kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Tuesday, June 28, 2011

Budaya Membeli Dulu dan Sekarang.

Semalam aku ajak abah gi Tesco untuk beli barang dapur. Sudah 2 hari dapur tak berasap la katakan. Ramai aje orang tiap kali aku ke pasaraya macam ada je benda yang diorang nak beli. (*Eleh kate orang, hobi kau pun shopping gak. Oke sila diam sekarang.)
Aku tak terfikir nak menyingkap kenangan dulu sehinggalah aku tertengok seorang pakcik sedang melepak tengok tv dalam kedai runcit kecil miliknya masa aku otw balik rumah. Agak-agak kalau tiada pasaraya, pakcik tu sedang tengok tv atau melayan customer?

Teringat pula zaman kecik-kecik suka berlari-lari kesana sini dulu-dulu. Tiap kali mama memasak di dapur, aku suka pergi menyibuk. (*Patut la aku pandai memasak. Oke sile diam lagi sekali.)
Pastu mesti ada je bahan yang dah kehabisan stok. Mula la mama panggil, bagi duit, suruh pegi kedai belikan barang.
Yang paling best, bila ada duit lebih. Mama jarang mintak baki kalau setakat ada lebih 50sen. Maka aku akan gunakan duit tu buat beli aiskrim Pop 10sen sebatang patah dua,satu bagi adik, beli 5, satu makan, lagi empat simpan dalam peti. Hihi.
Korang mesti macam tu gak, kan?

sumber : Google
Aiskrim feveret kecik-kecik dulu selalu menjadi impian nak beli dengan upah yang diterima.

Pastu kalau pegi kedai, mama suruh beli santan, lagi seronok. Sebab boleh tengok makcik kedai parut kelapa guna mesin. Aku selalu bayang kalau kita sentuh nanti tangan jadi kudung. Maka tak pernah sentuh pun mesin tu sebab taknak kudung.
Tapi disebabkan tengok makcik tu parut kelapa la aku pandai parut juga walaupun buat kali pertamanya selepas 15 tahun peristiwa itu berlalu. Tengok, ilmu percuma walau dengan hanya melihat je. Budak-budak memang cepat belajar kan?

Memandangkan kedai runcit dekat dengan rumah, aku selalu rajinkan diri pergi kedai bila mama suruh. Aku kenal lengkuas, serbuk kunyit, serbuk kari Alagappas la, Babas la, Adabi la, dan yang pastinya aku boleh bezakan asam keping dengan asam jawa. Memang la kalau tanya budak-budak umur 7 tahun sekarang, mereka pun kenal tapi cara mereka kenal tak sama macam kita yang sudah biasa pergi kedai, belikan untuk mama kita kan?

sumber : Google lagi....
Ni haaa! Asam keping oke. Asam belugor adalah nama lainnya. Pasni jangan salah beli lagi.

Sekarang, budaya pergi kedai runcit, belikan untuk mama kita yang sedang memasak tu dah macam takde. Lagi-lagi mereka yang duduk di bandar kotaraya semua tu.
Bagi aku, mereka seakan terlepas satu memori wajib seorang kanak-kanak. Ye la, pergi kedai je dapat upah. Kanak-kanak mana tak suka, kan?

Sekarang, apa-apa yang takde, terus shopping je kat Tesco (aik, kata diri sendiri ke), Giant, Carrefour atau memane lagi pasaraya yang ada. Padahal nak gi beli garam, sos cili dan kicap je. 
Setiap kali aku ajak abah nak pegi beli stok dapur, aku dapat merasakan abah rindu nostalgia zaman aku kecik-kecik pegi kedai runcit je beli semua tu. Tak payah susah-susah setat enjin kereta. Huhu.
Tapi oleh sebab rumah aku sekarang tiada kedai runcit berdekatan maka aku buang perasaan itu jauh-jauh.

Anyway, motif aku kat sini adalah meyatakan satu lagi kemahiran yang budak-budak sekarang dah semakin kehilangan. Kemahiran berurusniaga dengan orag yang lebih tua. Sebab kalau diorang nak aiskrim pun da pandai pilih Walls takpun Baskin Robbins. Tak main la aiskrim dalam plastik panjang tuh.

Kenapa ya budaya ke kedai runcit semakin kurang oleh budak-budak sekarang?
Pada pendapat aku,
1. Kedai jauh, mama kita takut ada penculik lak standby nak culik kita.
2. Rumah kita dah ada bibik, biar dia je belikan.
3. Budaya shopping di pasaraya.
4. Kedai runcit menyediakan khidmat delivery.
5. Upah 50sen apa barang, tak cukup nak beli topap ataupun aiskrim Paddlepop.
Aku yakin banyak lagi tapi takpe la, 5 pun dah cukup.

Apapepun, bagi sesiapa yang ada motor atau basikal kat rumah, ajak la adik-adik korang pergi kedai runcit belikan apape untuk ibu yang sedang memasak. Ajar diorang berurusniaga (padahal hulur duit, trime baki je) dengan orang yang lebih tua untuk tingkatkan keyakinan mereka berhadapan dengan orang takpun kemahiran mengenal barang untuk memasak. Walaupun ajak abah pegi pasaraya adalah cadangan yang lebih best.
At least mereka juga boleh dapat pengetahuan am. Contohnya dari mana santan tu datang, kenal mana halia mana lengkuas mana kunyit. Takkan semua benda nak kena Google je, tak real la kan.

Oke, selamat berbudaya! :)

Sunday, June 26, 2011

Zaman Kanak-Kanak Dulu dan Sekarang.

Aku da lama nak kupas hal yang membabitkan dulu dan sekarang. So, untuk permulaan, kita cerita dulu mengenai perkara yang paling dekat dengan diri kita. Hal yang semua orang pernah lalui. Asyik bicara hal cinta dan hubungan je kan. Musti ada yang terasa janggal. (Statement perasan, macam la ramai yang baca blog ni, hahaha!)

Makanya, kisah zaman kanak-kanak.
Zaman 90-an, zaman aku kecik-kecik dulu.
Tiap kali tiba cuti sekolah, mesti balik kampung. Masa ni lah zaman kanak-kanak yang sebenar bermula.

