*memandangkan ada permintaan tips nak tarik perhatian wanita yang dia minat.
1. Perkara yang menimbulkan sifat Penyayang kita.
- Wanita yang penyayang, contohnya aku (haha), cepat tertarik dengan bayi dan haiwan berbulu lebat macam kucing dan arnab. Siapa tak? Bayi sangat suci dan tak bersalah. Semua orang yang normal akan jatuh sayang dengan bayi. Kucing dan arnab pun boleh menimbulkan rasa sayang kita sebab mereka pandai bermanja dan gebu.
*Dalam hal seperti ini, lelaki yang penyayang juga menarik perhatian wanita. Kami sangat terharu jika melihat lelaki yang sukakan bayi dan melayan kerenah kanak-kanak serta pandai bermain dengan kucing.
2. Perkara yang menyerlahkan sifat Ceria kita.
- Wanita adalah spesies yang sangat cepat teruja dan gembira. Ibarat sentiasa dibekalkan hormon endorfin yang boleh stimulasikan otak kita untuk menjadi gembira dan hilangkan stress. Maka untuk kekal gembira, setiap kali wanita kesedihan, hadiah terbaik untuk mereka ialah Coklat.
*Ada sesetengah wanita tidak menggemarinya, kalau anda tak bernasib baik. Tapi oleh sebab wanita jenis yang cepat berubah mood, hadiah coklat itu walau tidak dimakannya, dia akan kembali gembira sebab dia menghargai pemberian itu.
*Berdampingan dengan seseorang yang ceria juga menarik minat wanita. Kami akan sangat menghargai jika lelaki itu juga selalu ceria setiap kali bersama kami. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan kami dalam menjalinkan hubungan memandangkan wanita ialah spesies yang cepat merendah diri bila berada di samping orang lain yang asing baginya.
3. Perkara yang menyerlahkan sifat Feminin kita.
- Feminin itu ialah kewanitaan. Aku percaya walau setomboy mana perangai wanita itu, lama-lama akan terserlah juga kewanitaannya. Maka, apa saja yang menimbulkan sifat kewanitaan adalah satu tarikan kepada wanita.
Tak semestinya kena sentiasa kelihatan pink atau bermekap, berskirt setiap hari. Ia kebanyakannya adalah berkenaan dengan dalaman itu sendiri.
Wanita gemar membuat sesuatu yang membolehkan kami enjoy dengan kewanitaan kami. Contohnya, memasak dan shopping. Lelaki yang sentiasa mendorong wanita untuk memasak sentiasa menarik perhatian wanita kerana itu boleh jadi persamaan yang unik antara jantina berlainan.
Jangan sesekali merendah-rendahkan sifat kewanitaan sebagai satu kelemahan dalam apa jua keadaan. Contohya andai kamu (lelaki) menghadapi masalah, benarkan saja wanita menggunakan kelebihan mereka memberikan pandangan untuk membuat kamu nampak apa yang kamu tak nampak sebelum ini. Intuisi wanita selalunya benar dan tidak salah untuk kamu mendengar kepadanya. Wanita selesa dengan lelaki yang boleh menerima pendapat wanita dan mengambil kira pendapat itu sebagai perkara yang serius.
*Lelaki yang menyokong sifat kewanitaan adalah lelaki yang sedia menerima wanita itu sebagai pasangannya. Mulakan dengan menghadiahkannya blaus atau sapu tangan, dan bisa juga menyatakan hasrat untuk merasa masakannya. Wanita pasti suka.
4. Perkara yang Selesa untuk Dipandang.
- Mana-mana wanita pasti bersetuju dengan kenyataan bahawa kami sukakan sesuatu yang kemas dan bersih. Sebab itu kebanyakan wanita jenis yang kemas dan pentingkan keselesaan dirinya dan orang lain. Kami sangat mengambil kira pandangan orang lain terhadap kami. Sebab itu setiap kali keluar ke mana-mana, pasti 3,4 pakaian akan dicuba untuk tampil sesuai dengan tempat yang ingin dituju. Dan pastinya mengambil masa yang lama untuk bersiap kerana setiap inci penampilan diperiksa agar dirinya selesa dan orang lain juga selesa.
Begitu juga dengan rumah. Mereka mampu mengemaskan rumah dalam masa sepuluh minit jika mereka akan menerima lawatan mengejut daripada rakan-rakan.
Ini juga berkenaan dengan menjaga kecantikan. Maka perkara yang cantikdan presentable adalah disukai wanita. Hadiahkannya minyak wangi ataupun bunga, pasti akan menjadi hadiah yang paling disukai walau berapapun harga.
* Wanita selesa andainya berjalan dengan kamu yang berpakaian kemas dan tampak segar. Tak perlu pakai blazer dan kemeja serta berkasut untuk kelihatan segar. Pandailah bermain dengan warna, takpun pastikan kamu memakai pakaian yang bersih adalah cukup segar di mata wanita. Walau bagaimanapun, wanita pasti akan menghargai usaha kamu untuk bergaya kerana wanita akan merasakan kamu betul-betul bersemangat untuk luangkan masa bersamanya.
So, tiada lagi alasan untuk tak tahu macam mana nak tarik perhatian wanita. Yang penting sebenarnya kamu menjadi diri sendiri. Wanita sebenarnya banyak jenis lagi. Setiap kami unik, seperti juga spesies lelaki. Sentiasa sedia untuk mengenal dirinya, itu yang penting.
Ada orang pernah cakap,
Hubungan yang sebenar adalah bila lelaki sedia menerima pengaruh wanita yang dicintainya ke dalam dirinya, sebab dengan itu lelaki akan berlaku adil dan tidak membuat wanita rasa ditolak..
Maka, buatlah apape pun. Yang penting saling memberi dan menerima antara satu sama lain.
Jangan sampai berakhir dengan menyanyi lagu Grenade oleh Bruno Mars pulak bila kita ada pilihan untuk berakhir dengan menyanyi lagu Marry Me oleh Train.
Happy Ending k!
No comments:
Post a Comment