kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Friday, June 3, 2011

Perspektif Cinta Tak Kesampaian.

Memang susah nak hadapi hakikat dia tak lagi milik kita. Harapan yang kita bina bersama sejak hari pertama berstatus "in a relationship with .... " dalam Facebook. Janji yang sering diungkapkan setiap kali SMS sebelum tidur. Semua tu lenyap dalam sekelip mata. Macamana nak terima hakikat suatu pagi kita bangun dengan menyedari suatu yang penting, yang pernah jadi sebahagian dari kita TIADA. Gone. Pfff! Hilang. 

Macamana hidup akan jadi macam biasa? Bila setiap hari mendengar suaranya adalah satu kebiasaan.
Macamana diri akan jadi lengkap? Bila kita selalu merasakan kata-kata sayangnya melengkapkan kita.
Dia yang selalu kita inginkan untuk berada di sisi setiap kali kemurungan.
Dia yang selalu menggembirakan setiap kali kita kedukaan.
Dia yang selalu bermain dengan emosi setiap kali kita kekosongan.
Semuanya hilang sekelip mata.
Tiada lagi mesej kata-kata manja. Tiada lagi panggilan manja. Tiada lagi dorongan semangat. Tiada lagi yang ambil peduli andai kita demam. Tiada!

Cinta yang tidak kesampaian. Perasaan yang sangat memenatkan. Walau sejauh mana kau pergi dalam hari-hari yang kau miliki, tanpa dia, semuanya tidak akan sama lagi.
Tapi kenapa semua ni terjadi?
Salah siapa?
Memang benar Dia yang tentukan segala yang terjadi. Tiada jodoh, atau apa lagi jawapan tipikal yang kau fikirkan.
Tapi kenapa?

Pernah terfikir kenapa? Perlukah meletakkan kesalahan pada satu pihak saja? 
Kalau betul kau menghargai si dia, kenapa perlu biarkan si dia sendiri yang menjawab segala kesakitan yang sepatutnya dirasakan bersama? 
Lelaki, kenapa begitu mudah melepaskan? Sedangkan kau yang berjanji mencintainya..
Wanita, kenapa begitu mudah membiarkan? Sedangkan kau yang menginginkannya.

Lelaki..
- Pujuklah si dia. Tunjukkanlah yang kau juga memerlukannya di sisi. 
- Rendahkanlah sedikit ego kau dan dengarkan luahan hatinya. 
- Curahkanlah sedikit keadilan untuknya yang memahami kau setiap masa. Kasih sayang kau yang dia sentiasa nantikan. Masa untuk bersama kau yang si dia terpaksa kongsikan.
- Buktikan kepadanya sejauh mana janji yang kau taburkan dulu kau akan kotakan. Semua ini tidak pernah salah. Wanita sememangnya sering merasa tergugat. Dan ingin dimanjakan.
- Andai dia boleh memahami keperluan dan kepentingan kau, kenapa tidak kau? Give and take. Bukan susah pun. 

Wanita...
- Fahamilah si dia. Komitmennya. Lelaki bukan spesies yang boleh memikirkan wanita kesayangannya dalam masa yang sama mereka memikirkan kerja mereka. Bukan. Mereka spesies yang spesifik dan mementingkan satu hal dalam satu masa.
- Bukan tiap masa si dia akan dapat memenuhi permintaan kau. Lelaki masih terhad dalam menggunakan keupayaan yang mereka ada. Walaupun yang kau minta hanya kasih sayang. Lelaki masih konsider itu sebagai masa yang harus diluangkan. 
- Lelaki tidak akan pernah ada masa untuk menyelami jiwa kompleks yang dimiliki setiap wanita. Berilah mereka masa. Bantu mereka dengan memberi petunjuk tentang apa yang kau mahukan.
- Cintai si dia seadanya. Lelaki mungkin tidak romantik tapi dia setia. Lelaki mungkin tidak mesra tapi dia bersungguh-sungguh. 

Cinta yang tidak kesampaian itu tidak terjadi dengan tiba-tiba. Tidak ada cinta berlaku dengan tiba-tiba. Cinta itu adalah kerana kau dan dia yang menginginkannya. Cinta itu harus selalu disiram agar selalu segar dan bertunas harapan baru. Hilang kasih sayang dan tolak ansur, maka hilanglah cinta.

Cinta itu kulit. Isinya adalah kau dan dia yang saling memahami, saling memerlukan, saling menghargai.
Ia bukan tentang siapa benar, siapa salah. Siapa berkorban, siapa terkorban. Siapa senang, siapa susah.
Ia adalah hubungan dua hala. Bukan wanita je yang kena faham. Bukan lelaki je yang kena terima.

Kalau tidak bersedia menerima si dia seadanya, mungkin itulah punca cinta tak kesampaian. Terima seadanya. Baiknya dia. Buruknya dia. Semuanya. Jangan expect dia akan jadi seperti yang kau nakkan. 
Mungkin dengan itu kau akan sedar kenapa kau mencintai dia. Kenapa dia yang menjadi pilihan hati. Kenapa dia yang kau sedia sayangi.
Jangan katakan kau sayang dia jika kau gagal menerima dia. Sebab kerana itulah cinta kau dan dia tak kesampaian.

No comments: