Dah lama tak bicara soal Cinta... Bila dah tengok KL Gangster lagi kat Astro First, baru aku terfikir nak tulis pasal topik ni. Tak caya ke, filem tu banyak elemen cinta walaupun ia bukan filem
Anyway............
Cinta itu adalah bila kau mula peduli tentang orang lain selain diri kau.
Cinta itu adalah bila kau ingin melindunginya sedaya upaya kau.
Cinta itu adalah bila ego kau terasa tercabar dan kau harus tewas untuk kepentingannya.
Cinta itu adalah bila kau harus bersusah payah untuk mendapatkannya.
Cinta itu bukan alasan untuk kau mengharapkan ia terbalas.
Cinta itu adalah tanpa syarat dan ia dari hati yang ikhlas.
Cinta itu adalah bila kau harus berkorban untuk kebaikan orang lain.
Cinta itu.... Bukan semata-mata untuk kekasih yang belum tentu akan mencintai kau sebagaimana kau.
Cinta itu adalah simbol perasaan paling suci dalam hati, yang dikurniakan Al-Khaliq untuk makhlukNya.
Bila Ibu Singa bermati-matian mempertahankan anak-anaknya daripada pemburu haram, itulah Cinta.
Bila Ayah memarahi kita kerana pergi merempit tak tentu hala, itulah Cinta.
Bila Sahabat menegur kerana kau seksi sangat, itulah Cinta.
Bila seorang Anak Bangsa yang berkorban harta, masa dan kepentingan sendiri untuk kebaikan sesama anak bangsanya, itulah Cinta.
Bila seorang Guru melupakan kesenangan dirinya dan bersama-sama pelajarnya dalam perjuangan hidup, itulah Cinta.
Bila kau bawa adik kau jalan-jalan kat pantai petang-petang, itulah Cinta.
Bila Abang menampar adiknya yang kantoi hisap gam, itulah Cinta.
Bila seorang rakyat pergi mengundi setiap kali pilihanraya diadakan, itulah Cinta.
Bila Pengarah Filem berhempas-pulas mempersembahkan hasil seni yang berkualiti agar tiket wayang yang kita beli berbaloi, itulah Cinta.
dan banyak lagi lah...
Cinta. Kau tak peduli apa yang kau hilang untuk memberi orang lain kesenangan.
Kau tak letakkan syarat yang kau akan dapat balasan yang kau harapkan untuk setiap apa yang kau korbankan.
Ingatlah. Setiap masa kau dicintai. Jangan lupa menghargai cinta mereka walau siapapun yang memberi.
Kau mungkin ada kalanya rasa keseorangan. Tapi itu adalah kerana kau lupa.
Lupa untuk mencintai dan lupa bahawa kau sedang diicintai.
***
Lagi satu, ni untuk tak mengecewakan anda yang mengharapkan aku cakap sal cinta antara kau dan kapel kau, memandangkan ni memang zaman budak kecik pun da pandai kapel-kapel.
Bila mencintai, hargailah dia. Jangan bosan dengan dia bila kau lupa betapa gembiranya waktu diluangkan berdua.
Bila mencintai, lindungilah dia. Jangan tinggalkan dia bila kau lupa dialah yang sering menjaga kau setiap kali kau demam dan juga yang sering meminjamkan duit setiap kali kau sesak.
Bila mencintai, setialah dengannya. Jangan gatal miang nak cari lain, nak berkenalan untuk buat skendel bila kau lupa dia sering menjaga hatinya untuk letak kau seorang di dalamnya.
Bila mencintai, bersangka baiklah. Jangan hati kau sering merasa curiga bila kau lupa dia yang sentiasa memahami kau.Tu je la kut. Hehe. Selamat mencintai sehingga berlaki bini ye!
***Cinta. Itu definisi bagiku. Dan aku masih dalam tempoh belajar mengenal cinta. Dan bila belajar, ianya tak pernah terlewat, walaupun setelah kau kehilangan sesuatu yang berharga yang patut kau jaga.
Ingat, Hablun Minallah tu betul da tapi kena jaga juga Hablun Minannas.
Ciao!
Kau tahu sape cinta kau? Aku tahu sape cinta aku. |
No comments:
Post a Comment