Okeh. Cuba perhatikan apa persamaan dua situasi di bawah ye.
Situasi 1 :
Pekerja : Saya dah penat asyik OT, tolong buat kerja orang lain lagi apa semua, Bos patut naikkan gaji saya bulan ni! Mana boleh free-free je!
Bos : Baik, nanti saya naikkan gaji awak bulan ni.
Situasi 2 :
A : Kau rajin lah solat bukan stakat yang fardhu je, yang sunat skali smpai ada tanda da kat dahi tu , puasa sunat agi 3 hari seminggu. Bangga aku jadi kawan kau.
B : Haaa... Ni semua sebab aku nak masuk syurga.. Tak sanggup aku nak bayang seksa neraka. Eeee... Takut! Kau kalau nak masuk syurga gak macam aku, jum la skali!
Apa persamaan kedua-dua situasi di atas?
Baiklah, aku bagitahu.
Situasi 1, pekerja ni memang seorang kuli. Makan gaji. Kerja, kenalah ada upahnya dalam setiap apa yang dia buat. Kalau aku pun aku mintak naik gaji. Penat-penat kerja la katakan.
Tapi situasi 2 ni, berkaitan dengan ibadah yang kita buat. Aku bet ada antara korang yang takut masuk neraka, sebab tu korang solat dengan semangatnya, puasa tak pernah tinggal. Taknak nanti kena seksa dalam kubur, mati nanti masuk neraka lah dan apa lagi propaganda ustaz-ustaz masa korang belajar Pendidikan Islam di sekolah dulu. Cepat, mengaku sekarang! :p
* Wey, ape persamaannya??!!! Cakaplah!
Oke oke. Persamaannya... Bila kau kerja, kau minta gaji dari bos. Dan, bila kau solat puasa apa semua, kau minta masuk syurga dari Tuhan. Aku nak tanya, kita ni sepatutnya jadi hamba Allah atau kuli je?
Tak ke kau rasa semua ibadah yang kau buat selama ni kau harapkan balasan?
Masuk syurga la, nak minum air dari telaga nabi la, berdampingan dengan bidadari la,... Pernah tak kau buat ibadah sunat sebab kau ada terbaca berapa banyak pahala kau boleh dapat?
Contohnya, kalau solat berjemaah, pahalanya 27 kali ganda daripada pahala solat sendirian. Maka sebab itu kau pun dari pagi sampai malam duduk di surau sebab nak solat berjemaah setiap waktu solat.
Kalau ada, maka kau adalah kuli, bukan nak jadi hamba.
Isk, isk, isk... Patutlah kalau kau buat apape kerja, kau mahukan upah atau kebaikan untuk pihak kau. Dengan Tuhan pun kau berkira, apatah lagi dengan manusia.
Tak cukup dengan itu, kau suruh pula orang lain mengerjakan ibadah dengan menyogok mereka tentang balasan pahala dan dosa. Kau Tuhan ke nak tentukan apa balasan seseorang itu?
Bagus da kau membawa mereka ke jalan yang kau rasa benar. Siapa tak suka tengok umat Islam semua solat, puasa, bersedekah apa semua. Aku pun suka. Tapi sila ukur diri sendiri tu, seberapa benarnya niat dalam hati kau tu.
Kalau sampai boleh melahirkan rasa riak dan betapa bagusnya diri kau tu, aku cadangkan supaya lupakan saja niat nak betulkan orang lain ye.
Kita ini diciptakan Allah sememangnya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Tapi, tak lupa juga Allah menciptakan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya.
Maka, apa sebenarnya jalan kehambaan itu?
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah semata-mata kerana Allah.
Bila kau berbuat kebaikan, ia bukan untuk kebaikan kau.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah untuk kebaikan orang lain pada masa hadapannya.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah bukan untuk berbangga diri.
Bila kau berbuat kebaikan, ia adalah menyedarkan kau akan hikmah Allah.
Bila kau berbuat kebaikan, ia membuatkan kau merendah diri.
Bila kau berbuat kebaikan, ia membuatkan kau bergantung hati kepada Allah.
Bila kita merasa diri kita ialah hamba, yang kita inginkan adalah yang terbaik untuk Tuhannya. Apa yang kita persembahkan kepadaNya, ia bukan untuk kebaikan kita. Maka untuk mencapai keredhaanNya, kita berusaha sebaik mungkin tanpa sempat memikirkan apa balasan kebaikan yang akan kita peroleh.
Aku pernah terbaca, Nabi pernah bersabda,
Sebaik-baik manusia ialah manusia yang mendatangkan faedah/kebaikan kepada manusia lain. (sumber sila Google sendiri)
Beringatlah, yang akan ditanya di Akhirat nanti bukan berapa banyak solat yang kau buat, berapa banyak hari kau puasa sunat, tetapi apakah kebaikan yang kau bawa untuk orang lain.
Dosa pahala kau solat ke, puasa ke, minum arak ke, berzina ke, semua kerja Malaikat Raqib Atid yang buat. Bukan masa dah nak tanya di Padang Mahsyar nanti. Sekali bentang je catatan amalan kau tu.
No comments:
Post a Comment