Oke, berbalik semula kepada TV. Di sini, terima kasih kepada abah yang melanggan channel 711, Star World, aku sangat ingin terus melekat di atas sofa bentuk L yang diletak depan TV kami dan menonton tanpa henti. Seriusly, kalau nak spend time untuk TV, korang patut konsider channel nihh. Bagi aku la.
Setelah membuat perkiraan, dengan ini aku present sebagai pembukaan projek Carta Top 5 aku, Drama TV yang Perlu Korang Tonton.
1. Raising Hope
Oke, bayangkan. Kau seorang remaja yang baru nak kenal cinta terserempak dengan seorang gadis dan terus make love walaupun tiada rasa cinta (Oke ini tidak digalakkan bagi masyarakat Melayu) lalu dapat tahu gadis tu pembunuh bersiri yang membunuh semua lelaki yang ditidurinya. 9 bulan dan 10 hari dipenjarakan sebelum terima hukuman kerusi kejutan elektrik, gadis tu tulis surat pada kau mengatakan dia mengandung anak korang. Inilah yang terjadi dalam episod pertama.
Basically the whole idea (ececece speaking lak) adalah tentang Jimmy, bapa muda yang ingin membesarkan bayinya dengan penuh tanggungjawab dengan bantuan kedua-dua ibu bapanya yang pada awalnya menyarankan dia meletakkan Baby Hope di rumah anak-anak yatim.
Anda akan sangat gembira dengan setiap episod sebab keluarga Jimmy yang sangat rare. Ibu Jimmy, Virginia, yang sangat gila-gila, bapanya, Burt, yang masih kacak dan sangat membantu apa saja idea Virginia, serta Maw Maw iaitu moyang Jimmy yang boleh berubah karakter bila-bila masa kerana semakin nyanyuk.
Setiap episod memberi moral yang sangat indah tentang kepentingan sebuah keluarga di sebalik setiap watak yang tidak pernah dibayangkan boleh wujud, gila-gila tapi bahagia. Bukan tipikal keluarga yang sering ditunujkkan oleh drama Melayu (oke, no offense.) Sangat real dan kadang-kadang kau rasa nak berada di kalangan mereka. Lebih-lebih lagi bila Baby Hope muncul sebab baby itu sangat comel!
2. Masterchef, Hell's Kitchen
Rancangan masakan yang berkonsepkan pertandingan realiti. Aku sangat suka rancangan sebegini yang tak memerlukan undian penonton untuk mereka berjaya, sebaliknya dengan usaha mereka sendiri. Walaupun konsep kedua-dua rancangan ini agak lain tapi it's all about food.
Setiap kali rancangan, aku sangat teruja sebab obviously ada peserta lelaki yang mana mereka boleh memasak dengan sangat hebat dan masih kelihatan kacak. Aku suka realitinya lelaki boleh memasak lebih baik dari wanita sebab itu akan membuatkan aku yakin memasak bukan kerja wanita sahaja. Masterchef terutamanya menampilkan peserta yang perlu struggle dan jadi kreatif dengan masakan.
Sumpah korang takkan bosan (kalau korang spesies suka memasak macam aku dan sukakan seni makanan) sebab rancangan ni boleh buat korang rasa memasak ini sebenarnya sangat mencabar. Dalam dunia rancangan ni, tukang masak adalah sangat dihargai.
Well, aku memang selalu menghargai mereka yang memasak even kau masak nasi je pun sebab at least kau cuba untuk mahirkan diri dengan kemahiran yang boleh membantu hidup kau. Hello, makanan kan keperluan asas mende hidup. Maka berbanggalah jika anda boleh memasak.
3. According To Jim
Ia adalah mengenai Jim, seorang suami dan bapa yang sangat ego dan selalu nak menang di awal episod dan akhirnya harus mengaku dia salah pada akhirnya. Setiap kali. Sebab dia sangat tak suka kalah dengan wanita terutama isterinya, Cheryl.
Kawan baik Jim ialah adik Cheryl, iaitu Andy, yang boleh dikatakan side kick dalam menjayakan apa jua rancangan Jim untuk tidak akur pada Cheryl.
