Tapi nak buat macamana kan? Manusia, susah nak hargai sesuatu yang mudah mereka dapat.
Maka entri ini ditujukan kepada sekalian wanita yang membaca blog ini..
Pada saat kau mula menolak kehadiran lelaki yang sayang pada kau,
cuba kau letak diri kau di tempat seorang wanita yang hatinya mencintai seorang lelaki yang.....
Bukan seorang yang akan menghadiahkan kau teddy bear untuk kau peluk bila kau keseorangan.
Bukan seorang yang akan mengucapkan "Saya sayang awak" bila kau merasa tidak yakin akan cintanya.
Bukan seorang yang akan memujuk kau bila kau sedih.
Bukan seorang yang akan meminta maaf bila kau marah padanya.
Bukan seorang yang akan menyenangkan hatimu bila kau mempunyai masalah.
Bukan seorang yang akan berada di saat kau memerlukannya kerana jarak yang memisahkan.
Bukan seorang yang akan membeli webcam untuk kau chat dan melihat wajahnya.
Bukan seorang yang akan membuat kau percaya bila kau mula ragu.Cubalah menjadi seorang wanita yang hatinya mencintai lelaki yang...
Sangat perahsia.
Sangat misteri.
Sangat menawan tetapi dingin.
Sangat manis tetapi kasar.Cubalah berada di tempat aku. Dan mungkin dengan itu kau akan lebih menghargai lelaki yang telah jatuh hati pada kau. Yang sangat menyayangi kau dan akan terus menunjukkan rasa cintanya agar kau yakin padanya.
Agar kau tidak merasa beban berada dalam ketidakpastian.
Aku bukan mencabar, tapi itulah hakikatnya andai kau lupa untuk mencintai lelaki yang mencintai kau. Agar kau tidak lagi lupa betapa bertuahnya kau memiliki perhatiannya.
Untuk sekalian wanita, jika kau lupa untuk mencintai,...
Fikirkanlah betapa si dia menerima kau seadanya. Fikirkanlah betapa si dia sanggup merendahkan egonya untuk menyayangi kau. Fikirkanlah betapa kau tidak perlu bersusah payah berperang dengan sikap putus asa kerana si dia bukan seperti lelaki yang telah aku gambarkan di atas.
*Ini adalah tribute untuk kawan lelaki aku ditinggalkan aweknya. Alalalalala... Cari je yang lain, banyak lagi aweks kat Malaysia ni. Takpun belajar rajin-rajin, kerja baik-baik, kumpul duit, senangkan mak ayah dulu, pastu kau nak bercinta, g la... Masuk meminang terus pun takpe.. :)
No comments:
Post a Comment