemikiran budak.
Bila besar nanti, mereka akan end up buat kerja asal siap. Tak faham pun tak apa.
Damn! Ni semua sistem merit punya pasal. Asalkan boleh jawab dalam exam.

Aku suka hayati apa yang cuba disampaikan dalam filem 3 Idiots, lakonan Aamir Khan. Jalan cerita yang genius. Cukup padat moral value nya.
Simple. Sedikit yang belajar, banyak yang dapat.
Ye lah. Kalau kita faham sesuatu konsep dalam mana-mana tajuk sekalipun, kita boleh cerita banyak perkara mengenai tajuk tu.
Of course la susah, lebihlebih lagi kalau subjek Biologi atau Kimia. Tapi sama je. Faham konsep yang penting. Kalau tak, kelaot la ilmu yang kita belajar. Lepas exam, terus lupa.

Kesian aku tengok budak-budak baru nak kenal ilmu macam adik aku. Perhatikan dia, aku boleh agak yang dia jenis slow. Dah kalau cikgu ajar sematamata untuk jawab exam je, bila dia nak faham apa yang dia buat, apa yang dia belajar. 
Selama aku ada kat rumah ni, aku nak pastikan semua adik aku faham apa yang diorang belajar. Aku tekad!

Friday, May 6, 2011

Yakin & Percaya itu Berbeza.

Kau percaya adanya hikmah di sebalik segala sesuatu.
Tapi.. sejauh mana yakinnya kau akan hikmah itu adalah sesutu yang lebih baik?


Aku seringkali mendengar dan membaca pernyataan betapa susahnya hidup yang telah ditakdirkan kepada mereka. Dibuang kerja, putus cinta, kematian kucing, MP3 player dicuri,...
Mereka percaya ada hikmah di sebaliknya. Tapi, untuk memberi keyakinan adalah sesuatu yang teragak-agak untuk dilakukan.
Mereka tidak sepenuhnya yakin Tuhan sudah aturkan yang terbaik untuk mereka di sebalik kesusahan yang ditempuhi.
Kenapa? Sebab manusia cepat puas hati dengan apa yang mereka ada sekarang. Mereka tidak yakin Tuhan lebih tahu bahawa ada yang lebih baik untuk mereka di sebalik itu.

Kerana itu mereka mempersoalkan di mana keadilan Tuhan untuk mereka. Mereka yang merasa kurang bernasib baik berbanding orang lain.
Kawan, sekurang-kurangnya kau masih punya akal yang waras, kesihatan yang baik, fizikal yang masih kuat. Kekasih hilang, kau boleh cari lain. Memang payah tapi Tuhan lebih tahu, ada yang lebih baik dari dia untuk kau.

Aku. Telefon aku pernah hilang, dicuri. Aku memang meratap, meraung, menangis. Tapi au kembali positif. sayu, sebab itu hadiah dari Abah. tapi aku sabar.
Akhirnya aku beli sendiri hasil kerja aku selama sebulan. Tetapi ia rosak juga. Dan aku mendapat telefon baru super mahal dari Abah.
Nampak di situ? Akan datang yang lebih baik untuk kita.

Analogi lain? Okey. Aku jatuh cinta dengan seorang kekasih orang. Setahun aku tunggu, akhirnya aku dapat tempat di hatinya. kinda bitchy sebab kekasihnya tidak tahu ada aku di hatinya.
Akhirnya aku tinggalkan dia sebab rupa-rupanya Tuhan sudah takdirkan seseorang yang lebih baik untuk aku. Cukup perfek, yang melengkapi kekurangan aku. Sehingga kini kami masih teguh bersama seiringan, walaupun banyak kali diuji.

Semuanya perlukan kesabaran, untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik. Kehilangan tidak semestinya tiada pengganti. Apa yang kau tahu tentang masa hadapan?
Apa yang kau tahu soal kejayaan rancangan hidupmu?
Semuanya Dia yang tentukan.
Kau boleh percaya kau akan berjaya. Tetapi keyakinan harus diletakkan pada Yang Maha Kuasa.
Itu bezanya.

Orang yang paling hebat di sisi Allah ialah orang yang bergantung hati sepenuhnya kepada Allah. ( Seseorang yang aku hormat, 5 Mei 2011)
Bergantung hati itulah yang diertikan sebagai yakin.
Kau percaya Alalh yang tentukan segalanya, tetapi tidak yakin itulah yang terbaik untuk kau, maka kau belum cukup beriman padaNya.
Maka kau jangan bicara soal solat, pahala, dosa, neraka, syurga apa semua dengan aku. Aku taknak dengar.

