kita boleh cerita tentang banyak benda.

PERHATIAN : Penulisan aku ini menunjukkan bahawa aku
-Bukan serbanistas tipikal
-Bukan Melayu tipikal
-Bukan manusia tipikal
-Bukan orang politik tipikal
-Bukan wanita tipikal
-BUKAN seorang KOPIPES

Maka,
SIAPA MAKAN CILI, DIA RASALAH PEDASNYA (:

Friday, July 29, 2011

Aku Adalah Jenis Kawan Yang...

Tak suka orang lain nampak aku baik.

Yup. Maka jangan harap aku akan sedapkan hati kau kalau aku rasa kau salah.

Jangan harap aku akan dekat dengan kau bila kau berada di sekeliling kawan-kawan kau yang lain.

Jangan paksa aku masuk dengan geng kau kalau aku pilih untuk keluar.

Jangan harap aku akan tinggalkan geng aku untuk masuk geng kau.

Sebab,
Aku tak suka kau nampak aku sama macam orang lain.
Aku ada troll yang tak suka hal yang tipikal.

Aku suka kau cari aku bila orang lain tak boleh tolong kau.

Aku suka dalam ramai-ramai, kau perlukan pendapat aku.

Yup.
Aku tak suka sama macam orang lain.

*****
Terpulang pada kau nak nilai aku macamana.


Monday, July 25, 2011

Kelab Anti Perempuan. Ada Aku Kesah???

Kali ni entri aku berbaur troll sedikit memandangkan target reader kalini adalah lelaki yang suka trolling kaum Hawa.
Apakah troll? Sile Google tapi aku boleh bagi satu perkataan seerti iaitu, PROVOKE.
Akulah Troll ini.


Lelaki yang selokkk sangat nak fuck anti pompuan, buat page "Kami Benci Playgirl" @#&%*$wtf apesume, meh sini aku nak sekolahkan kau...
Ya, dah banyak virus sebegini kian menjangkiti anak muda berjantina lelaki zaman sekarang.





1. Sebab mereka ni LOSER. hahahahahaha!
Memang loser sebab kalau dioarang tak pernah failed bercinta takpun selalu dapat girl yang dia minat, dia TAKKAN jadi macam ni. Maka, secara asasnya, diorang adalah dari golongan yang LOSER. Failed bercinta dan tak pernah memenangi hati mana-mana wanita, even anak dara Tok Penghulu kampung dia tinggal. 
Dia ni juga disyaki seorang Sameon, yang tak pernah dapat jadi pengantin lelaki masa main kawen-kawen zaman kanak-kanak dulu. Ini kerana budak-budak perempuan semua nak "kawen" dengan kawan dia seorang Syafiq, seorang yang jauh lebih hensem.

Tahap loser nya ini berterusan sehingga dia di bangku sekolah yang sering surat cintanya dikoyak depan-depan muka dia oleh girl yang dia minat. Mungkin juga kebetulan dia kaya maka girl hanya keluar dating dengan dia sebab dia hadiahkan girl tu henfon 3310 yang terhangat di pasaran.
Dan pada zaman Fesbuk dan iPhone yang gemilang inipun, terang-terang awek dia banyak letak gambar lepak dengan  geng lelakinya berbanding gambar mereka dating setiap minggu di Pavilion takpun Genting Highlands.
 2. Sebab mereka ni KURANG kasih sayang MAK.
Okey, sedih sangat sebab yang ini. Siapapun tak diminta kehilangan ibu. Haiwan pun memerlukan ibu, apatah lagi manusia, ye dakkk?
Tetapi, ini bukan sebab untuk kau jadi seorang yang fuck meng-Sial-kan semua perempuan tanpa sebab. Kitorang boleh je nak sial-kan kau balik tapi dah lumrah kami ni kaum yang lemah-lembut dan baik hati, kami doakan korang kaum yang fuck anti perempuan ni semoga dikurniakan kasih sayang sebanyak mungkin agar tidak lagi menyibukkan diri korang membenci perempuan.
Woi, golongan yang anti perempuan! Meh sini aku nak cakap. Ada aku kesah kau nak fuck benci semua perempuan? Kau memang seorang yang menyedihkan, kekurangan kasih sayang mak kau. Mak kau tak sayang kau, ada kena mengena dengan semua perempuan lain ke? Aku rasa tak. Aku bukan nak kutuk mak kau. Aku tabik dia! Sebab dia memang tak perlu pun nak sayang kau. Baik dia sayang orang lain yang lebih waras akal dia. Bukan saiko macam kau.
Walau bagaimanapun, tahu-tahu je lah aku ni sebenarnya sejenis alter ego milik seorang perempuan yang baik hati. Maka dengan itu, aku takkan kesiankan kau. Kau tak dapat kasih sayang mak kau, kau punya pasal la. Bila kau dah masuk kelab anti perempuan, kau bukan buktikan apape selain kau memang MENYEDIHKAN. Pathetic, bak kata omputih.


3. Mereka golongan yang kawan/sedara punya awek curang.

Hak alaaaa... Tu kawan kau punya kes. Tu sedara kau punya kes. Yang kau sebok plak nak melenting jadi admin kelab anti perempuan apesal? Kau sakit ea? Awek tu curang ada kena mengena dengan hidup kau ke? 
Mana tahu nanti kau dapat awek sangat setia, cinta kau gila babi sangat-sangat ke, kan? Tak payah lah terus nak JUDGE semua perempuan sama je kaki kencing jantan curang dan tak pandai nak setia. Lainlah kau dari keluarga yang mak ayahnya bercerai sebab mak kau lari dengan lelaki lain. Yang tu aku taknak campur aaa.. Lantak kau lah nak mind setting jadi gila gitu. 
 *****
FYI ya lelaki sebegini. Anda memang sangat menyedihkan, anyhow aku tak pernah kesian pun kat kau!
Kau memang jenis yang suka menyalahkan orang lain, 
suka cari kesalahan orang lain,
suka orang buat salah supaya kau boleh buat bahan.
Kau memang LOSER. Deal with it.
Kau nak jadi anti perempuan, ikot suka kau la. Ada aku kesah? But please, DON'T MESS with my GIRLfriends! Aku akan troll kau sampai kau dah give up untuk hidup nanti.
Hahahaha!

Top 5 Kemahiran Kena Ada Sebelum Kahwin.

Gyahahahaha! Siapakah aku untuk menulis entri sebegini. Eleh, macam aku kata, aku tulis bukan semata-mata dari pemikiran aku. Sumber aku banyak. Selain Google, aku ada orang lain untuk berkongsi ilmu.

Ni, Kemahiran yang kita kena ada sebelum kahwin. Aku rasa ramai yang tahu. Adalah patut ada sebab nanti tak adalah loser sangat kita sebagai bakala suami/isteri nanti. Aku pun di samping tulis ni, boleh ingatkan untuk diri aku sekali.
maka tanpa membuang masa, may i present u....

1. MASAk...


Perkara paling asas dalam hidup berkeluarga. Ya! Masak! Cuba bayang kau seorang mak tapi tak boleh hidang makanan untuk anak. KAu seorang isteri tapi tak boleh kenyangkan suami yang balik kerja penat-penat.
Masak. Bukan susah pun. Tak pandai sekarang? Belajarlah. Sumber banyak. Youtube ada, TV ada. Mak ada, kakak ada, jiran ada, nenek ada. Mintaklah tolong dari mereka. Mesti ada jalan kalau kau nak belajar. Kenalah usaha. Mula-mula memang la payah.
Kena pandai masak kalau nak pikat hati mentua, pikat hati suami. Agak-agak kes suami skandal dengan orang gaji sebab apa kalau bukan si suami terpikat oleh kerana hari-hari duk makan hasil air tangan orang gaji.
Masak ni banyak faedahnya. Boleh jimatkan wang, boleh pelbagaikan makanan, boleh ikut selera kau, boleh buat keluarga gembira, boleh buat bisnes kalau kau nak.
Makanya, mulakan dengan mahirkan memasak dulu ya!
*Ya, lelaki pun kena la tahu sikit-sikit sal memasak ni sebab kalau isteri sakit nanti, siapa nak masakkan bubur ke, sup ayam ke bagi isteri? Takkan nak beli Bubur Mekdi je selalu. huhu.

2. Mengemas dan susun atur rumah


Bayangkan aku kahwin pastu tak tahu macamana nak kemas rumah. Dapur biar berkulat, bilik air biar berlumut, bilik tidur biar berkongsi dengan tikus. Huish, boleh lari laki aku esok lusa nanti. Taknak taknak! Makanya adalah wajib kemahiran ni dikuasai.
Ye la, penting tahu tak. kena tahu susun perabot biar teratur dan konsisten. Selesa sikit nak beromen berehat bila penat, selesa sikit kaki memijak, dan bila mentua datang melawat, takdelah segan sangat. Boleh tunjuk tak sia-sia anak dia kahwin dengan kau.
Kalau otak kreatif lagi best. Boleh hias rumah sendiri tanpa perlu upah interior designer. Boleh ikut mood. Agak-agak kau pula boleh buat bisnes hias rumah. Haaa, mane lah tahu kan.


3. Menjahit.


Sukanya kalau pandai menjahit. Senang je hidup rasa-rasa. Boleh jahitkan baju raya untuk suami, untuk mentua, untuk mak ayah. Boleh jahitkan langsir rumah, alas meja. Buat isi masa lapang. At least sarung sofa boleh la berganti. Baju suami yang koyak tak perlu hantar kedai, kita boleh jahitkan.
Dah tua nanti ala-ala nak pencen, boleh ambil upah menjahit. Buat side income. Haaa.. kan tak rugi tu belajar menjahit muda-muda dulu.
( Aku tulis entri ini adalah masa aku sedang menganggur, semua benda nak dibuat bisnes )
Anyway, basic skill yang ni tak ramai mahir. Aku pun ala kadar je. Tapi belum terlambat untuk belajar. Ada asas pun kira okey lah.
Cepat cepat! mahirkan diri anda! Ya, walaupun anda lelaki.

4. Membaiki kereta


Kau tengok kereta kau. Rasa-rasa kau tahu tak macamana nak baiki kalau dia rosak? Takkan nanti nak tunggu pomen datang j setiap kali kereta buat hal? Memang lah kemungkinan perlukan sparepart tapi at least kau tahu apa yang tak kena. Takde la nanti kena kencing tipu dengan pomen.
Aku tengok mama aku, beliau macam pakar je bab kereta, tahu je apa yang tak kena. Rupa-rupanya beliau belajar dengan Abah. Abah dulu mekanik. So sweet. At least, boleh tambah satu topik bila berbual. Takde lah blur sangat kalau laki kau cerita pasal overhaul, kau buat muke selenge sebab tak tahu apapa.
Maka belum terlambat nak belajar skil ni. Kenal part-part kereta pun dah okey. Takpun motor. Mana-mana ajelah. Lagi bonus kalau kau tahu tukar tayar kereta. Haaa....
Yang lelaki, adalah sangat macho jika kau boleh mahir part ni. Sangat tak kacak la kalau kau tak tahu apapa pasal kereta kau. Takkan reti bawak je kut, kan? Kalau aku pun kagum if suami aku pandai baiki kereta.
Macam abah, skuter yang sudah 3tahun tersadai hidup segan mati tak mahu, beliau boleh pulihkan semula. Beliau memang superdad la bagi aku! Aku tak tahu apa yang abah aku tak tahu.
Korang taknak ke isteri dan anak korang nanti kagum dengan korang? Kata ego, takkan la taknak. Hehe. Macam biasa, mana tau nanti boleh bukak workshop ke, kan? Buat side income. Haha.

5. Bersosial.
even ikan paus pun pandai bersosial. :)


haa, jangan fikir bukan-bukan. Bersosial ni maksudnya bercampur dengan orang tak kira lapisan umur. Pergi mana-mana kita pasti akan berjumpa dengan orang. Samada keluarga dia, jiran dia, kawan-kawan dia. Kau kena sentiasa bersedia. Cari bahan nak borak. Kaji macamana nak masuk dengan orang. Jadi fleksibel. Berkenalan dengan orang adalah tak merugikan pun. Tak kira apa peringkat umur mereka.
Nanti tak adalah orang akan berburuk sangka pada kau. Tak adalah orang tuduh kau sombong. Bukan sebab nak tunjuk baik depan orang, tak.. Tapi kita ada budi bahasa. Taknak rapat pun dengan berhemah.
Sebab sesiapa yang kau jumpa, nanti kau akan end up minta tolong mereka juga. Kita bukan nak hidup sorang-sorang.
So, bagi yang jenis pendiam, cuba-cubalah berkawan. Mulakan dengan tegur dan senyum.

*****

Dah ada 5 asas kemahiran di atas? Maka kau dah sedia nak masuk ke peringkat seterusnya, kahwin. Bila-bila masa la kau nak. Asalkan ada duit je. Ke tak? Hahaha! Aku pun tak kahwin lagi, maka aku pun tak tahu. Tapi bagi yang dah bersedia, semoga anda bahagia. Dan ingatlah, be creative! Berusaha untuk tambah market diri kau. Ni tak. Wang hantaran nak RM 10k, tapi tak pandai masak. Boooooo!

Saturday, July 23, 2011

Bangkit Berani Mempertahankan Hak.