Kalau waktu bermain, itu adalah bermakna masa untuk di luar rumah. Petang-petang, sambil diperhati mama dan nenek, kita akan berlari-lari dengan kawan-kawan. Main pondok-pondok. Main kawen-kawen.

Kita slalu jadi bos, kawan-kawan ikut apa kita buat. Bila nak kluar peluh sikit, kita tukar main ting-ting plak, takpun panjat-panjat pokok jambu takpun galah panjang dan bola beracun.

Bila petang dalam kul 5, kita ramai-ramai pergi sungai. Mandi-manda walaupun kita tak reti berenang.

Bila malam pula, mengaji dengan Atuk selepas makan malam.

Esoknya kita main lumba basikal pula lepas balik dari kebun buah dengan atuk dan nenek. Tengahari da rasa berpeluh sikit, mandi dengan pakai bajunya kat luar rumah ramai-ramai, Kau siram aku, aku simbah kau. Pastu, makan saing.

Petang tu, main lompat getah zeropoint pula, kunun tukar selera dari semalam aarr. Lewat sikit, main buaya-buaya. Siapa jadi buaya, kena kejar sampai dapat. Kalau taknak kena kejar ngan ""buaya"', kita kena cari "darat". Hahahaha! Agak-agak ingat lagi tak game tu?
Takpun main baling selipar. Tak tahan tul. Ada je idea nak main permainan apa, sampai buat jadual dengan kawan-kawan. Ye la, ada yang nak main konda-kondi, congkak, memancing, laga biji getah,...

haha! Ingat lagi tak? Aku selalu menang main ni.


Aku membesar dengan saat yang sangat aktif. Kalau balik rumah, mesti tak duduk diam. Yang ni paling feveret, tabur bedak atas lantai pastu main luncur-luncur kunun macam ice-skating. Habis sebotol bedak Carrie Junior yang mama baru seminggu belikan. Tak cukup dengan tu, masuk bilik, main panjat-panjat katil double-decker. Buat macam pentas nyanyian la, gelanggang gusti la.

Sangat menyeronokkan. Rasa ada hubungan persahabatan yang secara fizikal dan chemical nya. Masa inilah softskills terbentuk.
Kemahiran komunikasi, menjadi leader, sportsmanship, community relation, self confidence dan macam-macam lagi.
Ye la, bila dah bergaul dengan ramai orang, musti ada identiti yang terbentuk. Kita juga cepat berkembang dan matang. Kita cepat belajar. dan yang paling penting, kita ditanam sifat menghargai sahabat.

Zaman sekarang. Sejak alaf 2000... Kita fast-forward ke zaman iPhone, Blackberry mula berkembang.
Adanya pula Broadband dan penggunaan wi-fi yang semakin meluas.
Terkedu aku melihat budak-budak baya kita kecik-kecik dulu, dah ada akaun fesbuk (baca: Facebook). Yang paling tak tahan, kalau zaman kita dulu low profile je, tak pandang material elektronik macam handphone saiz walkie-talkie, apatah lagi mintak Abah belikan komputer. Steady je petang-petang keluar bermain.
Tapi sekarang,...
Yang perempuan, camwhoring, pastu upload gambar berpakaian mengalahkan kita-kita umur 20-an. Macam-macam mimik muka kunun manja dan comel. Semua benda nak ditayang. "Gambar beg skolah Nike saya.." "Gambar pakwe saya, hikhikhik" "Gambar kucing saya" dan macam-macam lagi la.
Status pula tak boleh blah. Asyik-asyik pasal rindu pakwe, takpun bergaduh dengan pakwe, takpun kutuk kawan yang rampas pakwe dia.

sumber : pakcik Google
contoh camwhoring yang semakin banyak dalam album adik-adik kita di luar sana.
Helllooooo... adik-adik sekalian!
Sila belajar rajin-rajin, biar habis SPM dulu pon kalau nak da gatal sangat nak kapel-kapel.
Kenapa tidak kau hidup, berkawan puas-puas dulu dengan semua orang. Jauh lagi perjalanan. Tetapkanlah matlamat hidup tu dulu. Ini tak, memeningkan kepala mak ayah fikir apa lagi nak buat dengan kau supaya kau fokus pada pelajaran dan arah mana kau nak bawa diri kau dalam hidup yang tiada boleh berpatah balik ni.

Aku sebenarnya tak salahkan mereka, adik-adik zaman sekarang ni sebab tak dapat merasa apa yang kita rasa masa kecik-kecik dulu. Jiwa budak-budak sekarang semakin cepat matang tapi tak ada apa-apa di dalamnya. Kosong.

Aku cakap berdasarkan apa yang adik-adik aku ceritakan pada aku. Macamana kawan-kawan mereka. Bergaduh berebutkan lelaki la, melawan cakap ibu ayah la, jadi Bitch pembuli kat sekolah la, berlagak kaya atau cantik dan hot la. Hancur, hancur,... Kemana dorang nak bawa diri sebenarnya?
Pergi sekolah semata-mata sebab ibu ayah suruh.

Bukan zaman kita dulu tak ada budak-budak macam ni. Cumanya, tak ramai. Kes yang jarang berlaku.

Tu yang aku ungkit kisah zaman kanak-kanak. Macamana kita diperkembangkan melalui apa yang kita lalui. Apa yang kita buat dulu, zaman sekarang dah semakin pupus semua tu. Kita dah tak nampak dah budak-budak main konda-kondi takpun baling selipar atau paling koman, main pondok-pondok. Mungkin kat kampung ada lagi, tapi kat kampung je ke?
Ada beza ke kalau kau lahir kat bandar atau tinggal di kampung?

Makanya, setelah aku kaji, ada la juga yang mungkin menjadi penyumbangnya mereka kurang terdedah dengan komuniti sekeliling.
1. Mak ayah tak biasa bawak pergi mandi kat air terjun atau pantai.
2. Hidup kurang bercampur dengan jiran tetangga. Biasalah tu orang sekarang.
3. Mak ayah kaya, selalu belikan laptop takpun PS3, takyah la main dengan anak-anak jiran da.
4. Sekolah di sekolah berasrama, so bila pulang rumah, takde member terdekat.
5. Duduk di sebuah rumah yang seketul dia je ada kat atas bukit tu.
6. Mak ayah suruh study setiap masa.
7. Lebih suka mengadap internet, chatting dengan member Fesbuk, Myspace, Twitter,.. tak padan dengan umur 13 tahun.
8. Jiran-jiran jenis jaga tepi kain orang, sebab tu mak tak bagi keluar rumah.
9. Astro semakin banyak pakej rancangan. Mustika la, Kartun la, Movie la,.. Menjadikan LCD skrin nipis sebagai Tuhan baru budak-budak. Segala ilmu dari TB dia nak ikut.

Adik-adik aku pun sebenarnya tergolong dalam golongan kanak-kanak zaman sekarang. Mereka jadi mangsa perubahan masa dan teknologi. Tak dapat merasa seperti apa yang aku dah lalui.
Yang bertuahnya, mereka ada aku untuk jaga sosial dan adab mereka. Tapi untuk buat aku join mereka bermain, memang tak la.
Aku pun ada zaman juga yang nak kena lalu. Zaman selepas umur yang dah dibolehkan kawen pula. (Istilah je ni oke!) Ye la, lepas 18 tahun, dah boleh kawen la!
Apapepun, terima kasih Allah kerana bagi aku lahir dulu, dapat merasa zaman kanak-kanak yang sebenar.

Monday, June 20, 2011

Fasa-fasa Yang Akan Dilalui Bila Kamu Ucap Cinta.

Okey, perspektif aku dalam bercinta, ianya adalah akan diraikan dengan perkahwinan. Kepada anda yang nak main-main je dengan perasaan orang, entri ni bukan untuk anda.
Kenapa? Becoz love is too sacred to be destroyed, too fragile to be less handled. Kau kena betul-betul inginkannya untuk memperoleh cinta. Taknak serius, maka sila tarik diri dan cakap taknak bercinta ya.
Ini juga boleh dijadikan jejak sebelum berkahwin.
Maka, dengan perspektif untuk end up berkahwin, inilah persediaan yang kau kena hadapi. Fasa demi fasa.

Fasa Pertama : Awal Percintaan ( *dalam tahun pertama hingga kedua )
Lelaki : Sehabis baiknya adalah jika kau tunjukkan diri kau yang sebenar. Jangan biasakan diri dia untuk melihat kau mengikut telunjuknya. Sebab lama-lama nanti bila kau tak boleh nak penuhi kehendaknya, dia akan menjadi pemberontak cinta yang cepat emosi dan merasakan kau tak sayang pada dia. Dalam masa yang sama, cuba juga melayan dia dengan baik dan membuatnya tersenyum adalah satu usaha yang sangat dihargai. 
Wanita : Jangan cepat menunjukkan fitrah kejadian wanita iaitu manja dan lembut hati. Sebaliknya beri si dia peluang untuk mengenali diri kau dengan membuat dia selesa dengan siapa kau sebenarnya. Jangan terus berpura-pura untuk jadi sama macam wanita lain. Contohnya, kalau tak suka pink, katakan. Kalau jenis suka makan banyak, mengaku saja sebab tak perlu si dia rasa serba salah nak ajak kamu di mana pada 1st date ye.
Kamu berdua : Cuba berkomunikasi semaksima mungkin. Masa inilah proses berkenalan patut rancak berjalan. Ringankan mulut untuk berbual dengan pasangan dan berusaha untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kamu. Sure kamu taknak bunuh dia yang alergi kacang dengan memberi coklat Nips sebagai hadiah hanya sebab kamu tak tahu pasal dia, kan?
 Fasa Kedua : Awal Kematangan Perhubungan ( *tahun ketiga hingga keempat )
 Lelaki : Mula cuba untuk masuk ke dalam keluarganya. Kenal-kenal dengan ibunya, menarik hati ayahnya, mesra dengan adik-beradiknya. Tidak perlu gusar dengan kemungkinan akan ditolak kerana biasalah jika keluarga bertindak dingin kerana ingin melindungi pasangan kamu lebih-lebih lagi andai dia seorang anak perempuan tunggal kesayangan ayah. Cuba seikhlas hati kamu untuk memenangi hati kedua-dua orang tuanya. Mulakan dengan sentiasa bertanya khabar melalui pasangan kamu. Kemudian, meminta izin dengan ibu bapanya tiap kali ingin keluar dating. Bila kelapangan, datang ke rumahnya dengan membawa sedikit buah tangan. Mengetahui kegemaran bapanya adalah satu bonus kerana bapanya lah yang akan mewalikan pasangan kamu bila kamu kahwin akad nikah nanti. Waktu ini juga kewangan kamu patutnya dikukuhkan untuk persediaan ke fasa yang ketiga.
Wanita : Seperti apa yang lelaki harus lakukan tetapi itu hanya bila pasangan kamu sudah memperkenalkan kamu kepada keluarganya. Hal ini kerana wanita tak sama macam lelaki. Mereka harus tidak kelihatan desperate untuk menjadi sebahagian dari keluarga pasangan. kalau tak, tiada gunalah fungsi adat merisik tu. Namun begitu, bertanyakan khabar keluarganya adalah bagus agar si dia dapat merasakan yang kamu ingin menjadi sebahagian dari hidupnya dan menerima keluarganya.
Kamu berdua : Semasa fasa kedua ni, hubungan selalunya banyak cabaran memandangkan semakin banyak emosi yang didedahkan. Kamu saling mengenali dan seharusnya cuba elakkan punca berlakunya pergaduhan dan melakukan hal yang boleh membangkitan kemarahan pasangan. Kepercayaan dan kesetiaan adalah perlu dalam perhubungan, walau bagaimanapun, elakkan sikap cemburu buta dan mengongkong.
Fasa Ketiga : Kemuncak dan Ikatan
Lelaki : Setelah semakin mengenali hati budi si dia, beritahulah ibu dan bapa kamu tentang si dia. Mintalah mereka pergi merisik dan mengikat pertunangan. Ceritakan betapa si dialah orang yang kamu cinta dan ingin habiskan seluruh masa dalam hidup kamu bersamanya. pastikan ketika itu juga kewangan kamu sudah stabil dan boleh menampung perbelanjaan perkahwinan kerana tak gentle ahh minta duit mak ayah, kan? Ketika ini juga kau perlu kuatkan mental kerana sepanjang tempoh menjadi tunang, semakin banyak cabaran. Kalau tak tahn dugaan, tak dapatlah. Jagalah dia sebaiknya. Masa ini hati si dia cepat merasa curiga, adakah kamu benar-benar inginkan dia, sayangkan dia. ( Wanita, biasalah.. Kalau emosi tak aneh, bukan wanita lah jawabnya. )
 Wanita : Selepas dirisik, cubalah untuk masuk ke dalam keluarganya. Biasakan diri memasak untuk mereka dan bergaul rapat dengan ibunya serta adik-beradik perempuannya. Masa inilah mental kena kuat dan kamu boleh belajar kawal emosi. Dealing with older people, I know what's going to happen. So, sila kuat semangat ya! Di samping itu juga, elakkan sebarang pertengkaran dan apa-apa hasutan yang boleh memecahbelahkan kamu dan si dia.
 Fasa Terakhir : Kahwin!

