Tapi.. sejauh mana yakinnya kau akan hikmah itu adalah sesutu yang lebih baik?
Aku seringkali mendengar dan membaca pernyataan betapa susahnya hidup yang telah ditakdirkan kepada mereka. Dibuang kerja, putus cinta, kematian kucing, MP3 player dicuri,...
Mereka percaya ada hikmah di sebaliknya. Tapi, untuk memberi keyakinan adalah sesuatu yang teragak-agak untuk dilakukan.
Mereka tidak sepenuhnya yakin Tuhan sudah aturkan yang terbaik untuk mereka di sebalik kesusahan yang ditempuhi.
Kenapa? Sebab manusia cepat puas hati dengan apa yang mereka ada sekarang. Mereka tidak yakin Tuhan lebih tahu bahawa ada yang lebih baik untuk mereka di sebalik itu.
Kerana itu mereka mempersoalkan di mana keadilan Tuhan untuk mereka. Mereka yang merasa kurang bernasib baik berbanding orang lain.
Kawan, sekurang-kurangnya kau masih punya akal yang waras, kesihatan yang baik, fizikal yang masih kuat. Kekasih hilang, kau boleh cari lain. Memang payah tapi Tuhan lebih tahu, ada yang lebih baik dari dia untuk kau.
Aku. Telefon aku pernah hilang, dicuri. Aku memang meratap, meraung, menangis. Tapi au kembali positif. sayu, sebab itu hadiah dari Abah. tapi aku sabar.
Akhirnya aku beli sendiri hasil kerja aku selama sebulan. Tetapi ia rosak juga. Dan aku mendapat telefon baru super mahal dari Abah.
Nampak di situ? Akan datang yang lebih baik untuk kita.
Analogi lain? Okey. Aku jatuh cinta dengan seorang kekasih orang. Setahun aku tunggu, akhirnya aku dapat tempat di hatinya. kinda bitchy sebab kekasihnya tidak tahu ada aku di hatinya.
Akhirnya aku tinggalkan dia sebab rupa-rupanya Tuhan sudah takdirkan seseorang yang lebih baik untuk aku. Cukup perfek, yang melengkapi kekurangan aku. Sehingga kini kami masih teguh bersama seiringan, walaupun banyak kali diuji.
Semuanya perlukan kesabaran, untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik. Kehilangan tidak semestinya tiada pengganti. Apa yang kau tahu tentang masa hadapan?
Apa yang kau tahu soal kejayaan rancangan hidupmu?
Semuanya Dia yang tentukan.
Kau boleh percaya kau akan berjaya. Tetapi keyakinan harus diletakkan pada Yang Maha Kuasa.
Itu bezanya.
Orang yang paling hebat di sisi Allah ialah orang yang bergantung hati sepenuhnya kepada Allah. ( Seseorang yang aku hormat, 5 Mei 2011)Bergantung hati itulah yang diertikan sebagai yakin.
Kau percaya Alalh yang tentukan segalanya, tetapi tidak yakin itulah yang terbaik untuk kau, maka kau belum cukup beriman padaNya.
Maka kau jangan bicara soal solat, pahala, dosa, neraka, syurga apa semua dengan aku. Aku taknak dengar.
Aku bagi satu situasi untuk kau fikirkan.
Kau makan nasi sebab lapar. Kemudian kau kenyang. Apa yang terpegang dalam hati kau? Kau percaya nasi yang buat kau kenyang? Atau, kau yakin Tuhan yang bagi kau kenyang melalui nasi yang kau telah makan? Kau percaya nasi yang sedikit boleh buat kau kenyang? Atau, kau yakin nasi yang sedikit pun boleh mengenyangkan jika diizinkan Tuhan?Haha! Jangan pening. Ini cuma sesi berfikir seketika. Sila luaskan minda, lapangkan hati. Ini berkaitan dengan akidah juga. Ye lah, jika percaya perkara lain yang berkuasa mengubah keadaan kau, boleh syirik, tahu?
Yakinlah sepenuh hati padaNya. jangan mengeluh jika kadangkala hidup kau terbelenggu kesusahan. Tuhan itu Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment