kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Thursday, August 4, 2011

Kini Tak Perlu Gusar Lagi !

Dah macam ayat iklan. Tapi bukan iklan yang aku nak tayang kat sini.
Entah mengapa aku asyik fikir kawen je skarang. Oh, tidak. Bukan aku gatal nak kawen, cuma topik kawen ni sangat menghantui aku.

Gusar ape ni yang aku cuba sampaikan? Ape kene mengene dengan kawen?
Baiklah, untuk kaum lelaki, entry ni special bagi anda. Tips dari aku.

Kini tak perlu gusar lagi untuk mengadap bakal bapa mertua anda.
Yarghh, itu dia.
Skarang ramai yang brani kapel je tapi tak brani nak jumpa mak ayah gegurl anda.
Maka, camana nak buat?

1. Kalu nak bawak awek kluar dating, mintak izin dari abahnya.
Salam, ciom tangan tu! Perkenalkan diri. Ye la, ko sape nak bawak anak dia ke hulu ke hilir. Lebih-lebih lagi every girl is daddy's little girl. Tak kira anak sulung ke, anak tengah ke awek anda itu. Minta izin abah dia. At least dating anda ada restu bliaw. Hehe.
2. Bila dah kenal, selalu ambil peluang untuk menolong.
 Haaa.. Adalah dikira Score! jika anda dapat menampilkan diri memberi bantuan dalam apa saja event keluarga si dia. Kenduri ke, party ke, pindah rumah ke, pape je lah. Rajinkan diri anda menghulurkan pertolongan. Boleh ambil peluang berbual dengan si ayah.
sumber : Google
Sediakan pantun sebelum datang. :)

3. Bila nak masuk meminang, sebelum tu jumpa ayah dia dulu. Katekan yang kau nak kawen ngan anak dia.
Minta izin restu ape semua. Janjikan apa yang kau mampu. Jangan sampai manes mulut je tapi mustahil untuk kau laksanakan.
Ayah dia jenis pendiam : Mulakan pertemuan dengan salam, ciom tangan, duduk mengadap, beritahu kau dari mana, berbasa basi untuk pancing ayah dia bercakap dengan kau, baru beritahu hajat kau datang berjumpa kali ni. Pandang tepat ke mata dengan penuh mesra sambil berbual. 
Ayah dia jenis banyak cakap : Beres.... no hal dah nak berdebar sangat. Layan je borak.
Ayah dia okey cuma macam tak yakin juga dengan keikhlasan kau : Senang je. Ko cakap la 
" Pakcik, saya bukan apa. Saya kawen dengan anak pakcik ni sebagai salah satu cara saya tolong pakcik juga. Tolong ringankan beban pakcik menanggung dosa. Betul, tak tipu. Ce pakcik fikir, seorang ayah akan terus menanggung dosa anak-anaknya sehinggalah anaknya berkahwin. Sebab tu syurga seorang pompuan terletak pada suaminya. Haaa.. Peluang baik ni pakcik. Takkan pakcik taknak kut."
Aku sure, si ayah akan terus bangun, memeluk kau sebagai tanda rasa lega gila. Hehehe. Aku yakin, niat tulus kau akan berjaya terlaksana. Ingat, hati kena suci dan murni.
Akhir sekali sebelum balik, hulur lah hadiah sedikit untuk ibu dan ayahnya. Kain pasang ke, kain sarung tenun ke, kalu ayah dia stylo, bagi jersi team feveret bliaw.

K la, bai! Gud luck ye dengan anak dara orang tu.

No comments: