kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Monday, September 12, 2011

Cerita Kontot : Jiwang Side of Me 3.

Khatimah Cinta


"Biarkan aku mati! Biarkan aku mati! Tak guna lagi aku hidup! Aku dah takde apa dah!" jerit Syaza, cuba melepaskan diri dari pegangan tangan kawan baiknya, Ros. Dunianya terasa semakin berat dan hatinya meronta-ronta untuk menghampiri tali yang telah tersedia tergantung di kipas siling biliknya.

*****

"Awak.. Jangan risau.. Saya akan bertanggungjawab. Saya akan kahwin dengan awak. Mari, sayang... Saya sayang awak sorang je," kata Fikril. Tangan Syaza dipegangnya erat. Syaza harus dimilikinya walaupun kedua-dua ibu bapa Syaza menghalang hubungan mereka. 
"Emmm... Saya takut la awak... Macam mana kalau saya mengandung?" Syaza kerisauan.
"Jangan bimbang, sayang.. Saya akan kahwin dengan awak. Kita kahwin lari ye, sayang?" Fikril cuba menenangkan Syaza.
Kedua-dua mereka mula menjejak hotel bajet yang sudah hampir dua jam memerhatikan mereka untuk dikunjungi.
*****

Hampir dua bulan Fikril berada di luar negara, melanjutkan pengajiannya. Janjinya mengahwini Syaza dipegang erat oleh kedua-duanya. Syaza tetap gelisah, kerana walaupun dia tidak akan mengandung akibat kemalangan yang merosakkan rahimnya, dia merasakan dirinya sudah tiada lagi maruah. Dara yang perlu dijaga dengan baik oleh semua wanita telah dia serahkan kepada lelaki yang belum sah untuknya. Setiap hari dia berdoa kepada Tuhan agar bisa dosa lampaunya diampunkan dan Fikril diijabkabulkan dengannya.

"Sayang! Saya akan balik cuti selama 4 bulan nanti ke Malaysia. Saya nak masuk meminang awak, kemudian bulan seterusnya kita kahwin ya! Saya akan face to face dengan ibu bapa awak. Kali ni, mereka harus setuju. Tunggu saya, ya sayang..."
Begitulah emel yang dikirimkan Fikril kepadanya. Syaza merasa sangat gembira. Dia tak sabar menantikan kepulangan kekasih hatinya. Moga penyatuan mereka ini bisa menghapus memori hitam mereka yang dulu. 

Namun...
"Syaza... Aku minta maaf.."kata Ros pada suatu petang.
"Kenapa kau?"
"Fikril... Dia taknak aku beritahu kau sebab katanya surprise. Tapi..."
"Surprise? Tapi apa pulak ni?" Syaza mula bingung dengan reaksi Ros. Nama Fikril yang disebut membuatnya bertambah saspen.
"Fikril... Flight dia.. Terhempas. Tiada siapapun yang selamat. Aku minta maaf Syaza! Tolonglah tabah k!" Ros mula menangis. Fikril, sepupunya, meninggal dunia tanpa sempat bertemu mereka di Malaysia.
"Tidaaak.. Kau bergurau kan? Aku tak percaya lah.. Takkan lah... Tipu.. Kau tipuuu!!!! Aku benci kau! Dan bila Fikril balik, aku nak benci dia jugak! Tidak! Dia tak boleh mati!" Syaza mula meraung, dan berlari keluar dari pintu kolejnya, menuju jalan raya yang sibuk dari tadi. Mujurlah Ros sempat menahan Syaza.
"Syaza! Kau jangan macam ni! Mengucaplah! Ingat Allah..." kata Ros, tercungap-cungap. Nasib baik.
"Fikril janji nak kahwin dengan aku!"
Syaza menangis dalam dakapan Ros.
*****

Ros terbaring di sebelah Syaza, di atas lantai berkarpet merah itu setelah menyelamatkan cubaan bunuh diri Syaza yang kali kedua sejak kejadian di tepi jalan itu. Syaza terusan menangis sambil menekup mukanya. Dia menyesal kerana hilang arah. Dia menyesal kerana lupakan Yang Maha Esa.
"Terima kasih Ros.. Aku.. Aku memang bodoh.. Terima kasih kerana menyelamatkan aku..."
"Kau jangan macam ni lagi.. Tolonglah Syaza..."
"Aku hilang arah.. Fikril janji nak kahwin dengan aku..."
"Tapi dia dah tiada.. Terimalah hakikat ni.."
"Tapi aku dah tak suci lagi..."
"Apa???" Ros terbangun, matanya tepat memandang Syaza. "Sebab tu je sampai kau nak bunuh diri? Kau dah buat dosa, kau nak tambah dosa lagi? Ingat Tuhan, Syazaa..." 
"Maafkan aku... Maafkan aku.."