Haha! Bunyi macam politikal kan tajuk ni? Hak apa sebenarnya aku nak cakap?
Kalau ikutkan zaman skarang ni di Malaysia, semua orang duk sebok mencanang hak mereka sebagai rakyat la, ape la.. Kunun nak perjuangkan bangsa masing-masing, semua nak jadi wakil memperjuangkan kepentingan politik dan ekonomi rakyat. Besar kata semua bercakap macam dialah yang patut berada di kerusi Perdana Menteri atau paling cikai, Wakil Rakyat.
Hell yeah~ Memang bagus, ada cita-cita nak membela nasib bangsa, nasib negara apa semua. Aku pun tak nak komen apape pasal apa lancau perhimpunan kau nak join dalam misi murni kau tu.

Aku di sini nak cakap juga pasal hak. Hak yang mungkin tak ramai sedar kepentingan untuk menjaganya.
Hak ke atas diri sendiri. Hak ke atas harta yang kau miliki.
Tak faham?

Aku sebenarnya sudah banyak kali bercakap pasal ni dan hampir dua jam bagi ceramah pasal kepentingan kita menjaga diri. Pernah tertanya-tanya tak,
"Mungkinkah suatu hari nanti aku yang akan jadi berita di dada akhbar sebagai mangsa rogol/bunuh/culik/raba dan ketika itu ibu/ayah/kakak/abang/adik yang menangis mengenangkan nasib yang menimpa aku?"
Bayangkan kau tiba-tiba diserang, apakah kau akan biarkan saja keselamatan diri kau diceroboh?
Mungkin kau tak rasa terancam sebab :
1. Kau seorang yang baik dan tiada musuh.
2. Bagi Girls, kau ada boyfie/hubby untuk jaga kau setiap masa. 
3. Perumahan kau ada sistem sekuriti.
4. Kau dah ada pepper spray dalam beg tangan setiap masa.
5. Who would be stupid enough to be somewhere alone?
6. Orang Malaysia ni semua baik hati oke. 
No no no.. Tak semudah tu ya adik kakak abang-abang semua.
Kalau yang di atas tu adalah alasan kau, maka kau adalah bangang seorang yang sepanjang hidupnya terperap dalam rumah, berada di bawah ketiak mak dan tak pernah keluar untuk mengenal erti hidup.
 Sebab apa?
 1. Kepala hangguk kau la baik dan takde musuh. Habis kau ingat mangsa-mangsa kena rogol dan bunuh macam budak umur 5, 6 tahun tu jahat ke? Ramai sangat ke musuh dorang? TAK. Dorang adalah mangsa yang tak pernah menganiaya sesiapa tetapi ada jugak orang gila saiko yang sangat kejam sanggup rogol dan bunuh mereka. Tak perlu aku mention nama-nama mangsa di sini. Kau Google la kalau da bebal sangat tak pernah dengar kes budak kecik mati kena rogol dan bunuh.
2. Ada hubby/boyfie untuk jaga korang ea? Setiap masa ke dorang nak berkepit dengan korang? Bullshit Berangan laa. Kau nak masuk toilet shopping mall, boleh heret hubby/boyfie masuk sekali ke? Yang ada hubby, hubby kau takde kena keluar rumah pergi kerja ke? Lainlah law hubby kau tu surirumah. Akan ada masanya kau akan keseorangan juga. Maka jangan nak harapkan mereka untuk jaga kau. Even ada kes suami sanggup bunuh isteri sebab nak kahwin wanita simpanan dia kut.. Sila Google kalau tak percaya cakap aku.
3. Pakgad perumahan kau tu manusia, ada ketika dia kena pergi toilet. Takpun bila dia pergi meronda, satu perumahan tu besar. Rumah kau kat hujung dah kena pecah, pakgad tak sampai-sampai lagi nak tolong kau.
4. Kau dah kena tikam, tak sempat dah nak keluarkan pepperspray dalam beg kau yang besar dan bersepah barang mekap tu.
5. If u go to pee with someone inside the same toilet with u, then u can ask me this question.
6. Hahaha! Siot ahh siapa-siapa yang fikiran positif camni sekali. Kau memang seorang yang baru keluar nak kenal dunia lah.. Tak pernah dengar berita, tak pernah ada akaun Fesbuk, tak pernah tengok Youtube.
Allah takkan memberi kepada mereka yang tidak berusaha mendapatkannya. Kau nak diri kau selamat tapi  kau tak usaha nak jaga diri supaya selamat. Supaya kau boleh mempertahankan diri jika diserang.
Yang kau buat hanya doa. Aku syak kau golongan serbanistas yang bergantung kepada apa  fadilat kau dapat jika buat sesuatu ibadah.
Aku pernah buat sesuatu sebab aku nakkan fadilatnya. Contohnya baca Kursi selepas solat, Allah akan pelihara kita dari bahaya. Haha!
Dasar serbanistas yang telah mengeksploitasi minda pelajar sekolah berasrama macam aku. Time solat pun nak paksa orang pergi surau sekolah. Paksa. Tak pergi, kena denda.
Apapepun, berbalik kepada keselamatan diri tadi.
Allah akan makbulkan doa kita, tapi sebelum tu kita kenalah USAHA.

Ingat lagi formula nak berjaya dalam SPM? Usaha + Doa + Tawakkal = InsyaAllah berjaya.
Formula ni bukan untuk SPM je. Segala urusan dalam kehidupan kau, itulah formulanya.
Kau usaha nak jaga diri, kau mintak dengan Tuhan supaya bagi kau selamat, kau tawakkal walau di mana kau berada, insyaAllah Tuhan pelihara.
Faham maksud aku?

So, macam mana nak usaha jaga diri ni?
Senang. kau belajarlah ilmu jaga diri. Kau nak belajar silat ke, tae kwon do ke, capoiera ke, tomoi siam ke, TTS ke, belajarlah. Asalkan kau ada usaha. Jangan asyik tunggu orang nak selamatkan kau. Kau bukan dalam kisah dongeng Cinderella atau Red Riding Hood.

Kalau kau tak sayang nyawa kau, jasad kau, kau pandang muka Mak Ayah kau, kau bayangkan macamana kau buat dorang berendam air mata menangisi kepergian kau akibat kena bunuh. Kau bayangkan mereka kecewa akibat kau dirogol.

Kalau kau tak sayang nyawa dan jasad kau, kau bayang muka Mak Ayah kau bila kau tak mampu nak lindungi mereka dan rumah korang bila rumah dipecah masuk. Kau sebagai anak lelaki tapi tak mampu nak jaga mereka, tak mampu nak pertahankan rumah korang. kau bayangkan perompak menetak Ayah kau depan-depan, merogol isteri kau depan-depan. Masa tu, kaulah sedayus-dayus manusia. Dan manusia yang dayus dibenci Allah.

Kau bayangkan kau mati kerana menjadi mangsa ragut. Ragut. yang pernah mengambil nyawa seorang ibu yang sedang mengandung. Kau bayangkan kaulah si ibu itu. Betapa sedihnya suami kau sebab tak dapat lindungi kau. Kau nak hidup dia diselubungi kekesalan sampai jadi gila?

Maka, fikirkanlah.
Tak salah kau luangkan masa belajar ilmu menjaga diri. Belajarlah, sebagai usaha kau. Surah an-Anfaal, ayat 60 pun dah menyatakan kewajipan kita menjaga diri. Jika kau rasa kau seorang yang patuh pada agama, buktikan kau terima apa yang telah disyariatkan kepada kita.

Aku? Aku masih lagi sedang belajar. Setiap peluang yang ada, aku takkan sia-siakan. Ilmu yang paling berharga. At least sekarang aku merasa lebih berani. Berani mempertahankan hak aku andai diceroboh. Sentiasa bersedia mempertahankan keselamatan keluarga aku. Menjaga amanah ibu dan bapa iaitu jasad aku. Menjaga amanah Tuhan iaitu roh aku.

Dan, bagi orang Melayu, aku syorkan pilihlah silat Melayu yang asli. Yang tidak bercampur hak luar negeri. Yang bebas dari unsur tahyul dan khurafat. Sebab seni ini lahir atas dasar budaya, dan silat adalah budaya orang Melayu. Dan Melayu sejati adalah Islam abadi. (Tak percaya? Agak-agak kenapa yoga diharamkan?)

"Wajib menjaga diri sendiri, menerima amanah Tuhan Rabbi..." - Ust. Hanafi Hj. Ahmad

Wednesday, July 20, 2011

Sedetik dari Pemilik Alter Ego.

Aku tak yakin korang akan baca entri ni sebab ia adalah tentang penulis blog ni.

Aku bermula dengan agak slow sebab aku tak pasti lagi adakah aku perlu menulis blog pada awalnya. Setelah tamat diploma dengan jayanya pada masa yang tepat, aku mula semakin aktif mencurahkan idea aku. Mungkin kerana jarangnya aku kongsi pendapat sebab jauh dengan tamadun persahabatan secara fizikal. Aku jarang pandai borak melalui henfon walaupun henfon tu paling mahal abah pernah hadiahkan pada aku.

Siapa Alter Ego? Ia adalah satu karakter yang ada dalam diri aku yang jarang aku tonjolkan. Alter ego tidak bernama ini adalah bahagian dari diri aku yang suka menulis walau apa jua idea. Ia kadang-kadang muncul dalam post Fesbuk aku. Bila ada post aku kedengaran seperti berfalsafah, itulah alter ego aku.
Ia ada prinsip.
Salah satunya ialah tidak menjadi seperti kebanyakan orang tapi dalam cara yang boleh disenangi ramai, dalam masa yang sama butthurting mencucuk sesetengah pihak dengan niat menyedarkan mereka andai mereka terlupa.
sometimes alter ego is called the dark side of u, or can be the bright side. U decide.

Konsep awal alter ego aku ni suka menyentuh hal wanita dan lelaki. Ini kerana sepanjang hidup aku, ada bahagian dalam diri aku yang suka pendam dan ragu-ragu untuk meluahkan pendapat. Maka alter ego aku ini membantu bahagian aku yang itu mengeksperesikan pendapat tanpa perlu rasa bersalah sebab ini adalah alter ego yang kurang peduli apa orang nak kata.

Semua orang ada alter ego? Pernah tak rasa kau luar dari kebiasaan perwatakan kau? Itulah alter ego kau.

Mempunyai alter ego sebegini membuat aku rasa lega. At least ada cara untuk aku menyalurkan pendapat aku secara terkawal. Sebab aku adalah seorang yang berterus terang dan tak ramai yang gemar akan hakikat itu.
Okey, enough pasal alter ego aku.

Apa yang aku nak dari blog ini adalah ia dapat memberi korang semua satu bacaan yang buat korang berfikir. Maka aku start dengan hal paling dekat dengan kehidupan kita.

Cinta, walaupun aku bukan expert tapi aku dah lalu bermacam kisah even bukan kisah aku sendiri. Aku belajar banyak perkara. Mungkin. Aku bukan jiwang sangat sebenarnya tapi faham-fahamlah bila menulis, kadang-kadang bagi korang feeling tu perlu juga sebenarnya. 
Ibu Bapa, siapa patut korang sayang lebih dari mereka ni? Aku tak boleh bayang korang-korang yang sedang sibuk bercinta boleh sayang pakwe/awek korang lebih dari mereka. Maka adalah perlu untuk aku mengingatkan kepada korang bila korang lupa sal ibu bapa nih.
Lelaki. Spesies yang majoriti kawan aku. Aku kene admit walaupun aku banyak kawan lelaki tetapi aku taknak bias dan akan tetap memberikan pandangan sebagai seorang perempuan yang sepatutnya. Maka, get ready to hear what I wanna say.
Wanita. Bila "komplen" pasal wanita, itu sebenarnya secara tak langsung membantu aku mengingatkan aku andai aku tersilap. Kita bukan perfect. Maka terimalah bahawa hidup ini kita perlu saling ingat-mengingatkan.
 Hakikat. Yup, kenyataan yang sering mengingatkan aku fantasi itu memang indah tapi kita ini hidup dalam hakikat. Aku cuba perluaskan skop ini dengan menulis tentang hal yang berlaku walau sekali je dalam hidup kita. Maybe bukan tentang hidup aku tapi lebih kepada pengalaman tentang hidup sesiapa sahaja yang wajar dijadikan pengajaran sesama kita.
Aku suka berterus-terang tetapi kali ni biarlah alter ego aku yang lakukan. Sebab diri aku yang sebenar masih lagi seorang yang periang yang tak kesah apa jua hal yang orang lain buat sebab aku tak suke judge orang dan buat aku rasa diri aku bagus. No. Aku kadang-kadang tak setabah alter ego aku. Tak sepositif alter ego aku.

Anyway, moving on. Blog ini juga aku akan tampilkan beberapa segmen seperti carta Top 5 dan Tips Untuk Berani Dalam.....
Yup, aku pilih nak bagi tips untuk jadi berani. Ye lah, hakikat dalam kehidupan ini, ada saja hal yang kita tak berani nak buat. Contohnya dressing up ke, cuba bawak motor ke, get into social life ke, apa sahaja. Aku dah start secara tak sengaja dengan tips untuk tak takut hantu. Lepas ni mungkin akan lebih tersusun.

Oke, enough chat! Ciao~

Top 5 TV Series Yang Tak Rugi Masa Kau Menontonnya.

Aku suka spend kebanyakan masa aku di depan skrin samada laptop ataupun tb lcd yang sangat memuaskan hati. Selepas hampir 3 tahun aku lupa kegunaan TV kerana sibuk dengan student life aku, aku sangat menghargai masa aku dengan menonton drama TV yang berkualiti. Yup, aku bersumpah takkan habiskan masa dengan menonton apa saja berkaitan dengan media Indon. Aku repeat(baca:Ulang) MenontoN, bukan dengar lagu. Lagu Indon ada pengecualian di sini.

Oke, berbalik semula kepada TV. Di sini, terima kasih kepada abah yang melanggan channel 711, Star World, aku sangat ingin terus melekat di atas sofa bentuk L yang diletak depan TV kami dan menonton tanpa henti. Seriusly, kalau nak spend time untuk TV, korang patut konsider channel nihh. Bagi aku la.

Setelah membuat perkiraan, dengan ini aku present sebagai pembukaan projek Carta Top 5 aku, Drama TV yang Perlu Korang Tonton.

1. Raising Hope


Oke, bayangkan. Kau seorang remaja yang baru nak kenal cinta terserempak dengan seorang gadis dan terus make love walaupun tiada rasa cinta (Oke ini tidak digalakkan bagi masyarakat Melayu) lalu dapat tahu gadis tu pembunuh bersiri yang membunuh semua lelaki yang ditidurinya. 9 bulan dan 10 hari dipenjarakan sebelum terima hukuman kerusi kejutan elektrik, gadis tu tulis surat pada kau mengatakan dia mengandung anak korang. Inilah yang terjadi dalam episod pertama.

Basically the whole idea (ececece speaking lak) adalah tentang Jimmy, bapa muda yang ingin membesarkan bayinya dengan penuh tanggungjawab dengan bantuan kedua-dua ibu bapanya yang pada awalnya menyarankan dia meletakkan Baby Hope di rumah anak-anak yatim.

Anda akan sangat gembira dengan setiap episod sebab keluarga Jimmy yang sangat rare. Ibu Jimmy, Virginia, yang sangat gila-gila, bapanya, Burt, yang masih kacak dan sangat membantu apa saja idea Virginia, serta Maw Maw iaitu moyang Jimmy yang boleh berubah karakter bila-bila masa kerana semakin nyanyuk.

Setiap episod memberi moral yang sangat indah tentang kepentingan sebuah keluarga di sebalik setiap watak yang tidak pernah dibayangkan boleh wujud, gila-gila tapi bahagia. Bukan tipikal keluarga yang sering ditunujkkan oleh drama Melayu (oke, no offense.) Sangat real dan kadang-kadang kau rasa nak berada di kalangan mereka. Lebih-lebih lagi bila Baby Hope muncul sebab baby itu sangat comel!

2. Masterchef, Hell's Kitchen


Rancangan masakan yang berkonsepkan pertandingan realiti. Aku sangat suka rancangan sebegini yang tak memerlukan undian penonton untuk mereka berjaya, sebaliknya dengan usaha mereka sendiri. Walaupun konsep kedua-dua rancangan ini agak lain tapi it's all about food.

Setiap kali rancangan, aku sangat teruja sebab obviously ada peserta lelaki yang mana mereka boleh memasak dengan sangat hebat dan masih kelihatan kacak. Aku suka realitinya lelaki boleh memasak lebih baik dari wanita sebab itu akan membuatkan aku yakin memasak bukan kerja wanita sahaja. Masterchef terutamanya menampilkan peserta yang perlu struggle dan jadi kreatif dengan masakan.

Sumpah korang takkan bosan (kalau korang spesies suka memasak macam aku dan sukakan seni makanan) sebab rancangan ni boleh buat korang rasa memasak ini sebenarnya sangat mencabar. Dalam dunia rancangan ni, tukang masak adalah sangat dihargai.
Well, aku memang selalu menghargai mereka yang memasak even kau masak nasi je pun sebab at least kau cuba untuk mahirkan diri dengan kemahiran yang boleh membantu hidup kau. Hello, makanan kan keperluan asas mende hidup. Maka berbanggalah jika anda boleh memasak.

3. According To Jim



Ia adalah mengenai Jim, seorang suami dan bapa yang sangat ego dan selalu nak menang di awal episod dan akhirnya harus mengaku dia salah pada akhirnya. Setiap kali. Sebab dia sangat tak suka kalah dengan wanita terutama isterinya, Cheryl.
Kawan baik Jim ialah adik Cheryl, iaitu Andy, yang boleh dikatakan side kick dalam menjayakan apa jua rancangan Jim untuk tidak akur pada Cheryl.

Ada satu episod paling aku tak boleh bla adalah bila Jim sangat fed up dengan hadiah apa dia perlu bagi pada Cheryl sempena birthday isterinya. Dengan cadangan Andy, Jim belikan Cheryl rantai dengan harga murah dan end up dapat tahu rantai tu milik seorang nenek yang dah lama mati. So, tiap kali Cheryl pakai rantai tu, Jim hanya nampak seorang wanita tua. Andy plak belikan rantai bling bling hip hop untuk aweknya Ruby dan end up Ruby kelihatan seperti si mati yang berkulit hitam, gemuk dan sangat tidak seksi untuk dibawa ke restoran mewah. Maka bila Jim dan Andy nak pulangkan rantai tu kepada suami nenek tua tu, Jim belajar bahawa hadiah adalah sebagai tanda untuk menghargai isteri yang paling disayanginya dan akhirnya dia membelikan gelang berlian untuk Cheryl.

Bagi aku, sweet sbab setiap episod, Jim sangat tidak romantik sebagai suami tetapi selalu end up sedar betapa dia sayang isterinya.

4. Desperate Housewives.
Aku suka drama ni sebab dorang tunjuk realiti kehidupan berjiran dan gambaran makcik-makcik rumah sebelah menyebelah kita berkawan dan bergosip. Cumanya makcik-makcik dalam drama nih lebih hot, bukan tipikal masyarakat kampung yang ditunjukkan suka mengumpat dalam drama Melayu.
Teras drama ini adalah tentang persahabatan, konflik kekeluargaan yang agak jarang ditonjolkan dalam drama Melayu. Ada tentang cinta tetapi tak lupa selitkan elemen saspen. Dan banyak lagi lah.
Even adik lelaki aku pun boleh layan sekejap buat kali pertamanya bukan sebab pelakon wanitanya seksi tetapi sebab plotnya.

To be honest, aku tengok ni start season 6 tetapi dengan pantas aku boleh kenal dan faham watak setiap mereka yang ada di Wisteria Lane. Lynette, Susan, Gaby dan Bree yang berlainan kisah tapi mampu jadi jiran yang sangat rapat. Zaman sekarang nak amal hidup berjiran? Jarang lah, lagi-lagi kalau duduk di kawasan bandar.

5. How I Met Your Mother.


Aku paling attached dengan drama nih! Sangat sayang semua watak.
Roughly ia adalah mengenai cerita Ted Mosby kepada anak-anaknya tahun 2030 tentang bagaimana dia berjumpa dengan ibu mereka.
So cerita itu flashback ke masa bermula dengan tahun 2005. Skarang dah season ke6 dan masih berjaya membuat aku sanggup tunggu untuk tahu siapakah si ibu itu.

Drama ni sangat enjoyable sebab karakter2 sendiri yang ada peranan mereka dan kisahnya. Kepelbagaian ni sangat berkait dengan lumrah kita suka lepak dengan geng kita, berkongsi apa sahaja. Perjalanan Ted Mosby ni sangat membuatkan pentingnya kehadiran Marshall dan Lily, Robin sebagai ex yang masuk dalam geng dorang sebab rapat dengan Lily dan mereka harus melayan kerenah Barney Stinson yang sangat perasan kacak dan pantang tengok wanita cantik.
Walaupun lain perangai, mereka memerlihatkan indahnya hidup mempunyai teman-teman rapat sebagai pendengar cerita suka duka, berada di sisi setiap masa susah dan senang.

******
Tu lah sedikit sebanyak yang aku boleh tulis tentang kedudukan Top 5. Berminat nak tahu lebih, sile lah Google ye.
Bukan ape, sekali sekala cuba lah kembangkan minat menonton drama anda supaya lebih mementingkan moral valuenya sebab aku tak nampak sebarang moral value dalam drama Indon ataupun sebarang logik dalam drama Melayu. Jangan mulakan dengan Nora Elena sebab walaupun aku tengok cerita tu, itu adalah kerana aku sangat kagum akan kekacakan Aaron Aziz.
Hehe. Jangan marah ye. Aku punya Top 5, sukehati aku lah. 

Tuesday, July 19, 2011

Aiyaarrrkkk! Belakang Aku Kena Tikam!

Adoiii! Saket weyh kena tikam belakang. Kau pernah kena? Aku bet semua mesti adenye pengalaman kena dengki khianat ngan orang terdekat. kadang-kadang kau takkan sangka pun dia dalang semua kerja terkutuk tu. Sabar je la kann. Nak buat macamana. Adelah tu hikmahnya. Tuhan buat da betul da semua. Kalau aku, syukur lah. Sebab sekurang-kurangnya aku tahu betapa bitch celaka tak baiknya dia untuk dibuat kawan.

Anyway, aku di sini bukan nak cerita apa khianatnya aku pernah kena. At least dia tidaklah menyantau aku macam filem Santau atau membuat aku kena penjara macam filem Mantra tu.
Tapi khianat tetap khianat. Tikam belakang tetap tikam belakang. Sape tak bengang kan?
sumber : Google
Siapa sangka dia dah sedia pisau awal-awal perkenalan, kan?

Ni antara tips untuk mengelakkan kita tersaiko dengan sifat tikam belakang si kawan yang tak sangka sangat keji ni..

1. Kalau berada bersama kawan-kawan dan kebetulan si dia yang disyaki ada berdekatan, terus kau jerit, "ADOI sakitnya!!!!" Bila kawan kau tanya kenapa, cakap kuat-kuat "Entah, rasa macam ada orang tikam belakang aku la!" Ni untuk memastikan si dia gentar kerana merasa dialah orang yang disyaki.

2. Kalau merasa ada orang mengata kau secara berbisik-bisik dengan kawan dia, terus kau letak kau letak telefon kat telinga konon kau sedang on-call, terus cakap kuat-kuat
"Apa kau kata? Aku tak dengar lah. Kau tak puas hati ngan aku ke? Jum lah gaduh face-to-face, cakap kat fon je tak guna!" sambil pandang ke arah orang yang mengata kau tadi.

3. Kalau kau ditakdirkan sebilik dengan orang yang kau syaki pengkhianat talam dua muka, dan pada suatu hari bila kau balik dari tandas terdengar dia sedang melobi pasal kau, terus kau masuk bilik dan hempas pntu kuat-kuat sambil buat muka cemas dan berkata
"Nasib baik aku cepat tadi, kalau tak dah lama aku mati sebab ada orang nak tikam belakang aku! Bahaya gila, tak sangka aku besar betul pisau dia! Penakut, kalau berani apesal dia tak datang tikam depan-depan ye?" sambil pandang orang yang disyaki tu dengan muka paling saiko.

4. Ni pula tips yang lebih matang kalau kau bukan gila-gila seperti cadangan di atas.  Kau sabar je dan betul-betul pastikan apa pengkhianatan yang dia buat. Bila tiba masa sesuai, perangkap dia dengan cara yang sama dia buat terhadap kau, dengan niat untuk bagi pengajaran.

Bagi aku, biasalah jika berlakunya kes dengki khianat ni. Kita selalunya akan bedepan dengan orang yang tak puas hati dengan kualiti yang kita ada. Contohnya, pakwe yang kacak, mak ayah yang kaya, kejayaan kita mengharumkan nama kolej, ada kawan yang ramai, dan apape lagi celaka hal yang kita tak sangka pun dia nak dengki. Kita hebat main bola pon dia nak dengki. Nasib badan lah kan.
Kita tak buat apapa tapi tetibe je dia nak mulut laser mengata kita. Bagi aku itu sangat keji. Sudah-sudah la duk menyibuk hal orang lain.
Get a life la wehh! Aku sure kau akan merasa lebih baik daripada duk mengutuk orang. Kawan sendiri pulak tu.

Anyway, bagi anda yang belakangnya sudah berdarah ditikam kawan sendiri, aku nak nasihat supaya jangan hilang kewarasan akal dalam menghadapi hal sebegini. Walau banyak mana darah kau hilang, walau besar mana luka kau kena rawat, macam mak aku pernah cakap, "Kau layan orang bodoh, dengan kau-kau sekali jadi bodoh. Biar lantak lah dia."
Tu mak aku, bagi aku plak, selalunya biar je tapi berharap yang dia akan dapat balasan setimpal supaya dia belajar dari kesalahan dia.
Orang takkan dengar nasihat kita melainkan dia sendiri rasa apa yang orang lain rasa sebab perbuatan dia. Dah jadi lumrah, "Action speaks louder than words", kan? Makanya, biarkan saja.

Luka besar mana, akan sembuh jua. Jadi tak perlu kau simpan dendam. Bersedialah jadi pemaaf sebab tiada yang lebih mulia dari itu. Aku faham, kita bukan nabi maka logik lah jika kau ada rasa marah. Cuma janganlah sampai menjejaskan cara kau berfikir.
Fikir positif kenapa ada orang dengki khianat kat kita. Ini adalah kerana kita lebih baik dari dia. Ingat yang itu. Kita lebih baik daripada dia.
Percayalah, dengan itu kau akan merasa lebih lega.

Oke, ciao!

Untuk Sekalian Wanita, Jika Kau Lupa Mencintai Lelakimu...

Aku merasa sangat touching bagi pihak lelaki yang tidak dihargai cinta mereka oleh wanita yang dorang sayang.
Tapi nak buat macamana kan? Manusia, susah nak hargai sesuatu yang mudah mereka dapat.

Maka entri ini ditujukan kepada sekalian wanita yang membaca blog ini..

Pada saat kau mula menolak kehadiran lelaki yang sayang pada kau,
cuba kau letak diri kau di tempat seorang wanita yang hatinya mencintai seorang lelaki yang.....
Bukan seorang yang akan menghadiahkan kau teddy bear untuk kau peluk bila kau keseorangan.
Bukan seorang yang akan mengucapkan "Saya sayang awak" bila kau merasa tidak yakin akan cintanya.
Bukan seorang yang akan memujuk kau bila kau sedih.
Bukan seorang yang akan meminta maaf bila kau marah padanya.
Bukan seorang yang akan menyenangkan hatimu bila kau mempunyai masalah.
Bukan seorang yang akan berada di saat kau memerlukannya kerana jarak yang memisahkan.
Bukan seorang yang akan membeli webcam untuk kau chat dan melihat wajahnya.
Bukan seorang yang akan membuat kau percaya bila kau mula ragu. 
Cubalah menjadi seorang wanita yang hatinya mencintai lelaki yang...
Sangat perahsia.
Sangat misteri.
Sangat menawan tetapi dingin.
Sangat manis tetapi kasar.
Cubalah berada di tempat aku. Dan mungkin dengan itu kau akan lebih menghargai lelaki yang telah jatuh hati pada kau. Yang sangat menyayangi kau dan akan terus menunjukkan rasa cintanya agar kau yakin padanya.
Agar kau tidak merasa beban berada dalam ketidakpastian.

Aku bukan mencabar, tapi itulah hakikatnya andai kau lupa untuk mencintai lelaki yang mencintai kau. Agar kau tidak lagi lupa betapa bertuahnya kau memiliki perhatiannya.

Untuk sekalian wanita, jika kau lupa untuk mencintai,...
Fikirkanlah betapa si dia menerima kau seadanya. Fikirkanlah betapa si dia sanggup merendahkan egonya untuk menyayangi kau. Fikirkanlah betapa kau tidak perlu bersusah payah berperang dengan sikap putus asa kerana si dia bukan seperti lelaki yang telah aku gambarkan di atas.

*Ini adalah tribute untuk kawan lelaki aku ditinggalkan aweknya. Alalalalala... Cari je yang lain, banyak lagi aweks kat Malaysia ni. Takpun belajar rajin-rajin, kerja baik-baik, kumpul duit, senangkan mak ayah dulu, pastu kau nak bercinta, g la... Masuk meminang terus pun takpe.. :)

Thursday, July 14, 2011

Sile Sayang Abah Kita!

Aku da penah cter kenapa kita tak layak pon nak sakitkan hati mak kite di sini. Skarang aku nak cter pula pasal bapa, abah, ayah, Dedy, Papa dan sewaktu dengannya la.

Ayah.. Seorang lagi insan dalam pantang larang hidup aku, orang yang kita tak boleh derhaka. Sebab apa?
Heloo...
Beliau lah punca kau ada selain mak yang melahirkan. Sebab kau adalah ''juara'' bagi ayah kau. Maka, tak ada ayah, tak ada lah kau.
Dengan autoriti tu la ayah kau layak pegang kau sampai kau kahwin, bagi anak pompuan la. Ingat ea, ayah lah yang akan mewalikan kau bila kau nikah nanti.

Aku bukan sahaja mengingatkan korang tentang perkara yang sama yang orang lain dah ingatkan pasal kenapa tak boleh derhaka pada bapa malah di sini juga aku nak ingatkan korang yang untuk sume hal yang aku dah bebel di blog ni, aku dah lalu secara praktikal.

Maka untuk hal yang berkaitan dengan bapa, inilah hasil praktikal aku.
Tajuk eksperimennya Apa Jadi Kalau Kita Tak Rujuk Ayah Kita dalam Papehal Kita Buat, Seterusnya Tak Dengar Kata Beliau.

Prosedurnya,
Pada suatu petang yang sangat membosankan aku, aku teringin sangat keluar dari rumah, naek skuter yang abah baru saja baiki setelah 3tahun tersadai depan rumah. Maka tanpa berfikir panjang, aku bawak skuter tu dengan gaya yang memang semua kawan aku tahu aku ni suka merempit (baca: bawak laju-laju) skit tanpa memberitahu abah bahawa aku nak bawa dari Pasir Mas sampai Kota Bharu.
Yup! Aku tak beritahu abah pon aku nak bawak skuter buruk tu pegi Kota Bharu, sebab aku tahu abah takkan bagi aku bawak sampai ke bandar Pasir Mas pon.
Aku rancang nak beritahu bila dah sampai nanti tapi... Kusangkakan bahagia berpanjangan, rupanya sengsara di tengah jalan.
Skuter buruk itu rosak kerana timing belt nya putus. Kalau bahasa motornya, rantai la kan. Ye! PUTUS! Damness la..
Nasib aku baik sbab ade orang kampung sudi tolong. Aku terpaksa akhirnya tepon abah. Dan beliau sangat membebel, marahkan aku. Hehehe. Nasib baik juga abah tak biar aku merempat kat rumah orang kunun marah sangat. Dalam kereta semasa bawa aku pulang, kami senyap je. haish, aku harap sangat abah membebel ag tapi mungkin abah sejuk sebab aku kata "Sori..."

Aku tak pernah buat abah membebel sebegini rupa. Adik-adik pernah la. Sebab aku ni anak yang baik. Tapi demi nak dapatkan hipotesis yang tepat, aku terpaksa juga buat keje gila macam ni.

Sehubungan dengan itu ( ececececeeee ), aku dah mencapai konklusinye.
Jangan mengingkari kata ayah kau. Ayah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Dan ayah tak pernah kata "Tidak" pada anaknya melainkan hal itu akan membawa kesusahan. Kalau ibu itu Allah kurniakan karamah atau kemuliaan, bagi ayah Allah kurniakan hikmah iaitu kebaikan. 
setiap hari adalah hari abah!

Andai suatu saat kau terasa lemah dan tiada semangat untuk menghadapi cabaran hidup, mungkin kau perlu lihat semula hubungan kau dengan ayah. Sebab dengan semangat dan hikmah yang dimilikinya lah yang buat kau terus tabah dalam meneruskan hidup. 
Hargailah ayah kau selagi masih ade peluang, sebab masih ramai yang teringin untuk berada di tempat kau, mempunyai seorang ayah dan mewarisi semangatnya. Walau dingin mana hubungan, ingatlah, seorang ayah sentiasa ada sebab dalam apa jua yang dia putuskan untuk kau.
Kadangkala ayah mungkin tak mengerti keinginan kita namun tidak ada salahnya jika kita cuba fahamkan dia dan beri dia peluang berada di tempat kita. Hormat, itu yang penting.
Tak tahulah korang tapi bagi aku, itulah hasil yang aku dapat selama aku menjadi seorang anak yang ada seorang ayah di sebaliknya.