Ni bukan penghujung la. Cuma dalam jalan menuju destinasi sebenar hubungan kamu, di sinilah pelabuhannya. Bila dah kahwin nanti, jalan lain pula. Kalau nak aku kongsi juga berdasarkan apa yang aku dah lalu (bukan aku la yang kahwin tapi orang lain, aku hanya tengok dengar dan komen je), aku akn tulis dalam entri lain ye.
sedia pilih kemana ingin pergi setelah kahwin

Cumanya, bila da sampai pada hari paling ditunggu-tunggu ini, kamu kena ingat untuk sentiasa menerima baik dan buruk pasangan kamu. Paling penting sekali ialah jangan selalu merasakan diri kamu je betul bila berlaku perselisihan sebab ego adalah musuh utama dalam hubungan. Sentiasa bersikap positif dan sedia menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri supaya tak sia-sia masa yang korang luangkan bersama dari awal kamu berdua mengucapkan cinta. 

So, semoga sentiasa bahagia dan bisa kisah cinta itu bersambung dengan kisah perkahwinan yang dihiasi cinta.  Semua orang layak menyintai dan dicintai.

Sunday, June 12, 2011

Bila Kau Berbuat Kebaikan,

Aku dah lama tak kupas pasal tabiat manusia sekarang. Asyik komplen pasal lelaki wanita dan cinta je sampai ada yang tak puas hati. Haha! Maaf ye.
Okeh. Cuba perhatikan apa persamaan dua situasi di bawah ye.
Situasi 1 :
Pekerja  : Saya dah penat asyik OT, tolong buat kerja orang lain lagi apa semua, Bos patut naikkan gaji saya bulan ni! Mana boleh free-free je!
Bos        : Baik, nanti saya naikkan gaji awak bulan ni. 
Situasi 2 :
A  : Kau rajin lah solat bukan stakat yang fardhu je, yang sunat skali smpai ada tanda da kat dahi tu , puasa sunat agi 3 hari seminggu. Bangga aku jadi kawan kau.
B  : Haaa... Ni semua sebab aku nak masuk syurga.. Tak sanggup aku nak bayang seksa neraka. Eeee... Takut! Kau kalau nak masuk syurga gak macam aku, jum la skali!

Apa persamaan kedua-dua situasi di atas?
Baiklah, aku bagitahu.
Situasi 1, pekerja ni memang seorang kuli. Makan gaji. Kerja, kenalah ada upahnya dalam setiap apa yang dia buat. Kalau aku pun aku mintak naik gaji. Penat-penat kerja la katakan.
Tapi situasi 2 ni, berkaitan dengan ibadah yang kita buat. Aku bet ada antara korang yang takut masuk neraka, sebab tu korang solat dengan semangatnya, puasa tak pernah tinggal. Taknak nanti kena seksa dalam kubur, mati nanti masuk neraka lah dan apa lagi propaganda ustaz-ustaz masa korang belajar Pendidikan Islam di sekolah dulu. Cepat, mengaku sekarang! :p

* Wey, ape persamaannya??!!! Cakaplah!

Oke oke. Persamaannya... Bila kau kerja, kau minta gaji dari bos. Dan, bila kau solat puasa apa semua, kau minta masuk syurga dari Tuhan. Aku nak tanya, kita ni sepatutnya jadi hamba Allah atau kuli je?
Tak ke kau rasa semua ibadah yang kau buat selama ni kau harapkan balasan?
Masuk syurga la, nak minum air dari telaga nabi la, berdampingan dengan bidadari la,... Pernah tak kau buat ibadah sunat sebab kau ada terbaca berapa banyak pahala kau boleh dapat?
Contohnya, kalau solat berjemaah, pahalanya 27 kali ganda daripada pahala solat sendirian. Maka sebab itu kau pun dari pagi sampai malam duduk di surau sebab nak solat berjemaah setiap waktu solat.
Kalau ada, maka kau adalah kuli, bukan nak jadi hamba.

Isk, isk, isk... Patutlah kalau kau buat apape kerja, kau mahukan upah atau kebaikan untuk pihak kau. Dengan Tuhan pun kau berkira, apatah lagi dengan manusia.
Tak cukup dengan itu, kau suruh pula orang lain mengerjakan ibadah dengan menyogok mereka tentang balasan pahala dan dosa. Kau Tuhan ke nak tentukan apa balasan seseorang itu?
Bagus da kau membawa mereka ke jalan yang kau rasa benar. Siapa tak suka tengok umat Islam semua solat, puasa, bersedekah apa semua. Aku pun suka. Tapi sila ukur diri sendiri tu, seberapa benarnya niat dalam hati kau tu.
Kalau sampai boleh melahirkan rasa riak dan betapa bagusnya diri kau tu, aku cadangkan supaya lupakan saja niat nak betulkan orang lain ye.

Kita ini diciptakan Allah sememangnya untuk  menjadi khalifah di muka bumi ini. Tapi, tak lupa juga Allah menciptakan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya.
Maka, apa sebenarnya jalan kehambaan itu?

Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah semata-mata kerana Allah.
Bila kau berbuat kebaikan, ia bukan untuk kebaikan kau.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah untuk kebaikan orang lain pada masa hadapannya.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah bukan untuk berbangga diri.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah menyedarkan kau akan hikmah Allah.
Bila kau berbuat kebaikan, ia membuatkan kau merendah diri.
Bila kau berbuat kebaikan, ia membuatkan kau bergantung hati kepada Allah.

Bila kita merasa diri kita ialah hamba, yang kita inginkan adalah yang terbaik untuk Tuhannya. Apa yang kita persembahkan kepadaNya, ia bukan untuk kebaikan kita. Maka untuk mencapai keredhaanNya, kita berusaha sebaik mungkin tanpa sempat memikirkan apa balasan kebaikan yang akan kita peroleh.

Aku pernah terbaca, Nabi pernah bersabda,
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang mendatangkan faedah/kebaikan kepada manusia lain. (sumber sila Google sendiri)

Beringatlah, yang akan ditanya di Akhirat nanti bukan berapa banyak solat yang kau buat, berapa banyak hari kau puasa sunat, tetapi apakah kebaikan yang kau bawa untuk orang lain.
Dosa pahala kau solat ke, puasa ke, minum arak ke, berzina ke, semua kerja Malaikat Raqib Atid yang buat. Bukan masa dah nak tanya di Padang Mahsyar nanti. Sekali bentang je catatan amalan kau tu.

Thursday, June 9, 2011

Bila Perlu Untuk Setia?

Setia. Ia adalah sesuatu yang perlukan komitmen. Haha! Kau faham ke bila aku sebut komitmen ni?
Apa yang aku faham, dan aku tanak Google pun untuk tahu maknanya, ia adalah tanggungjawab. So, untuk berkomitmen, kau kena komited. Komited itu adalah sikap bertanggungjawab. Bagi aku lah.
Maka dalam hal yang sebut awal-awal ini iaitu SETIA, kau perlukan sikap bertanggungjawab dulu.

Yes, setia dalam perhubungan la yang aku nak kupas sekarang ni. Aku tahu di luar sana banyak kapel-kapel yang sudah deklarasikan cinta antara satu sama lain. Aku doakan kamu semua moga panjang jodohnya. Bahagia, gembira, ceria selamanya. Tahniah sebab kamu sedia untuk berkomitmen. Komited terhadap pasangan. Sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik dalam hubungan kamu.

Tapi, bila perlu setia? Maksud aku, kenapa perlu serius sedangkan belum tentu dia jodoh kau?
Okey, aku bukan nak menghidupkan api kemusykilan dalam benak fikiran kau. Aku cuma tanya untuk kepastian kepada diri kau sendiri.

Kebanyakan kisah break-up yang sampai ke telinga aku selalunya sebab lelaki tu yang miang, gatal nak mencari skandal berdekatannya untuk bersayang-sayang dengan alasan si aweknya berjauhan dan jarang jumpa. Fuck lah kau. <--- reaksi logik. Maaf atas keterlanjuran bahasa.


Kita mungkin fikir, kenapa payah sangat lelaki nak setia dan senang-senang je usyar lain sedangkan kita yang berada di kejauhan ni sanggup tutup mata setiap kali hot guys lalu depan kita. Chat pun sanggup offline bila terlalu ramai lelaki tegur nak berkenalan. Makna kata market kita tinggi la juga.Tapi kita jaga sebab kita cuma nakkan si dia yang jauh tu. Ye la, dah janji nak kahwin kan?
Maka, kita mula tukar perspektif. Timbul juga pendapat mengatakan,
Setia bercinta hanya bila kita betul-betul sedia nak mendirikan rumahtangga secara sah (kahwin la bahasa ringkasnya, saja nak bunga-bunga).
Sekarang, kau dah sedia nak kahwin? Dah rancang bila dia nak masuk meminang? Dia dah bagitahu mak ayah dia ke belum? Duit simpanan dah cukup nak bayar wang hantaran? Bulan madu kat mana?
Sebab bagi aku, kalau lelaki taknak cakap pasal ni, janganlah nak mengharapkan lebih daripadanya. Cinta kita mungkin suci, murni, unggul, agung apa semua. Tapi sampai bila?
Satu hari nanti kau akan penat dengan penantian yang sia-sia. Dan bila ia terputus, kau lah yang paling kecewa dan terjejas.
Kesetiaan kau dibazirkan. Komitmen kau pada dia selama ini tiada hasil apa-apa selain hati yang pecah berkecai.
Aku bukan suruh kau putuskan hubungan ke apa. Kan tiba-tiba lak ada page Facebook Kami Benci Blogger Minda Tipikal sebab Memusnahkan Impian Indah Kapel sebab awek-awek mintak clash beramai-ramai. Jangan. Tak pasal-pasal aku femes kang.

Point aku di sini, tiada salahnya kau ingin asyik dibuai mimpi janji cinta seperti kata-kata Akim dalam lagu Janji. Tapi biarlah berpada-pada. Sebab kita tak tahu jika kita akan disakiti suatu hari nanti.
Yang bernasib baik akan dirai dengan pernikahan tapi bagi yang tidak? Meroyanlah kau gila bayang. Ye la, sebab banyak mana setianya kau pada dia, dia akan lupa dalam sekelip mata saja dan pergi meninggalkan kau.

Maka dengan itu, mulakanlah langkah untuk setia dengan tahu menentukan hadnya.
Wanita, kau terlalu mudah menyayangi tapi untuk melupakan, adalah sukar sekali. Maka cintailah dia dengan hati kau masih ada ruang untuk mencintai orang lain sehingga dia menjadi suamimu.
Sebab kasih sayang wanita hanyalah untuk suaminya.
Hingga Nabi pun pernah bersabda, "Jika dibenarkan manusia menyembah manusia, aku perintahkan para isteri menyembah suaminya..." (aku bukan serbanistas tapi kalau aku salah, sila tegur)

Lelaki, cubalah menyayangi dan bukalah hati untuk mencintai dia sebenar-benarnya. Sebab jika lelaki tidak memakukan kesetiaan kepada seorang wanita, maka tiadalah perkahwinan yang akan terjadi.
Sebab yang merisik ialah lelaki, yang masuk meminang ialah lelaki.

Ya, di situlah silapnya pemikiran kita. Yang wanita sentiasa lebih menyayangi. Sentiasa lebih setia, sedangkan yang menyambungkan jodoh adalah lelaki.
Maka, wanita, janganlah jadi lemah. Kau punya peluang dan ruang yang lebih dalam hati kau yang bersedia untuk cinta yang lain andai cinta kali ini gagal.
Setia masa berkapel itu perlu dihadkan. (Fahamkan semula maksud setia di sini ialah komited)
Tapi bila sudah diikat, curahkanlah semuanya kepada si dia yang mengikatmu. Jagalah cinta itu sedaya kau ada.
Dan, lelaki, janganlah salah anggap pada aku. Bukan aku maksudkan kau je yang kena setia masa berkapel. Cuma aku nak kau fikir, kalau kau tak sedia nak berkomitmen dengan wanita, maka janganlah kau kata kau cinta padanya. Sebab semua itu hanya bullshitting feeling. Kau tak sedia nak komited tapi kau dah buat dia sayang kau. Hati wanita bukan untuk memuaskan hati kau, tapi untuk kau miliki sebagai pelengkap hati dan hidup kau.

Kau takkan benar-benar mencintai sehingga kau menginginkannya menjadi sebahagian dari kau.
Aku tak berpihak kepada wanita. Aku hanya menterjemah sebahagian dari wanita yang tak pernah lelaki fahami.
Kisah cinta yang paling mengharukan. Dan tak pernah membuat aku lupa adanya cinta yang sebenar.
Ni fairytale aku, bukan Cinderella atau Snow White fantasies.

Monday, June 6, 2011

Magnet Wanita.

Magnet itu adalah simbol tarikan. dalam hal ni, aku nak kupas beberapa perkara yang boleh membuat wanita tertarik dan ini bermakna entri ini ditujukan kepada lelaki.
*memandangkan ada permintaan tips nak tarik perhatian wanita yang dia minat.


1. Perkara yang menimbulkan sifat Penyayang kita.
- Wanita yang penyayang, contohnya aku (haha), cepat tertarik dengan bayi dan haiwan berbulu lebat macam kucing dan arnab. Siapa tak? Bayi sangat suci dan tak bersalah. Semua orang yang normal akan jatuh sayang dengan bayi. Kucing dan arnab pun boleh menimbulkan rasa sayang kita sebab mereka pandai bermanja dan gebu.
*Dalam hal seperti ini, lelaki yang penyayang juga menarik perhatian wanita. Kami sangat terharu jika melihat lelaki yang sukakan bayi dan melayan kerenah kanak-kanak serta pandai bermain dengan kucing.

2. Perkara yang menyerlahkan sifat Ceria kita.
- Wanita adalah spesies yang sangat cepat teruja dan gembira. Ibarat sentiasa dibekalkan hormon endorfin yang boleh stimulasikan otak kita untuk menjadi gembira dan hilangkan stress. Maka untuk kekal gembira, setiap kali wanita kesedihan, hadiah terbaik untuk mereka ialah Coklat.
*Ada sesetengah wanita tidak menggemarinya, kalau anda tak bernasib baik. Tapi oleh sebab wanita jenis yang cepat berubah mood, hadiah coklat itu walau tidak dimakannya, dia akan kembali gembira sebab dia menghargai pemberian itu.


*Berdampingan dengan seseorang yang ceria juga menarik minat wanita. Kami akan sangat menghargai jika lelaki itu juga selalu ceria setiap kali bersama kami. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan kami dalam menjalinkan hubungan memandangkan wanita ialah spesies yang cepat merendah diri bila berada di samping orang lain yang asing baginya.


3. Perkara yang menyerlahkan sifat Feminin kita.
- Feminin itu ialah kewanitaan. Aku percaya walau setomboy mana perangai wanita itu, lama-lama akan terserlah juga kewanitaannya. Maka, apa saja yang menimbulkan sifat kewanitaan adalah satu tarikan kepada wanita.
Tak semestinya kena sentiasa kelihatan pink atau bermekap, berskirt setiap hari. Ia kebanyakannya adalah berkenaan dengan dalaman itu sendiri.
Wanita gemar membuat sesuatu yang membolehkan kami enjoy dengan kewanitaan kami. Contohnya, memasak dan shopping. Lelaki yang sentiasa mendorong wanita untuk memasak sentiasa menarik perhatian wanita kerana itu boleh jadi persamaan yang unik antara jantina berlainan.
Jangan sesekali merendah-rendahkan sifat kewanitaan sebagai satu kelemahan dalam apa jua keadaan. Contohya andai kamu (lelaki) menghadapi masalah, benarkan saja wanita menggunakan kelebihan mereka memberikan pandangan untuk membuat kamu nampak apa yang kamu tak nampak sebelum ini. Intuisi wanita selalunya benar dan tidak salah untuk kamu mendengar kepadanya. Wanita selesa dengan lelaki yang boleh menerima pendapat wanita dan mengambil kira pendapat itu sebagai perkara yang serius.


*Lelaki yang menyokong sifat kewanitaan adalah lelaki yang sedia menerima wanita itu sebagai pasangannya. Mulakan dengan menghadiahkannya blaus atau sapu tangan, dan bisa juga menyatakan hasrat untuk merasa masakannya. Wanita pasti suka.


4. Perkara yang Selesa untuk Dipandang.
- Mana-mana wanita pasti bersetuju dengan kenyataan bahawa kami sukakan sesuatu yang kemas dan bersih. Sebab itu kebanyakan wanita jenis yang kemas dan pentingkan keselesaan dirinya dan orang lain. Kami sangat mengambil kira pandangan orang lain terhadap kami. Sebab itu setiap kali keluar ke mana-mana, pasti 3,4 pakaian akan dicuba untuk tampil sesuai dengan tempat yang ingin dituju. Dan pastinya mengambil masa yang lama untuk bersiap kerana setiap inci penampilan diperiksa agar dirinya selesa dan orang lain juga selesa.
Begitu juga dengan rumah. Mereka mampu mengemaskan rumah dalam masa sepuluh minit jika mereka akan menerima lawatan mengejut daripada rakan-rakan.
Ini juga berkenaan dengan menjaga kecantikan. Maka perkara yang cantikdan presentable adalah disukai wanita. Hadiahkannya minyak wangi ataupun bunga, pasti akan menjadi hadiah yang paling disukai walau berapapun harga.

* Wanita selesa andainya berjalan dengan kamu yang berpakaian kemas dan tampak segar. Tak perlu pakai blazer dan kemeja serta berkasut untuk kelihatan segar. Pandailah bermain dengan warna, takpun pastikan kamu memakai pakaian yang bersih adalah cukup segar di mata wanita. Walau bagaimanapun, wanita pasti akan menghargai usaha kamu untuk bergaya kerana wanita akan merasakan kamu betul-betul bersemangat untuk luangkan masa bersamanya.




So, tiada lagi alasan untuk tak tahu macam mana nak tarik perhatian wanita. Yang penting sebenarnya kamu menjadi diri sendiri. Wanita sebenarnya banyak jenis lagi. Setiap kami unik, seperti juga spesies lelaki. Sentiasa sedia untuk mengenal dirinya, itu yang penting.

Ada orang pernah cakap,
Hubungan yang sebenar adalah bila lelaki sedia menerima pengaruh wanita yang dicintainya ke dalam dirinya, sebab dengan itu lelaki akan berlaku adil dan tidak membuat wanita rasa ditolak..

Maka, buatlah apape pun. Yang penting saling memberi dan menerima antara satu sama lain.
Jangan sampai berakhir dengan menyanyi lagu Grenade oleh Bruno Mars pulak bila kita ada pilihan untuk berakhir dengan menyanyi lagu Marry Me oleh Train.
Happy Ending k!

Sediakan Payung Sebelum Hujan :)

Aku dapat ilham untuk entri ni bila berjaga lewat malam semalam menonton drama laki bini yang bergaduh, kereta rosak di tengah-tengah jalan yang dikelilingi hutan, sesat dalam hutan, sampai dorang baik-baik semula.

Fokus kat sini bukan camana nak baekkan smula anda yang bergaduh dengan pasangan anda. Tapi, camana nak ringankan beban anda yang berkemungkinan tersesat masa travelling.

Jika anda atau pasangan anda mempunyai kereta,
1.  Sentiasa sediakan first aid dalam kereta dengan bekalan yang cukup. Ada bandage, kapas, iodin, gunting, blablabla.
2.  Sentiasa sediakan satu beg untuk baju dan seluar anda serta pakaian dalaman yang tak perlu disebut di sini, khas untuk dijadikan spare kalau ada apapa yang berlaku. Ye lah, kita mana tahu bila keluar dating, tibatiba kena simbah dengan air ikan ke, jatuh dalam longkang ke,..
3.  Satu beg pack yang diletakkan instant food supply. Contohnya, lima paket Nesvita 3 in 1 ke, bar coklat ke, mineral water 500ml ke, apape je la makanan sekarang yang memberikan tenaga dengan kadar segera memandangkan anda mungkin terkandas kat tempat yang takde Drive-Thru Mekdi dan 7-Eleven.
*pastikan makanan tak expired tiap kali anda nak pergi mana-mana yang jauh dari bandar.
4.  Beg juga disediakan ruang untuk letak swiss-knife, lighter, bateri fon yang dah full-charged, kompas (kalau henfon jenis tade GPS) dan apape lagi yang anda rasa tak boleh hidup tanpanya (Kotex supply kena ada sebab serik dengan peristiwa berdarah di atas puncak gunung).

Buat pasangan anda berasa kagum dengan kebijaksanaan anda yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Manalah tahu, kalau tengah bergaduh tu, boleh berbaik semula ke. Kita pun tak tahu apa akan jadi nanti, so bersedialah kita awal-awal untuk sebarang kecemasan.

Sunday, June 5, 2011

Movie Seram? Takut keww...???

Dulu kecik-kecik, selalu takut nak tengok citer hantu. Dibesarkan dengan cerita Atan Gergasi dan Sundel Bolong, aku agak seram nak tidur sorangsorang tanpa adik adik di kiri kanan aku, dan bilik yang wajib ada lampu tidur kaler oren bila nyala. Atan Gergasi bukan seram pun sepatutnya. Kalau korang Google pun, takkan jumpa info pasal ni. Tapi tatahu kenapa jadi mimpi ngeri untuk aku.

Well, itu zaman darjah 2..
Lama-kelamaan, aku hilang rasa seram. Tak tahu kat mana turning pointnye, tibatiba aku semacam berani. Tak tahu bila masa aku dididik bahawa takut itu hanya keada Allah yang Maha Kuasa. Masa tu aku mula belajar di sekolah berasrama rasanya.
Walopun banyak cerita dari member member, orang lama sekolah itu, aku tetap rasa biasa sahaja. Aku yakin pada alam ghaib dan makhluknya, tapi itu bukan sebab untuk aku takut. Tiada yang mustahil dengan kuasa Dia.
Agipun memang tapenah serempak ngan manamana hantu yang diceritakan mereka. Hihi.

Semakin ramai kawan, aku perasan yang kebanyakannya jenis penakut. Pergi tandas kena berteman. Kalau blok takde letrik, lagi la, sanggup tahan kencing. Haha! Pastu pantang, tanak tengok movie seram malam-malam. Lemah semangat kununnye.

Sapesape yang ada simptom penakut macam di atas, meh sini aku sekolahkan kau.
- Kalau tengok movie seram Khurafat ke, Ju-On ke, Karak ke, Momok ke, Tali Pocong Perawan ke, diingatkan di sini hantuhantu itu semua adalah artis yang dimekapkan. Fullstop. Artis + Mekap = Hantu.
Sebab tu aku rasa biasa je bila tonton movie nya. Mindsetting aku da macam tu.

- Kalau nak pergi toilet malam-malam (bagi yang duk asrama), terbayang hantu Pontianak Harum Sundal Malam duk mencangkung bawah sink ke, atas pintu ke, atau terbayang tangan keluar dari mangkuk jamban, maka diwajibkan anda mindsetting awal-awal fikiran yang membahagiakan sebelum melangkah ke toilet. Contohnya dating tadi macamana ke, lawak kumpulan Sepah masa Maharaja Lawak minggu ke6 ke, ataupun macam yang aku selalu yakin, iaitu tiada takut akan sesiapa melainkan kepada Allah. Habis cerita.

