kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Thursday, June 9, 2011

Bila Perlu Untuk Setia?

Setia. Ia adalah sesuatu yang perlukan komitmen. Haha! Kau faham ke bila aku sebut komitmen ni?
Apa yang aku faham, dan aku tanak Google pun untuk tahu maknanya, ia adalah tanggungjawab. So, untuk berkomitmen, kau kena komited. Komited itu adalah sikap bertanggungjawab. Bagi aku lah.
Maka dalam hal yang sebut awal-awal ini iaitu SETIA, kau perlukan sikap bertanggungjawab dulu.

Yes, setia dalam perhubungan la yang aku nak kupas sekarang ni. Aku tahu di luar sana banyak kapel-kapel yang sudah deklarasikan cinta antara satu sama lain. Aku doakan kamu semua moga panjang jodohnya. Bahagia, gembira, ceria selamanya. Tahniah sebab kamu sedia untuk berkomitmen. Komited terhadap pasangan. Sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik dalam hubungan kamu.

Tapi, bila perlu setia? Maksud aku, kenapa perlu serius sedangkan belum tentu dia jodoh kau?
Okey, aku bukan nak menghidupkan api kemusykilan dalam benak fikiran kau. Aku cuma tanya untuk kepastian kepada diri kau sendiri.

Kebanyakan kisah break-up yang sampai ke telinga aku selalunya sebab lelaki tu yang miang, gatal nak mencari skandal berdekatannya untuk bersayang-sayang dengan alasan si aweknya berjauhan dan jarang jumpa. Fuck lah kau. <--- reaksi logik. Maaf atas keterlanjuran bahasa.


Kita mungkin fikir, kenapa payah sangat lelaki nak setia dan senang-senang je usyar lain sedangkan kita yang berada di kejauhan ni sanggup tutup mata setiap kali hot guys lalu depan kita. Chat pun sanggup offline bila terlalu ramai lelaki tegur nak berkenalan. Makna kata market kita tinggi la juga.Tapi kita jaga sebab kita cuma nakkan si dia yang jauh tu. Ye la, dah janji nak kahwin kan?
Maka, kita mula tukar perspektif. Timbul juga pendapat mengatakan,
Setia bercinta hanya bila kita betul-betul sedia nak mendirikan rumahtangga secara sah (kahwin la bahasa ringkasnya, saja nak bunga-bunga).
Sekarang, kau dah sedia nak kahwin? Dah rancang bila dia nak masuk meminang? Dia dah bagitahu mak ayah dia ke belum? Duit simpanan dah cukup nak bayar wang hantaran? Bulan madu kat mana?
Sebab bagi aku, kalau lelaki taknak cakap pasal ni, janganlah nak mengharapkan lebih daripadanya. Cinta kita mungkin suci, murni, unggul, agung apa semua. Tapi sampai bila?
Satu hari nanti kau akan penat dengan penantian yang sia-sia. Dan bila ia terputus, kau lah yang paling kecewa dan terjejas.
Kesetiaan kau dibazirkan. Komitmen kau pada dia selama ini tiada hasil apa-apa selain hati yang pecah berkecai.
Aku bukan suruh kau putuskan hubungan ke apa. Kan tiba-tiba lak ada page Facebook Kami Benci Blogger Minda Tipikal sebab Memusnahkan Impian Indah Kapel sebab awek-awek mintak clash beramai-ramai. Jangan. Tak pasal-pasal aku femes kang.

Point aku di sini, tiada salahnya kau ingin asyik dibuai mimpi janji cinta seperti kata-kata Akim dalam lagu Janji. Tapi biarlah berpada-pada. Sebab kita tak tahu jika kita akan disakiti suatu hari nanti.
Yang bernasib baik akan dirai dengan pernikahan tapi bagi yang tidak? Meroyanlah kau gila bayang. Ye la, sebab banyak mana setianya kau pada dia, dia akan lupa dalam sekelip mata saja dan pergi meninggalkan kau.

Maka dengan itu, mulakanlah langkah untuk setia dengan tahu menentukan hadnya.
Wanita, kau terlalu mudah menyayangi tapi untuk melupakan, adalah sukar sekali. Maka cintailah dia dengan hati kau masih ada ruang untuk mencintai orang lain sehingga dia menjadi suamimu.
Sebab kasih sayang wanita hanyalah untuk suaminya.
Hingga Nabi pun pernah bersabda, "Jika dibenarkan manusia menyembah manusia, aku perintahkan para isteri menyembah suaminya..." (aku bukan serbanistas tapi kalau aku salah, sila tegur)

Lelaki, cubalah menyayangi dan bukalah hati untuk mencintai dia sebenar-benarnya. Sebab jika lelaki tidak memakukan kesetiaan kepada seorang wanita, maka tiadalah perkahwinan yang akan terjadi.
Sebab yang merisik ialah lelaki, yang masuk meminang ialah lelaki.

Ya, di situlah silapnya pemikiran kita. Yang wanita sentiasa lebih menyayangi. Sentiasa lebih setia, sedangkan yang menyambungkan jodoh adalah lelaki.
Maka, wanita, janganlah jadi lemah. Kau punya peluang dan ruang yang lebih dalam hati kau yang bersedia untuk cinta yang lain andai cinta kali ini gagal.
Setia masa berkapel itu perlu dihadkan. (Fahamkan semula maksud setia di sini ialah komited)
Tapi bila sudah diikat, curahkanlah semuanya kepada si dia yang mengikatmu. Jagalah cinta itu sedaya kau ada.
Dan, lelaki, janganlah salah anggap pada aku. Bukan aku maksudkan kau je yang kena setia masa berkapel. Cuma aku nak kau fikir, kalau kau tak sedia nak berkomitmen dengan wanita, maka janganlah kau kata kau cinta padanya. Sebab semua itu hanya bullshitting feeling. Kau tak sedia nak komited tapi kau dah buat dia sayang kau. Hati wanita bukan untuk memuaskan hati kau, tapi untuk kau miliki sebagai pelengkap hati dan hidup kau.

Kau takkan benar-benar mencintai sehingga kau menginginkannya menjadi sebahagian dari kau.
Aku tak berpihak kepada wanita. Aku hanya menterjemah sebahagian dari wanita yang tak pernah lelaki fahami.
Kisah cinta yang paling mengharukan. Dan tak pernah membuat aku lupa adanya cinta yang sebenar.
Ni fairytale aku, bukan Cinderella atau Snow White fantasies.

No comments: