kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Tuesday, August 2, 2011

Sempena Bulan Ramadhan.

Selamat menjalani ibadah puasa!

Gile ahh... Tajuk kunun nak bagi ceramah je ala-alanya.. Adeih.. Maaf la. Aku tetap bukan orang baik sangat nak bercerita pasal apa amalan ibadat kite nak buat dalam sebulan ni.
Aku dah kate aku tak suka orang tengok aku baik.

Bagi aku, ikot kau la nak pergi solat terawikh ke, nak solat sunat berapa banyak ke, nak khatam Quran berapa kali ke. Aku oke je. Kau punya hal, suka hati kau la kan.
Yang jadi halnya adalah bila aku plak merasakan kau sangat FAKE~ Aku paling tak suka judge orang tapi dah tak pasal-pasal aku jadi judgmental.
Aku rase takleh blah da ni.
Kenapa hari-hari biasa sebelum ni kau tak penah plak ajak orang buat ibadah sunat tu semua?
Apa? Sebab Ramadhan lebih berkat la amal ibadat ea?

Oooooooooo.... Kau buat sebab pahala ar nihh.. Kau ingat PAHALA tuh macam duit MLM ke? Buat lebih, dapat lebih. Macam tu??
Kau dah announce kat semua orang dalam fesbuk, dalam twitter yang kau nak buat apa jenis ibadah sunat tu untuk topap pahala, bukan bunyi macam riak takbur ape semua tu ke?
Tak pasal-pasal aku hilang rasa hormat pada kau sebagai orang baik di mata aku.

Kelaka lahh kau! Kau nak buat apape, biarlah antara kau dengan Tuhan. Takkan kau pergi solat terawikh pun nak post kat fesbuk stiap hari?

Sila buat sebab kau nak buat. Bukan buat sebab nanti boleh beritahu kat orang lain apa yang kau buat.

Laen lah kalau nak buat kueh ke, buat bisnes baju raya ke, kau nak repot kat sesapa, tu kau punya pasal. Memang aku malas komen dah. Alang-alang, boleh tumpang share resepi takpun mintak diskaun.

Maka, sempena Bulan Ramadhan yang sangat mulia berbanding bulan lain ni, anda buatlah apape amalan sunat untuk muhasabah diri anda, lagipun syaitan kan dah kena rantai. Buat lah. Tapi kurangkan laaaaa beritahu orang.

Tak spesel la ibadah kau yang niatnya kerana Allah, biar Allah je la yang tahu. Pergi heboh kat orang lain, buat apa.
Nak sangat ajak sesama saudara seIslam, kau ajak keluarga kau dulu, pastu jiran sekampung, pastu kawan terdekat dulu.

Dan jangan cerita berapa pahala kau akan dapat! Bertambah ke, berkurang ke. Tu antara kau dengan Tuhan.
Ingat.


Renung-renungkan... dan Selamat Beramal~

No comments: