Makanya, kisah zaman kanak-kanak.
Zaman 90-an, zaman aku kecik-kecik dulu.
Tiap kali tiba cuti sekolah, mesti balik kampung. Masa ni lah zaman kanak-kanak yang sebenar bermula.
Kalau waktu bermain, itu adalah bermakna masa untuk di luar rumah. Petang-petang, sambil diperhati mama dan nenek, kita akan berlari-lari dengan kawan-kawan. Main pondok-pondok. Main kawen-kawen.
Kita slalu jadi bos, kawan-kawan ikut apa kita buat. Bila nak kluar peluh sikit, kita tukar main ting-ting plak, takpun panjat-panjat pokok jambu takpun galah panjang dan bola beracun.
Bila petang dalam kul 5, kita ramai-ramai pergi sungai. Mandi-manda walaupun kita tak reti berenang.
Bila malam pula, mengaji dengan Atuk selepas makan malam.
Esoknya kita main lumba basikal pula lepas balik dari kebun buah dengan atuk dan nenek. Tengahari da rasa berpeluh sikit, mandi dengan pakai bajunya kat luar rumah ramai-ramai, Kau siram aku, aku simbah kau. Pastu, makan saing.
Petang tu, main lompat getah zeropoint pula, kunun tukar selera dari semalam aarr. Lewat sikit, main buaya-buaya. Siapa jadi buaya, kena kejar sampai dapat. Kalau taknak kena kejar ngan ""buaya"', kita kena cari "darat". Hahahaha! Agak-agak ingat lagi tak game tu?
Takpun main baling selipar. Tak tahan tul. Ada je idea nak main permainan apa, sampai buat jadual dengan kawan-kawan. Ye la, ada yang nak main konda-kondi, congkak, memancing, laga biji getah,...
haha! Ingat lagi tak? Aku selalu menang main ni. |
Aku membesar dengan saat yang sangat aktif. Kalau balik rumah, mesti tak duduk diam. Yang ni paling feveret, tabur bedak atas lantai pastu main luncur-luncur kunun macam ice-skating. Habis sebotol bedak Carrie Junior yang mama baru seminggu belikan. Tak cukup dengan tu, masuk bilik, main panjat-panjat katil double-decker. Buat macam pentas nyanyian la, gelanggang gusti la.
Sangat menyeronokkan. Rasa ada hubungan persahabatan yang secara fizikal dan chemical nya. Masa inilah softskills terbentuk.
Kemahiran komunikasi, menjadi leader, sportsmanship, community relation, self confidence dan macam-macam lagi.
Ye la, bila dah bergaul dengan ramai orang, musti ada identiti yang terbentuk. Kita juga cepat berkembang dan matang. Kita cepat belajar. dan yang paling penting, kita ditanam sifat menghargai sahabat.
Zaman sekarang. Sejak alaf 2000... Kita fast-forward ke zaman iPhone, Blackberry mula berkembang.
Adanya pula Broadband dan penggunaan wi-fi yang semakin meluas.
Terkedu aku melihat budak-budak baya kita kecik-kecik dulu, dah ada akaun fesbuk (baca: Facebook). Yang paling tak tahan, kalau zaman kita dulu low profile je, tak pandang material elektronik macam handphone saiz walkie-talkie, apatah lagi mintak Abah belikan komputer. Steady je petang-petang keluar bermain.
Tapi sekarang,...
Yang perempuan, camwhoring, pastu upload gambar berpakaian mengalahkan kita-kita umur 20-an. Macam-macam mimik muka kunun manja dan comel. Semua benda nak ditayang. "Gambar beg skolah Nike saya.." "Gambar pakwe saya, hikhikhik" "Gambar kucing saya" dan macam-macam lagi la.
Status pula tak boleh blah. Asyik-asyik pasal rindu pakwe, takpun bergaduh dengan pakwe, takpun kutuk kawan yang rampas pakwe dia.
sumber : pakcik Google contoh camwhoring yang semakin banyak dalam album adik-adik kita di luar sana. |
Sila belajar rajin-rajin, biar habis SPM dulu pon kalau nak da gatal sangat nak kapel-kapel.
Kenapa tidak kau hidup, berkawan puas-puas dulu dengan semua orang. Jauh lagi perjalanan. Tetapkanlah matlamat hidup tu dulu. Ini tak, memeningkan kepala mak ayah fikir apa lagi nak buat dengan kau supaya kau fokus pada pelajaran dan arah mana kau nak bawa diri kau dalam hidup yang tiada boleh berpatah balik ni.
Aku sebenarnya tak salahkan mereka, adik-adik zaman sekarang ni sebab tak dapat merasa apa yang kita rasa masa kecik-kecik dulu. Jiwa budak-budak sekarang semakin cepat matang tapi tak ada apa-apa di dalamnya. Kosong.
Aku cakap berdasarkan apa yang adik-adik aku ceritakan pada aku. Macamana kawan-kawan mereka. Bergaduh berebutkan lelaki la, melawan cakap ibu ayah la, jadi
Pergi sekolah semata-mata sebab ibu ayah suruh.
Bukan zaman kita dulu tak ada budak-budak macam ni. Cumanya, tak ramai. Kes yang jarang berlaku.
Tu yang aku ungkit kisah zaman kanak-kanak. Macamana kita diperkembangkan melalui apa yang kita lalui. Apa yang kita buat dulu, zaman sekarang dah semakin pupus semua tu. Kita dah tak nampak dah budak-budak main konda-kondi takpun baling selipar atau paling koman, main pondok-pondok. Mungkin kat kampung ada lagi, tapi kat kampung je ke?
Ada beza ke kalau kau lahir kat bandar atau tinggal di kampung?
Makanya, setelah aku kaji, ada la juga yang mungkin menjadi penyumbangnya mereka kurang terdedah dengan komuniti sekeliling.
1. Mak ayah tak biasa bawak pergi mandi kat air terjun atau pantai.
2. Hidup kurang bercampur dengan jiran tetangga. Biasalah tu orang sekarang.
3. Mak ayah kaya, selalu belikan laptop takpun PS3, takyah la main dengan anak-anak jiran da.
4. Sekolah di sekolah berasrama, so bila pulang rumah, takde member terdekat.
5. Duduk di sebuah rumah yang seketul dia je ada kat atas bukit tu.
6. Mak ayah suruh study setiap masa.
7. Lebih suka mengadap internet, chatting dengan member Fesbuk, Myspace, Twitter,.. tak padan dengan umur 13 tahun.
8. Jiran-jiran jenis jaga tepi kain orang, sebab tu mak tak bagi keluar rumah.
9. Astro semakin banyak pakej rancangan. Mustika la, Kartun la, Movie la,.. Menjadikan LCD skrin nipis sebagai Tuhan baru budak-budak. Segala ilmu dari TB dia nak ikut.
Adik-adik aku pun sebenarnya tergolong dalam golongan kanak-kanak zaman sekarang. Mereka jadi mangsa perubahan masa dan teknologi. Tak dapat merasa seperti apa yang aku dah lalui.
Yang bertuahnya, mereka ada aku untuk jaga sosial dan adab mereka. Tapi untuk buat aku join mereka bermain, memang tak la.
Aku pun ada zaman juga yang nak kena lalu. Zaman selepas umur yang dah dibolehkan kawen pula. (Istilah je ni oke!) Ye la, lepas 18 tahun, dah boleh kawen la!
Apapepun, terima kasih Allah kerana bagi aku lahir dulu, dapat merasa zaman kanak-kanak yang sebenar.
No comments:
Post a Comment