Anyway, aku di sini bukan nak cerita apa khianatnya aku pernah kena. At least dia tidaklah menyantau aku macam filem Santau atau membuat aku kena penjara macam filem Mantra tu.
Tapi khianat tetap khianat. Tikam belakang tetap tikam belakang. Sape tak bengang kan?
sumber : Google Siapa sangka dia dah sedia pisau awal-awal perkenalan, kan? |
Ni antara tips untuk mengelakkan kita tersaiko dengan sifat tikam belakang si kawan yang tak sangka sangat keji ni..
1. Kalau berada bersama kawan-kawan dan kebetulan si dia yang disyaki ada berdekatan, terus kau jerit, "ADOI sakitnya!!!!" Bila kawan kau tanya kenapa, cakap kuat-kuat "Entah, rasa macam ada orang tikam belakang aku la!" Ni untuk memastikan si dia gentar kerana merasa dialah orang yang disyaki.
2. Kalau merasa ada orang mengata kau secara berbisik-bisik dengan kawan dia, terus kau letak kau letak telefon kat telinga konon kau sedang on-call, terus cakap kuat-kuat
"Apa kau kata? Aku tak dengar lah. Kau tak puas hati ngan aku ke? Jum lah gaduh face-to-face, cakap kat fon je tak guna!" sambil pandang ke arah orang yang mengata kau tadi.
3. Kalau kau ditakdirkan sebilik dengan orang yang kau syaki pengkhianat talam dua muka, dan pada suatu hari bila kau balik dari tandas terdengar dia sedang melobi pasal kau, terus kau masuk bilik dan hempas pntu kuat-kuat sambil buat muka cemas dan berkata
"Nasib baik aku cepat tadi, kalau tak dah lama aku mati sebab ada orang nak tikam belakang aku! Bahaya gila, tak sangka aku besar betul pisau dia! Penakut, kalau berani apesal dia tak datang tikam depan-depan ye?" sambil pandang orang yang disyaki tu dengan muka paling saiko.
4. Ni pula tips yang lebih matang kalau kau bukan gila-gila seperti cadangan di atas. Kau sabar je dan betul-betul pastikan apa pengkhianatan yang dia buat. Bila tiba masa sesuai, perangkap dia dengan cara yang sama dia buat terhadap kau, dengan niat untuk bagi pengajaran.
Bagi aku, biasalah jika berlakunya kes dengki khianat ni. Kita selalunya akan bedepan dengan orang yang tak puas hati dengan kualiti yang kita ada. Contohnya, pakwe yang kacak, mak ayah yang kaya, kejayaan kita mengharumkan nama kolej, ada kawan yang ramai, dan apape lagi
Kita tak buat apapa tapi tetibe je dia nak mulut laser mengata kita. Bagi aku itu sangat keji. Sudah-sudah la duk menyibuk hal orang lain.
Get a life la wehh! Aku sure kau akan merasa lebih baik daripada duk mengutuk orang. Kawan sendiri pulak tu.
Anyway, bagi anda yang belakangnya sudah berdarah ditikam kawan sendiri, aku nak nasihat supaya jangan hilang kewarasan akal dalam menghadapi hal sebegini. Walau banyak mana darah kau hilang, walau besar mana luka kau kena rawat, macam mak aku pernah cakap, "Kau layan orang bodoh, dengan kau-kau sekali jadi bodoh. Biar lantak lah dia."
Tu mak aku, bagi aku plak, selalunya biar je tapi berharap yang dia akan dapat balasan setimpal supaya dia belajar dari kesalahan dia.
Orang takkan dengar nasihat kita melainkan dia sendiri rasa apa yang orang lain rasa sebab perbuatan dia. Dah jadi lumrah, "Action speaks louder than words", kan? Makanya, biarkan saja.
Luka besar mana, akan sembuh jua. Jadi tak perlu kau simpan dendam. Bersedialah jadi pemaaf sebab tiada yang lebih mulia dari itu. Aku faham, kita bukan nabi maka logik lah jika kau ada rasa marah. Cuma janganlah sampai menjejaskan cara kau berfikir.
Fikir positif kenapa ada orang dengki khianat kat kita. Ini adalah kerana kita lebih baik dari dia. Ingat yang itu. Kita lebih baik daripada dia.
Percayalah, dengan itu kau akan merasa lebih lega.
Oke, ciao!
No comments:
Post a Comment