Aku bagi satu situasi untuk kau fikirkan.
Kau makan nasi sebab lapar. Kemudian kau kenyang. Apa yang terpegang dalam hati kau? Kau percaya nasi yang buat kau kenyang? Atau, kau yakin Tuhan yang bagi kau kenyang melalui nasi yang kau telah makan? Kau percaya nasi yang sedikit boleh buat kau kenyang? Atau, kau yakin nasi yang sedikit pun boleh mengenyangkan jika diizinkan Tuhan?
Haha! Jangan pening. Ini cuma sesi berfikir seketika. Sila luaskan minda, lapangkan hati. Ini berkaitan dengan akidah juga. Ye lah, jika percaya perkara lain yang berkuasa mengubah keadaan kau, boleh syirik, tahu?

Yakinlah sepenuh hati padaNya. jangan mengeluh jika kadangkala hidup kau terbelenggu kesusahan. Tuhan itu Maha Mengetahui.

Tuesday, May 3, 2011

Untuk Lelaki Yang Aku Sayangi.

Hari ini aku taknak men-komplen pasal lelaki. haha! Ye lah. Tak semua jahat kan. ade je yang baek. kalau tak, takde lah aku bisa mengucapkan sayang kepada mereka.
Actually, most of people in my life are men. They are best friends and i can be happier if there are them.
so, for you guys, this is a tribute.

Lelaki. Mereka kadangkala mencuit hati kami, wanita.
Tidak selalu berkata sayang, tapi terlihat melalui perbuatan.
Abah. Walau jarang sekali mengucapkan sayang kepada aku, aku tahu, beliau amat menyayangiku.
Segala kemahuan, walaupun tidak pada waktu itu juga diberi, akan tetap beliau penuhi. Aku masih ingat,
sebuah laptop yang aku perlukan pada awal kemasukanku ke UiTM. Setahun kemudian, dibelikannya dan menjadi hadiah awal untuk ulang tahun hari lahirku yang ke-19.
Itu zahirnya. Sebenarnya bukan itu yang aku pandang. Aku tahu abah lebih sayang bukan dari segi material.
Untuk Abah, saya sayang Abah sangatsangat!

Lelaki kedua dalam hidupku. Cinta hati yang hadir dalam hidup hampir setahun lebih. Ya, masih baru. Sebenarnya aku kenal dia lebih lama dari itu. Rapatnya melalui persahabatan. Banyak kesusahan dan kesenangan kami lalui bersama. Tak dapat aku ceritakan apa siri pengalaman kami bersama, biar tersimpan dalam lipatan memori kami. Namun kuharap itu yang menjadi penguat untuk kami mengikat janji.
Aku yakin pada cintanya. Aku akan tunggu.
Buat kali pertama, aku bersedia menerima jarak sebagai pemisah antara kami.
Lagipun mama juga seakan merestui. Pernah sekali beliau mengatakan, pilihanku kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya. Ya Mama. Saya pun merasakannnya.

Lelaki. Bila menyayangi, tidak banyak kata yang mereka ungkapkan. Cukup sahaja dengan apa yang mereka lakukan untuk melihat kami, wanita, tersenyum dan berbunga di hati.
Lelaki. walaupun terkadang berselisih pendapat, itu adalah normal. Maklum sahaja, kita ini berbeza kejadian. Tidak setiap masa ada persamaan. Namun itulah yang menguatkan hubungan.
Agar kita menjadi lebih menerima apa jua adanya dia.

Lelaki. Mereka mungkin ego. Tetapi itu juga yang menjadikan kami, wanita, lebih tabah dan bersabar. Ego lelaki adalah untuk memukul kedegilan hati wanita yang terlalu banyak keinginannya.
Ego lelaki yang mengehadkan kemahuan wanita yang menggila tentang banyak perkara.

Aku? Pengalaman aku jatuh cinta, semakin aku dibiarkan sendiri, semakin aku menginginkannya di sisi.
Tiada lain yang dapat buat aku lupa pada kehilangan dia.

Lelaki. Kata-kata mereka adakalanya menyakiti. Tetapi itulah kejujuran sebenar yang tak dapat wanita beri.
Kerana wanita sifatnya menjaga hati. Lelaki mungkin nampak kasar dalam mengajar erti kehidupan, namun itulah yang paling memberi kesan.
Anehnya tentang lelaki, walau sakit mana hati ini, ianya adalah sementara. Tak sanggup menahan marah yang lama. Kerana satu senyumannya sahaja bisa buat hatiku terubat semula. Apa mantera yang engkau guna, lelakiku?

Lelaki. Merekalah sahabat sebenar. Pertolongan yang diberi tak pernah diungkit. Sering kali menceriakan hati. Lepak lamalama bersama pun tidak pernah aku kebosanan. Ada sahaja cerita yang dibicarakan. Cerita mereka yang tidak mengata tentang orang lain. Tetapi betapa sengalnya mereka. Aku rindu gelaktawa kamu semua, sahabat. Aku rindu disakat. Aku rindu dijaga.
Lelaki. Sahabat, juga adalah sa-udara.
Semoga jumpa lagi.