Ada satu episod paling aku tak boleh bla adalah bila Jim sangat fed up dengan hadiah apa dia perlu bagi pada Cheryl sempena birthday isterinya. Dengan cadangan Andy, Jim belikan Cheryl rantai dengan harga murah dan end up dapat tahu rantai tu milik seorang nenek yang dah lama mati. So, tiap kali Cheryl pakai rantai tu, Jim hanya nampak seorang wanita tua. Andy plak belikan rantai bling bling hip hop untuk aweknya Ruby dan end up Ruby kelihatan seperti si mati yang berkulit hitam, gemuk dan sangat tidak seksi untuk dibawa ke restoran mewah. Maka bila Jim dan Andy nak pulangkan rantai tu kepada suami nenek tua tu, Jim belajar bahawa hadiah adalah sebagai tanda untuk menghargai isteri yang paling disayanginya dan akhirnya dia membelikan gelang berlian untuk Cheryl.
Bagi aku, sweet sbab setiap episod, Jim sangat tidak romantik sebagai suami tetapi selalu end up sedar betapa dia sayang isterinya.
4. Desperate Housewives.
Aku suka drama ni sebab dorang tunjuk realiti kehidupan berjiran dan gambaran makcik-makcik rumah sebelah menyebelah kita berkawan dan bergosip. Cumanya makcik-makcik dalam drama nih lebih hot, bukan tipikal masyarakat kampung yang ditunjukkan suka mengumpat dalam drama Melayu.
Teras drama ini adalah tentang persahabatan, konflik kekeluargaan yang agak jarang ditonjolkan dalam drama Melayu. Ada tentang cinta tetapi tak lupa selitkan elemen saspen. Dan banyak lagi lah.
Even adik lelaki aku pun boleh layan sekejap buat kali pertamanya bukan sebab pelakon wanitanya seksi tetapi sebab plotnya.
To be honest, aku tengok ni start season 6 tetapi dengan pantas aku boleh kenal dan faham watak setiap mereka yang ada di Wisteria Lane. Lynette, Susan, Gaby dan Bree yang berlainan kisah tapi mampu jadi jiran yang sangat rapat. Zaman sekarang nak amal hidup berjiran? Jarang lah, lagi-lagi kalau duduk di kawasan bandar.
5. How I Met Your Mother.
Aku paling attached dengan drama nih! Sangat sayang semua watak.
Roughly ia adalah mengenai cerita Ted Mosby kepada anak-anaknya tahun 2030 tentang bagaimana dia berjumpa dengan ibu mereka.
So cerita itu flashback ke masa bermula dengan tahun 2005. Skarang dah season ke6 dan masih berjaya membuat aku sanggup tunggu untuk tahu siapakah si ibu itu.
Drama ni sangat enjoyable sebab karakter2 sendiri yang ada peranan mereka dan kisahnya. Kepelbagaian ni sangat berkait dengan lumrah kita suka lepak dengan geng kita, berkongsi apa sahaja. Perjalanan Ted Mosby ni sangat membuatkan pentingnya kehadiran Marshall dan Lily, Robin sebagai ex yang masuk dalam geng dorang sebab rapat dengan Lily dan mereka harus melayan kerenah Barney Stinson yang sangat perasan kacak dan pantang tengok wanita cantik.
Walaupun lain perangai, mereka memerlihatkan indahnya hidup mempunyai teman-teman rapat sebagai pendengar cerita suka duka, berada di sisi setiap masa susah dan senang.
******
Tu lah sedikit sebanyak yang aku boleh tulis tentang kedudukan Top 5. Berminat nak tahu lebih, sile lah Google ye.
Bukan ape, sekali sekala cuba lah kembangkan minat menonton drama anda supaya lebih mementingkan moral valuenya sebab aku tak nampak sebarang moral value dalam drama Indon ataupun sebarang logik dalam drama Melayu. Jangan mulakan dengan Nora Elena sebab walaupun aku tengok cerita tu, itu adalah kerana aku sangat kagum akan kekacakan Aaron Aziz.
Hehe. Jangan marah ye. Aku punya Top 5, sukehati aku lah.
No comments:
Post a Comment