*****

"Hai.. Boleh tunjukkan mana bangunan pentadbiran?" sapa seorang lelaki, kelihatan seperti pelajar baru Ijazah. Syaza, sebagai senior, walaupun masih diploma, menunjukkan arah.
"Sana. Jalan terus, belok ke kanan sampai simpang tiga. Ambil kanan lagi, ia di sebelah Pusat Kesihatan."
"Owhh.. Terima kasih ya! Nama awak apa? Saya tak tahu nak kontek siapa-siapa di sini. Boleh saya kontek awak?" tanya lelaki itu panjang lebar lagi.
"Err, saya Syaza. Emm..."
"Alaa, boleh lah. Saya desperate sangat perlukan guide."
"Awak boleh dapat semua bantuan yang awak perlukan di Pusat Pelajar. Di situ ada jabatan yang bertanggungjawab menjaga student baru. Saya minta diri dulu. Good luck mencari ye!" jawab Syaza, terus berlalu sambil sempat tersenyum.
"Awak! Nama saya Fakhrul ya! Jumpa lagi!" jerit lelaki tadi sebelum meneruskan pencariannya. Syaza berpaling dan tersenyum lagi setelah Fakhrul melambai tangannya.
"Macam-macam..."

Mereka kerap bertembung di kafe dan perpustakaan. Syaza merasa segan setiap kali Fakhrul menangkap Syaza memandang ke arahnya. Namun begitu, Fakhrul hanya tersenyum. Kedua-dua mereka tidak pernah bertegur sapa setelah kejadian tempoh hari. 

"Hoi! Kau usha siapa tu? Tak nak ajak aku join ke? Hehe!" tegur Ros, mengejutkan Syaza yang sedang asyik memerhatikan Fakhrul di kafe.
"Ish, kau ni! Mana ada lah!"
"Aku nak pergi kubur Fikril. kau nak ikut?"
"Jum.."

Syaza tak pernah lupa menjenguk pusara Fikril setiap hujung minggu. Cintanya masih kuat terhadap Fikril. Lelaki itulah cinta pertamanya.
"Awak.. Hari ni Fakhrul tu nampak saya pandang dia lagi.. Malulah. Padahal saya pandang dia sebab dia hensem macam awak sikit. Dia hensem sikit je la. Awak hensem banyak! Huuu.. Saya rindukan awak, sayang.. Moga aman di sana ya.." bisik Syaza setelah Ros meninggalkannya di pusara buat seketika. Seperti biasa. Di situlah Syaza sering bercerita apa saja.
*****

"Saya suka awak. Boleh tak saya nak masuk meminang awak hujung minggu ni?"
"Tapi saya tak kenal awak!"
"Saya kenal awak. Cukup kenal. Mungkin awak tak tahu..."
Kata-kata Fakhrul mengejutkan Syaza. Hatinya sekali lagi terasa seperti dipanah petir. Kali pertama adalah bila mendengar khabar kematian Fikril. Dan perasaan tu muncul lagi. Hakikat yang dia harus mengaku dia tidak suci lagi sebelum Fakhrul mengahwininya.
"Saya tak boleh."
"Tapi kenapa?"
"Ada wanita lain yang lebih baik dari saya. Awak layak untuk itu. Bukan saya."
"Tapi saya sayang awak."
"Cukup!" Syaza mula berpaling. Air matanya mula bergenang.
"Adakah kerana awak tak suci lagi? Tu ke?"
"Macamana awa....."
"Ros... Dan saya tak kisah. Saya cintakan awak kerana Allah. Kerana akidah awak." Tegas Fakhrul.
"Akidah...?"
"Ye. Pegangan awak. Awak gantungkan hati padaNya, walaupun awak dah tak punya apa yang wanita lain ada. Awak tabah. Awak kuat. Awak berani. Berani mencintai. Saya inginkan keberanian awak mencintai saya, sebagaimana awak berani mencintai dia."
"Tapi saya tak boleh bagi awak zuriat nanti."
"Saya tahu. Saya tak kisah. Kita boleh adopt any orphan. Please.. Terimalah saya!"
"Dia cinta terakhir saya.."
"Tapi itu bukan khatimah cinta bagi awak. Mungkin saya boleh bersama awak dalam khatimah cerita cinta awak.."
"Khatimah?"
"Kesudahan.. Kesudahan.." Fakhrul tenang mengungkap cintanya. Entah kenapa, Syaza merasa dirinya tiada lagi beban yang pernah dipikulnya dulu. Beban rasa bersalah. 

Lama-kelamaan, bayang Fikril mulai pudar. Hatinya kini merindukan Fakhrul, bakal suaminya esok hari. Moga masih ada sinar dalam hidupnya. Moga akidahnya tetap teguh. 

2 comments:

rahilla mohari said...

okay. nasib baek tak sedih sgt. HAHA ;D

fakhrul baek lah, nak lelaki satu mcm dia boleh ? hehehe.

Alter Ego said...

haha! ade kot. cume jarang la ade. lagi2 yg bukan fikiran tipikal, bajet dy suci mcm xpnah buat salah..