Tu je la formula aku. Setakat ni, tade pun lagi cter seram yang betul betul boleh menakutkan aku. Aku gelak lagi ada la, siap komen mekap hantu tak realistik. Takpun manamana babak cliche macam tibatiba ada tangan  la, kaki la, mata la, rambut la, yang berjuntai.. Memang aku bantai gelak je dalam panggung.
Dan ingat, takut itu hanya kepada Allah.

Tambahtambah lagi bila aku belajar silat. Lagi la tak takut da kat hantu-hantu ni. Korang korang yang takut belajar silat tu patutnya ubah mindsetting korang. Semua benda nak takut, patut la Melayu tak maju maju dan ramai kena bunuh, rogol, ragut, ugut, rompak, jadi sampah masyarakat terhormat.

Oke suda melencong. Maka jawapan untuk soalan di atas, movie seram, takut keww??
Jawapannya, TAK POWN!!!
hehe.
Oke, babai!

Friday, June 3, 2011

Perspektif Cinta Tak Kesampaian.

Memang susah nak hadapi hakikat dia tak lagi milik kita. Harapan yang kita bina bersama sejak hari pertama berstatus "in a relationship with .... " dalam Facebook. Janji yang sering diungkapkan setiap kali SMS sebelum tidur. Semua tu lenyap dalam sekelip mata. Macamana nak terima hakikat suatu pagi kita bangun dengan menyedari suatu yang penting, yang pernah jadi sebahagian dari kita TIADA. Gone. Pfff! Hilang. 

Macamana hidup akan jadi macam biasa? Bila setiap hari mendengar suaranya adalah satu kebiasaan.
Macamana diri akan jadi lengkap? Bila kita selalu merasakan kata-kata sayangnya melengkapkan kita.
Dia yang selalu kita inginkan untuk berada di sisi setiap kali kemurungan.
Dia yang selalu menggembirakan setiap kali kita kedukaan.
Dia yang selalu bermain dengan emosi setiap kali kita kekosongan.
Semuanya hilang sekelip mata.
Tiada lagi mesej kata-kata manja. Tiada lagi panggilan manja. Tiada lagi dorongan semangat. Tiada lagi yang ambil peduli andai kita demam. Tiada!

Cinta yang tidak kesampaian. Perasaan yang sangat memenatkan. Walau sejauh mana kau pergi dalam hari-hari yang kau miliki, tanpa dia, semuanya tidak akan sama lagi.
Tapi kenapa semua ni terjadi?
Salah siapa?
Memang benar Dia yang tentukan segala yang terjadi. Tiada jodoh, atau apa lagi jawapan tipikal yang kau fikirkan.
Tapi kenapa?

Pernah terfikir kenapa? Perlukah meletakkan kesalahan pada satu pihak saja? 
Kalau betul kau menghargai si dia, kenapa perlu biarkan si dia sendiri yang menjawab segala kesakitan yang sepatutnya dirasakan bersama? 
Lelaki, kenapa begitu mudah melepaskan? Sedangkan kau yang berjanji mencintainya..
Wanita, kenapa begitu mudah membiarkan? Sedangkan kau yang menginginkannya.

Lelaki..
- Pujuklah si dia. Tunjukkanlah yang kau juga memerlukannya di sisi. 
- Rendahkanlah sedikit ego kau dan dengarkan luahan hatinya. 
- Curahkanlah sedikit keadilan untuknya yang memahami kau setiap masa. Kasih sayang kau yang dia sentiasa nantikan. Masa untuk bersama kau yang si dia terpaksa kongsikan.
- Buktikan kepadanya sejauh mana janji yang kau taburkan dulu kau akan kotakan. Semua ini tidak pernah salah. Wanita sememangnya sering merasa tergugat. Dan ingin dimanjakan.
- Andai dia boleh memahami keperluan dan kepentingan kau, kenapa tidak kau? Give and take. Bukan susah pun. 

Wanita...
- Fahamilah si dia. Komitmennya. Lelaki bukan spesies yang boleh memikirkan wanita kesayangannya dalam masa yang sama mereka memikirkan kerja mereka. Bukan. Mereka spesies yang spesifik dan mementingkan satu hal dalam satu masa.
- Bukan tiap masa si dia akan dapat memenuhi permintaan kau. Lelaki masih terhad dalam menggunakan keupayaan yang mereka ada. Walaupun yang kau minta hanya kasih sayang. Lelaki masih konsider itu sebagai masa yang harus diluangkan. 
- Lelaki tidak akan pernah ada masa untuk menyelami jiwa kompleks yang dimiliki setiap wanita. Berilah mereka masa. Bantu mereka dengan memberi petunjuk tentang apa yang kau mahukan.
- Cintai si dia seadanya. Lelaki mungkin tidak romantik tapi dia setia. Lelaki mungkin tidak mesra tapi dia bersungguh-sungguh. 

Cinta yang tidak kesampaian itu tidak terjadi dengan tiba-tiba. Tidak ada cinta berlaku dengan tiba-tiba. Cinta itu adalah kerana kau dan dia yang menginginkannya. Cinta itu harus selalu disiram agar selalu segar dan bertunas harapan baru. Hilang kasih sayang dan tolak ansur, maka hilanglah cinta.

Cinta itu kulit. Isinya adalah kau dan dia yang saling memahami, saling memerlukan, saling menghargai.
Ia bukan tentang siapa benar, siapa salah. Siapa berkorban, siapa terkorban. Siapa senang, siapa susah.
Ia adalah hubungan dua hala. Bukan wanita je yang kena faham. Bukan lelaki je yang kena terima.

Kalau tidak bersedia menerima si dia seadanya, mungkin itulah punca cinta tak kesampaian. Terima seadanya. Baiknya dia. Buruknya dia. Semuanya. Jangan expect dia akan jadi seperti yang kau nakkan. 
Mungkin dengan itu kau akan sedar kenapa kau mencintai dia. Kenapa dia yang menjadi pilihan hati. Kenapa dia yang kau sedia sayangi.
Jangan katakan kau sayang dia jika kau gagal menerima dia. Sebab kerana itulah cinta kau dan dia tak kesampaian.