Anyway, kesudahan cerita aku, abah aku marah sebab aku tade lesen pastu bawak skuter buruk yang takde roadtax. Sebab tu je. Esoknya, abah suruh aku pegi usha sekolah memandu untuk daftar buat lesen. Haaa...
*Kalau nak sesuatu tapi tak dapat, ni lah cara halus aku. :)

Semoga korang sentiasa menyayangi ayah korang ye!
 
 

Saturday, July 9, 2011

Definisi Cinta buat Yang Terlupa.


Dah lama tak bicara soal Cinta... Bila dah tengok KL Gangster lagi kat Astro First, baru aku terfikir nak tulis pasal topik ni. Tak caya ke, filem tu banyak elemen cinta walaupun ia bukan filem beromen romantik macam Sekali Lagi...Cinta tu.

Anyway............

Cinta itu adalah bila kau mula peduli tentang orang lain selain diri kau.

Cinta itu adalah bila kau ingin melindunginya sedaya upaya kau.

Cinta itu adalah bila ego kau terasa tercabar dan kau harus tewas untuk kepentingannya.

Cinta itu adalah bila kau harus bersusah payah untuk mendapatkannya.

Cinta itu bukan alasan untuk kau mengharapkan ia terbalas.

Cinta itu adalah tanpa syarat dan ia dari hati yang ikhlas.

Cinta itu adalah bila kau harus berkorban untuk kebaikan orang lain.

Cinta itu.... Bukan semata-mata untuk kekasih yang belum tentu akan mencintai kau sebagaimana kau.
Cinta itu adalah simbol perasaan paling suci dalam hati, yang dikurniakan Al-Khaliq untuk makhlukNya.

Bila Ibu Singa bermati-matian mempertahankan anak-anaknya daripada pemburu haram, itulah Cinta.
Bila Ayah memarahi kita kerana pergi merempit tak tentu hala, itulah Cinta.
Bila Sahabat menegur kerana kau seksi sangat, itulah Cinta.
Bila seorang Anak Bangsa yang berkorban harta, masa dan kepentingan sendiri untuk kebaikan sesama anak bangsanya, itulah Cinta.
Bila seorang Guru melupakan kesenangan dirinya dan bersama-sama pelajarnya dalam perjuangan hidup, itulah Cinta.
Bila kau bawa adik kau jalan-jalan kat pantai petang-petang, itulah Cinta.
Bila Abang menampar adiknya yang kantoi hisap gam, itulah Cinta.
Bila seorang rakyat pergi mengundi setiap kali pilihanraya diadakan, itulah Cinta.
Bila Pengarah Filem berhempas-pulas mempersembahkan hasil seni yang berkualiti agar tiket wayang yang kita beli berbaloi, itulah Cinta.

dan banyak lagi lah...


Cinta. Kau tak peduli apa yang kau hilang untuk memberi orang lain kesenangan.
Kau tak letakkan syarat yang kau akan dapat balasan yang kau harapkan untuk setiap apa yang kau korbankan.

Ingatlah. Setiap masa kau dicintai. Jangan lupa menghargai cinta mereka walau siapapun yang memberi.
Kau mungkin ada kalanya rasa keseorangan. Tapi itu adalah kerana kau lupa.
Lupa untuk mencintai dan lupa bahawa kau sedang diicintai.


***

Lagi satu, ni untuk tak mengecewakan anda yang mengharapkan aku cakap sal cinta antara kau dan kapel kau, memandangkan ni memang zaman budak kecik pun da pandai kapel-kapel.
Bila mencintai, hargailah dia. Jangan bosan dengan dia bila kau lupa betapa gembiranya waktu diluangkan berdua.
Bila mencintai, lindungilah dia. Jangan tinggalkan dia bila kau lupa dialah yang sering menjaga kau setiap kali kau demam dan juga yang sering meminjamkan duit setiap kali kau sesak.
Bila mencintai, setialah dengannya. Jangan gatal miang nak cari lain, nak berkenalan  untuk buat skendel bila kau lupa dia sering menjaga hatinya untuk letak kau seorang di dalamnya.
Bila mencintai, bersangka baiklah. Jangan hati kau sering merasa curiga bila kau lupa dia yang sentiasa memahami kau.
Tu je la kut. Hehe. Selamat mencintai sehingga berlaki bini ye!
 ***
Cinta. Itu definisi bagiku. Dan aku masih dalam tempoh belajar mengenal cinta. Dan bila belajar, ianya tak pernah terlewat, walaupun setelah kau kehilangan sesuatu yang berharga yang patut kau jaga.

Ingat, Hablun Minallah tu betul da tapi kena jaga juga Hablun Minannas.
Ciao!
Kau tahu sape cinta kau? Aku tahu sape cinta aku. 

Wednesday, July 6, 2011

Bila Rasa Nak Sakitkan Hati Orang...

Aku nak straight to the point je skarang ni...

Hey kamu!

Bila rasa nak sakitkan hati mak,
Fikir balik yang syurga untuk kau tu letak kat bawah telapak kaki dia je.

Bila rasa nak sakitkan hati ayah,
Fikir balik yang kalau takde dia bekerja keras, ko takdenye jadi bijak pandai sbab mampu pergi sekolah.

Bila rasa nak sakitkan hati adik beradik,
Fikir balik yang mereka lah punca kau tak hidup kesunyian dan akan jadi tempat kau mengadu bila susah.

Bila rasa nak sakitkan hati guru,
Fikir balik yang merekalah banyak mengajar kau tentang dunia dan macamana nak survive.

Bila rasa nak sakitkan hati sahabat,
Fikir balik yang merekalah sentiasa bersama kau susah dan senang, suka dan duka, bahagia dan kecewa.

Bila rasa nak sakitkan hati org yang mencintai kau,
Fikir balik yang si dia yang selalu doakan kebahagiaan kau, yang menerima kau seadanya, yang sentiasa sedia menyayangi kau sebaiknya.

Bila rasa nak sakitkan hati orang,...
Fikirlah akibatnya. Rasakanlah berada di tempatnya.
Apa kau rasa? Bila orang menyakiti kau? Bila orang mengkhianati kau? Bila orang memijak kepercayaan yang kau bagi?
Apa kau rasa?

Mereka jua punya perasaan. Kalau mereka boleh menjaga hati dan perasaan kau, kenapa tidak kau?
Apa yang kau nak?
Puas ke hati kau menyakiti mereka?

Kita bukan nak hidup sorangsorang. Kita takkan mampu.

Makanya, fikir dulu kesan sebelum membuat apape yang boleh mengguris perasaan orang lain.

TQ :)